DUA pintu itu dibuka Arran dan saat itu Shaera tergamam sebaik saja kaki dia jejak masuk ke dalam ruangan luas yang dimasuki Arran sebentar tadi.
"Tempat apa ni?" Shaera ternganga seakan dia berada di dunia lain bila masuk ke dalam ruangan tersebut walaupun masih gelap tempat tersebut.
Arran pandang Shaera, dia naikkan sebelah tangan lalu petik jarinya.
Serta merta api menyala di sekeliling bilik itu.
Sekali lagi Shaera terperanjat dengan apa yang dia lihat, ada ukiran di setiap dinding dan meja senjata kemudian ada...
Ukiran simbol-simbol aneh di atas lantai batu itu.
"Apa ni?"
"Kau pernah tertanya-tanya kenapa kau hidup macam ni?" Soalan dibalas dengan soalan.
"Maksud kau?" Shaera tak faham.
Arran langkah setapak mendekati Shaera.
"Nightmares, ghosts, monsters, death, blood... kau pernah alami semua benda tu sejak kau umur 5 tahun, kan?"
"Macam mana kau tahu?" Shaera menyoal, dia tak pernah kenal lelaki itu tapi bagaimana apa yang pernah dia alami selama ini boleh diketahui selain Auntie Pearl?
Arran senyum sinis.
"I know everything about you, Shaera Valeska." Bisik Arran betul-betul di telinga Shaera sebelum dia tiup telinga sehingga gadis itu menggeliat kegelian.
Shaera jeling Arran, suka hati saja tiup telinga aku.
"Aku masih tak faham. Siapa kau? Macam mana kau kenal aku?"
"Oh my bad, I should introduce myself properly." Arran berundur setapak ke belakang.
"Nama aku, Arran Klaus. Panggil aku, Arran." Arran tundukkan tubuh di hadapan Shaera ibarat gadis itu ialah seorang puteri.
Shaera pandang kosong pada Arran.
Arran tegakkan tubuh, dia pandang muka tak berperasaan Shaera.
"Kau nak tahu macam mana aku kenal kau?"
"Kalau aku tak nak tahu, aku tak tanya daripada tadi ulang-ulang." Sindir Shaera, ingat tak penat ke nak tanya soalan sama banyak kali.
Arran tak terasa pun dengan sindiran itu. Malah, dia rasa terhibur pula. Inilah gadis yang pengsan dicelik hantu? Bukan main brutal perempuan ini.
"Jawapan yang kau cari, semua ada kat sana."Tangan bertatu Arran menunjuk ke satu arah iaitu meja kayu yang mempunyai buku, kertas-kertas dan ada beberapa keping gambar tergantung pada dinding.
Shaera lajukan langkah dan matanya mula melilau ke segenap ruangan atas meja serta dinding yang ada banyak gambar ditampal.
Dia terkesima melihat semua gambarnya ada daripada kecil hinggalah sekarang tapi yang menarik perhatian adalah satu gambar ini, perlahan tangannya mencapai kepingan gambar itu.
Matanya mulai berkaca kerana itu ialah gambar terakhir dia bersama mama dan papanya, Valerie dan Sebastian sebelum malam di mana dia hilang mereka berdua terjadi.
Air mata mula berjurai keluar mengalir di pipi bila melihat kedua orang tuanya dalam gambar tersebut, mereka bertiga nampak bahagia tapi itulah...
Kebahagiaan sebentar sebelum kematian datang menjemput.
Perasan akan air mata yang mengalir di pipi gadis itu, Arran dekatkan jarak di sisi Shaera lalu menyeka titisan mutiara tersebut.
Shaera tersentak, dia pandang Arran.
Perlahan dia tepis tangan yang masih di pipinya itu.
"Apa semua ni? Mana kau dapat semua gambar-gambar aku dengan family aku?" Shaera menyoal dengan nada yang serak.
"Kau kenal siapa diri kau?"
"Apa yang kau cakap ni? Aku Shaera Valeska lah." Ujar Shaera.
"Kau memang tak tahu siapa diri kau sebenarnya." Balas Arran, dia boleh agak yang gadis ini langsung tidak tahu apa yang terjadi padanya selama ini.
"Aku Shaera!" Nada dia naik meninggi.
"Aku tahu kau Shaera Valeska tapi kau tahu ke tak diri kau sebenarnya siapa, Shaera Valeska?"
Shaera terdiam, dia masih tidak faham apa yang cuba Arran sampaikan.
Arran Hela nafas panjang.
"Pearl memang tak pernah beritahu kau apa-apa, kan?" Kali ini Shaera terkejut sendiri. Pearl? Auntie Pearl? Lelaki mata merah itu kenal siapa ibu saudaranya?
"Kau kenal auntie aku?"
"If I know everything about you, that means I know everything about your family members including your auntie who's been taking care of you in Thailand since you're 5." Dengan nada tenang Arran menjawab soalan Shaera.
Shaera terdiam sejenak.
"Kau cakap kau tahu apa yang jadi dekat aku, tell me. Kenapa banyak benda pelik jadi dekat aku dari dulu sampai sekarang? Apa benda yang cuba bunuh aku tadi?" Banyak benda yang Shaera mahu tahu sekarang ini.
Arran ukir senyuman sinis.
"Kau betul nak tahu?"
Shaera angguk.
"Kau selalu mimpi benda yang mengerikan macam mak bapak kau kena bunuh, kawan baik kau mati terjun bangunan sebab ada benda yang merasuki, kan and kau pun selalu nampak makhluk yang bukan dari dunia kita termasuk yang cuba bunuh kau tadi, betul?"
Sekali lagi Shaera angguk pada soalan Arran.
Arran mula menyentuh dahi Shaera dengan tangan kanan dan...
"Arghhh!" Shaera tiba-tiba menjerit, matanya terus berubah menjadi hitam semuanya dalam beberapa saat.
Dan bila Arran jauhkan tangan kanannya, Shaera terus merangkak ke atas lantai kemudian dia tiba-tiba muntahkan darah lalu mula mengikut sesuatu di atas lantai.
Arran perhati saja gadis itu mengukir beberapa simbol di atas lantai tersebut dan setelah siap, mata Shaera yang tadinya hitam berubah menjadi normal balik.
Langsung terduduk gadis itu atas lantai dengan nafas tersekat-sekat.
"Apa jadi?"
Arran berjalan tenang kemudian dia melutut di sebelah Shaera.
"Kau tengok ni." Iris Shaera terus mencerun pada setiap simbol-simbol ditulis dengan darah, dahinya berkerut sebab tadi tak ada langsung simbol tersebut atas lantai sebab simbol-simbol yang dia nampak semua seperti tukul.
"Apa ni?"
"Inilah diri kau sebenar." Jawab Arran sambil tangan disilang pada dada.
"Maksud kau, aku yang tulis ni?"
Arran angguk.
"Tak mungkin. Bukan aku." Nafi Shaera, dia tidak buat apa-apa pun
"Memang bukan kau tapi benda yang dalam badan kau buat."
"Aku tak faham."
"Kau tak perlu faham sekarang tapi kau akan faham bila masanya sudah tiba nanti. But now... you need some rest." Arran angkat buku lima lalu meniup sesuatu sebaik saja tapak tangannya terbuka depan mata Shaera.
Debu yang entah muncul dari mana itu langsung menyapa wajah Shaera membuatkan gadis itu terus hilang kesedaran. Nasib baik tangan Arran laju memaut pinggang gadis itu.
Iris merah Arran memandang wajah polos gadis itu sudah tidak sedarkan diri. Muka cantik tapi mulut tak berhenti bercakap. Kepala digeleng beberapa kali sebelum tubuh kecil itu Arran cempung lalu berjalan keluar dari ruangan tersebut.
YOU ARE READING
ENIGMA
RomanceStand Alone Shaera Valeska, seorang gadis yang sering menjadi tumpuan para jejaka kerana memiliki rupa paras jelita. Namun, sikapnya yang pendiam itu buat dia tidak mempunyai kawan tapi ada sebab mengapa Shaera buat begitu. Ini kerana dia bukan sepe...