45

41.7K 3.2K 632
                                    

              KAIN batik yang berada ditangan, ditenung lama. Sambil-sambil sebelah tangan menarik keluar puntung rokok yang berada dibibir lalu diturunkan ke bawah sebelum nafas dihembus perlahan. Berkepul-kepul asap putih keluar melalui hidung dan mulutnya. Tatkala mata coklat itu masih melekat pada kain batik milik wanita yang pernah menjadi tahanannya beberapa hari lalu.

Sejak pada hari itu, kepalanya asyik teringatkan wajah cantik wanita milik Lanun itu. Biarpun dia sudah mendapat harta yang diinginkan selama ini, tetap saja perasaan tamak menguasai diri.

Jiwa tamaknya mahukan perempuan itu. Dia tidak sama seperti perempuan murahan yang menjadi tahanannya sekarang. Mereka semua tak ubah seperti makanan yang sudah basi. Tak menarik lagi.

Tapi wanita ini...

"Husna..." nama itu terpacul dibibirnya sebelum ia menyenget dengan sinis. Ya, Nama itulah dia dengar daripada mulut Lanun sebelum lelaki itu membawa dia pergi.

Perlahan kain batik itu diangkat mendekat ke wajahnya. Rapat hingga mengena hidung, sebelum nafas ditarik dalam-dalam. Mata terpejam, mengamati wangian rambut yang masih melekat pada kain itu. Sungguh, membuatkan gelora dia menjadi tak tentu arah.

"Wangi betul rambut dia..." terbayang rambut cantik milik Husna, buatkan dia semakin menjadi gila.

Oh, dia betul-betul mahukan wanita ini.  Tak ubah seperti pil dadah yang buatkan dia terus ketagih menginginkannya. Kalau tak dapat, tak tenang hidung jadinya.

Dan tiba-tiba bibirnya tergelak sendiri. Mata kembali terbuka memandang kain yang dipegang.

"Sumandak itu betul-betul buatkan aku khayal sama dia..." desis Mondu. Bibirnya menyenget lagi. 

"Malang sekali... kau milik Lanun. Kalo milik aku, mungkin kau akan..."

"Mondu!" Jeritan Orlu daripada jauh mengalihkan perhatian dia ke luar gua. Khayalan tentang Husna lupus begitu sahaja. Kini dia fokus memandang Orlu dan dua orang lelaki yang sedang berlari terkocoh-kocoh mendapatkan dia yang duduk di atas sebuah batu.

Tatkala kening tebal itu makin berkerut apabila menyedari wajah kuncu-kuncunya lebam disekitar wajah dan lengan masing-masing. Ada yang sampai basah kuyup. Manakala Orlu pula masih dengan muka berkerut menahan sakit sambil memegang sebelah tangannya yang tak mampu digerakkan.

"Kenapa dengan kamurang semua? Aku suruh kutip duit pampasan sija, bukan kerja yang susah!" Mondu langsung berdiri. Kain batik yang dipegang terus di campak ke batu sebelahnya sebelum dia memusing menghadap wajah-wajah yang sedang menahan sakit itu.

"Apa yang dah jadi? Sebelum ini endak pernah pula aku tinguk kamurang balik dalam keadaan begini. Mereka semua orang tua sija, kan? Itupun lemah huh?!"
Suara Mondu menengking.

Mereka diam.

"Mana duit yang aku suruh kutip?" Soal Mondu, matanya memandang satu demi satu wajah yang sedang menunduk saat ini. Tiada seorang pun yang pegang duit. Jelas, mereka pulang ke sini sehelai sepinggang. 

Itulah yang buatkan dia semakin bengang. Bibir mengetap. Lebih geram apabila masing-masing pilih diam membisu serupa orang tak ada suara.

"Kau semua pekakkah? Aku tanya mana duit aku?!"

Bahu mereka sedikit terhinjut saat suara Mondu menjerkah. Bergema hingga keseluruh gua. Orlu telan air liur, takut. Sebelum ketua mereka mengamuk, lebih baik dia beritahu apa yang berlaku semasa di pasar tadi.

"Lan... Lanun." Suara Orlu gagap. Kepala masih tunduk ke bawah. Tidak berani hendak bertentangan mata dengan ketuanya.

Kening Mondu berkerut. Lanun?

MR PIRATE [Complete]Where stories live. Discover now