TERHEGEH-HEGEH Husna berlari menuju ke pantai bersama lampu petromax ditangan. Sesekali dia menoleh ke belakang, memastikan tiada siapa yang mengikutinya. Atau lebih tepat, Lanun yang mengejarnya. Harap benar lelaki itu tak perasan yang dia sedang melarikan diri. Semasa keluar tadi pun, dia lihat Lanun nyenyak tidur. Apa-apa pun, dia harus pantas sebelum ada yang perasan.
Buat sejenak, Husna berhenti mengambil nafas kepenatan. Tubuh membongkok sedikit, lelah akibat berlari terlalu laju. Jantung tak usah cakaplah, memang berdegup kencang sejak tadi. Seketika kunci bot ditangan dipandang, kemudian Husna kembali melangut kepala. Deretan bot yang terdampar ditepi pantai diperhatikan.
"Mana satu bot dia ya?" Husna cuba memproses ingatan. Memainkan semula detik-detik lelaki itu membawanya naik bot semasa turun ke laut semalam. Dia rasa ini kunci yang sama. Cuma rupa bot itu sahaja yang dia kurang pasti kerana semuanya kelihatan agak serupa.
Tapi...
Husna memandang bot yang terparkir ditengah. Rasa-rasanya itulah bot milik Lanun. Cuma bot itu sahaja yang kelihatan baru, yang lain nampak sudah ada bahagian berkarat.
"Aku rasa yang itu bot dia." Kata Husna, yakin. Kunci digenggam erat. Baiklah, dia sudah bersedia memulakan misi gilanya. Seumur hidup, bawa jetski pun dia tidak pernah. Apatah lagi memandu sebuah bot. Tapi lihat cara Lanun mengawal stereng bot sebelum ini, nampak mudah seperti pandu kereta.
"Let's go!" Husna mengangguk kepala. Bersemangat. Baru selangkah kaki mara ke hadapan, Husna pegun sesaat tatkala telinga menangkap bunyi yang aneh. Sepasang kening automatik berkerut, kepelikan. Dalam masa yang sama, bulu roma naik mencanak dalam suasana kedinginan malam.
Grrr...
Bunyi apa pula tu? Seakan-akan dengusan nafas garang dari haiwan buas. Gigi taring atas dan bawah yang saling berlaga. Tajam.
Gulp!
Husna telan air liur. Kelat. Bunyi itu datang dari arah belakangnya. Mata dipejam. Ya Tuhan, patutkah dia toleh ke belakang dan melihat? Dalam takut-takut, Husna pusing memandang ke belakang secara perlahan-perlahan. Tangan yang menggigil, digenggam kuat agar kunci tidak terlepas dari pegangan.
Sebaik sahaja terpandang sepasang mata merah yang menikam garang. Terus mata Husna terbeliak.
"Bozo!" Spontan nama itu terpacul keluar dari bibir Husna. Terus Lutut terasa longlai mahu terduduk ke pasir pantai, namun Husna kuatkan semangat. Tidak mahu bertindak cemas. Malah menghadap si anjing garang yang sedang mengancing gigi taring itu dengan berani.
Nafas panjang ditarik lalu dihembus. Berkali-kali sehingga Husna rasa sedikit tenang. Dia tidak mahu panik. Kalau terus lari, dia yakin si Bozo akan mengejarnya. Dan ada kemungkinan besar, paha cantiknya bakal menjadi sasaran gigi tajam itu untuk menerkam.
"Bozo... relax, okay? Saya tahu awak anjing yang baik, kan? You're good boy..."
Auk!
Anjing itu menyalak garang. Jelas, dia tidak suka mendengar pujian dari mulut Husna. Cis! Anjing pun memilih. Laju Husna menghalakan jari terlunjuk ke bibirnya. Risau sungguh jika suara menyalak Bozo akan menarik perhatian orang kampung untuk keluar menjenguk apa yang terjadi.
"Syhhh... janganlah macam ini. Saya tahulah awak tak suka saya. Saya bukan nak curi bot Tuan awak pun. Pinjam sekejap sahaja, nanti dah sampai sana saya suruhlah staff pulangkan semula."
Auk!
Bozo menyalak lagi. Hmm... mungkin dia kata tak percaya. Aduh, susah ni. Bagaimana aku hendak membuat seekor anjing percayakan cakap aku? Nak umpan tulang ayam pun tiada.
YOU ARE READING
MR PIRATE [Complete]
Romance"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatkan Husna teringat sampai sekarang. Mengapa Mr Blue? Kerana di dalam mimpi indah itu cuma menampakkan...