93

50.4K 3.7K 405
                                        

                  SEPERTI yang dipesan, air kelapa tidak ditambahkan gula. Buah kelapa yang telah siap dipotong bahagian atasnya. Semasa perjalanan menuju ke bilik tadi sempat jugalah Husna curi-curi sedut sekali dua.  Manis betul. Teringat pula buah kelapa yang Odu jual, sama manis dan segar seperti yang ini. Minum pula pada waktu panas terik, memang menyejukkan tubuh badan semula.

Sebaik sahaja kad dilekapkan ke touch screen di pintu, terus Husna memulas tombol pintu lalu ditolak. Salam diberi sambil kaki kanan melangkah masuk ke dalam bilik setelah selipar ditanggalkan.

"Lanun?" Kening Husna automatik berkerut. Segenap bilik yang kosong itu diperhatikan. Ke mana pula si Lanun ni pergi? Tadi dia juga yang nak air kelapa.

Kaki meluru ke arah bilik air. Pintu ditolak separuh. Lantai tak basah. Bermakna lelaki itu tiada di sini. Husna kembali ke arah katil. Ada T shirt coklat dan seluar yang dipakai oleh Lanun dibiarkan tersadai di situ. Dia tukar pakaian tetapi tidak mandikah?

Husna semakin tertanya-tanya. 

Pandangan beralih pula ke arah beg bagasi yang berada di penjuru bilik. Zipnya terbuka. Jelas sekali Lanun ada mengambil pakaiannya tadi.

DEBUSH!

Bunyi percikan air daripada arah balkoni menarik perhatian Husna. Laju kepalanya berpaling ke arah pintu gelansar yang sengaja dibiarkan ternganga. Langsir di kiri dan kanan terhuyung-hayang ditiup angin laut yang tidak kuat mana. Lantas Husna terus menapak ke situ bersama buah kelapa yang masih berada ditangannya.

Lah?

Terus jatuh bahu Husna apabila sudah melihat kelibat suaminya yang dicari-cari sejak tadi. Lelaki itu sudah terjun ke laut dahulu rupanya, siap mengenakan T shirt nike swim lengan panjang berwarna hitam sekali seluar.

Laju juga si Lanun ni berenang, tahu-tahu sudah sampai ke tengah air laut yang agak dalam. Adakala dia menyelam beberapa kali. Menghilang sekejap daripada pandangan mata Husna yang memerhati daripada jauh. Dan kemudian muncul semula di permukaan air setelah beberapa minit dengan nafas tercungap-cungap mencuri oksigen semula. Rambut putihnya yang basah melekap ke dahi diraup ke belakang.

"Lanun!" Jerit Husna sedikit kuat.

Lanun pusing ke belakang.

"Air kelapa!" Katanya sambil mengangkat buah kelapa yang dipegangnya tinggi-tinggi. 

Lanun angguk kepala tanda faham. Tangan diangkat seakan memberi isyarat menyuruh Husna tunggu di situ sementara dia berenang kembali ke bilik semula.

Lenguh memegang buah kelapa yang sedikit berat itu, lantas Husna meletakkan buah kelapa itu di atas meja bulat yang berada di tepi kolam. Salah satu kerusi ditarik lalu dia melabuh punggung di situ. Tergeleng-geleng kepala Husna bersama senyuman melihat Lanun yang seronok benar berenang di bawah sana.

Nampak sangat si Lanun rindu dengan laut.

Sampai ditangga, Lanun terus naik ke balkoni. Menitis-nitis air laut daripada tubuhnya jatuh mengena lantai. Rambut yang diraup tadi kembali melekat ke dahinya yang basah. Dia menapak ke arah kerusi di tepi Husna, melabuh punggung di situ. Tekak terasa dahaga, dengan selamba buah kelapa itu diambil lalu diminum.

"Ermm, rindunya air kelapa." Gumamnya sambil memejam mata buat sesaat. Sungguh mengubati kerinduannya yang sebelum ini.

Hendak tergelak pun ada Husna mendengar.

"Dekat KL pun ada air kelapa. Awak aje yang tak nak beli." Kata Husna.

"Memang ada, tapi tak sama. Susah nak cari buah kelapa yang original manis macam ini di KL." Ujarnya kemudian menyedut air kelapa itu sekali lagi.

MR PIRATE [Complete]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang