95

51.8K 3.7K 423
                                        

                      "PA, tak masuk tidur lagi?" Teguran Nathan daripada belakang menyentakkan Tan Sri Raqib yang sedang duduk di balkoni. Dia mara beberapa langkah mendekati bapanya yang asyik menatap laptop. Salah satu kerusi kosong berhampiran Tan Sri Raqib ditarik sebelum dia melabuh punggung di situ.

"Kenapa macam terkejut sangat papa tak tidur lagi? Kamu yang masih berjaga tak pelik pula?" Soal Tan Sri Raqib sambil sebelah tangannya sibuk menggerakkan tetikus. Matanya masih melekat pada kaca laptop yang bercahaya. Apabila iris terasa pedih, kaca mata yang ditaruh di atas meja dicapai kembali lalu dipakai.

Almaklumlah, umur semakin menua ini memang cepat sensitif.  Lebih-lebih lagi bahagian kornea mata.

Sedangkan Nathan berdecik kecil.

"Bukan terkejut. Tapi ingatkan bila dah bersara daripada kerja papa akan jadi orang pertama yang tidur awal."  Katanya dengan nada mengejek.

Tan Sri Raqib mencebik bibir. Ya, dia pun terfikir seperti itu sebelum ini. Tetapi entah mengapa, setiap kali dia cuba melentokkan kepala ke atas bantal  pasti kelopak mata tidak mahu tertutup. Mata yang pada mulanya terasa berat tiba-tiba menjadi cerah. Puas dia menukar posisi tidur kepada yang lebih selesa, tetap juga berjaya.

Dan akhirnya di sinilah dia. Di balkoni, hirup udara malam sambil melayari internet. Tiada tanda-tanda mengantuk meskipun jam sudah menunjukkan pukul 11 malam. Haih, pelik sungguh. Kenapa dia susah nak tidur ya? Agak-agaknya ada kaitan dengan kopi Mak Timah hidangkan pagi tadi entah?

Tan Sri Raqib geleng kepala. Mana mungkin!

"Nak buat macam mana? Papa tak boleh tidur. Itu yang papa nak tumpang tidur di sini. Sekurang-kurangnya ada kamu, boleh ajak berbual. Kalau duduk di rumah memang sunyi sepi macam duduk dekat rumah terbengkalai."

Tergelak Nathan mendengar rungutan bapanya.

"Macam mana mata tu nak tutup kalau asyik fokus dengan laptop? Daripada tadi asyik hadap laptop aje. Papa tu bukannya kena buat kerja lagi pun."

"Papa bukan buat kerjalah."

"Dah tu?" Nathan mengintai sedikit melihat ke arah laptop.  Spontan keningnya berkerut saat terbaca tarikh tiket penerbangan ke Sabah yang ditempah oleh Tan Sri Raqib. Kenapa tiba-tiba sahaja? Takkan baru sehari Raf tiada di KL bapanya sudah merindui si sulung itu.

"Tiket Flight? Haih, abang tu tak sampai 24 jam lagi balik ke Sabah tahu? Papa dah nak pergi jumpa dia. Apa? Duduk di KL ni dengan Nathan bosan sangat ke?" Soal Nathan, buat-buat seperti hendak merajuk. Tubuh dipeluk sebelum muka dipalingkan ke lain. Adalah sikit terasa hati tu.

"Ha papa tak cakap apa-apa pun, kamu sendiri yang cakap!" Degus Tan Sri Raqib. 

Panjang bibir Nathan memuncung. "Tapi papa memang sayang abang daripada Nathan, kan?"

"Mana ada. Semua anak papa, papa sayang. Papa bukannya bosan duduk sini dengan kamu. Papa cuma nak jumpa Raf untuk berbincang sesuatu dengan dia. Itu aje. Lepas selesai, papa baliklah sini semula. " Ujar Tan Sri Raqib dengan lebih jelas.

Manakala Nathan masih lagi belum berpaling. Yalah tu! Tahu-tahu nanti menginap terus di Ocean Resort.

"Bincang apa sampai kena pergi sana? Telefonkan ada?"

Sesaat Tan Sri Raqib melepaskan keluhan. Kaca mata ditanggalkan sebaik sahaja laptop ditutup. Walaupun isterinya sudah lama tiada, tetapi bebelan itu diwarisi oleh anak-anaknya. Banyak soal pula si Nathan ini. Hempuk kepala dengan laptop baru tahu!

Tak pasal-pasal esoknya keluar tajuk besar di dada akhbar Anak Tan Sri Mati Katak Dihempuk Laptop!

"Memanglah boleh guna telefon. Tapi benda yang papa nak bincang ni terlalu penting. Jadi papa kena bersemuka dengannya dia. Supaya papa boleh tahu dia jujur ke tidak. Takkan itu pun tak boleh?"

MR PIRATE [Complete]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang