USAI mengaminkan doa, Husna langsung bangkit daripada sejadah. Kain telekung dibuka kemudian disangkut pada tempat yang sedia ada. Sesekali rambut panjangnya yang sedikit serabai dirapikan. Anak mata mengerling sekilas ke arah pintu. Tidak pula kedengaran jejak kaki seseorang daripada luar.
"Pergi ke mana pula suami aku ni?" Gumam Husna sendirian. Sebelum solat asar tadi, Lanun ada beritahu yang dia ingin ke sesuatu tempat. Tetapi hendak dekat lima belas minit juga dia keluar, sampai sekarang masih belum pulang. Ah, mungkin dia ada kerja yang perlu diselesaikan.
Husna menapak ke arah katil lalu melabuh punggung di situ. Wayar pengecas ditanggalkan daripada telefonnya. Bateri full. Bibir automatik tersenyum lebar. Sejam juga dia membiarkan telefon dicas, langsung tak diusik. Entahlah jika ada mesej penting masuk atau tidak.
Sebaik sahaja skrin bercahaya. Terpapar beberapa noti mesej daripada Mia dan Papa. Hmm, mana satu nak tengok dulu ya?
Husna jongket bahu. Papa dululah. Mungkin papa sekadar mahu bertanya khabar perjalanan mereka ke Ocean Resort selamat.
"Kamu berdua dah selamat sampai ke?"
-PAPAHusna mengulum senyuman kecil sebelum jari-jemarinya menari-nari di atas skrin. Membalas semula mesej itu.
"Alhamdulillah, dah lama sampai. Bateri habis tadi. Tak sempat nak maklumkan pada papa."
Tidak sampai beberapa minit, mesejnya dibalas. Terangkat kening Husna apabila menerima notifikasi itu. Laju betul papa taip.
"Raf ada dengan kamu ke sekarang?"
Kening Husna berkerut sesaat ketika membacanya. Namun, mesej tetap dibalas.
"Tak ada. Dia keluar sekejap."
Kali ini Tan Sri Raqib tidak membalas dengan teks. Malah menghantar dua emoji mata menjuling ke atas serupa mimik muka menyampah. Terus tangan Husna naik menyentuh bibir yang tertawa kecil. Alahai, kenapalah bapa mertua aku ni comel sangat?
Mahu sahaja Husna bertanya mengapa Tan Sri Raqib menghantar dua emoji itu, namun tatkala melihat ada perkataan typing muncul. Husna menunggu. Pasti ada lagi yang papa belum katakan.
Sementara menunggu mesej daripada Tan Sri Raqib, Husna membaca mesej daripada Mia pula. Membulat biji matanya apabila melihat deretan mesej yang panjang. Ingatkan bila dah ada Nathan di hadapan mata takkan sentuh telefon lagi. Tapi sama juga.
"Haih, apa pula masalah minah ni?" Husna tunduk membaca mesej-mesej yang dihantar.
"Husna! Kau cakap kalau dia kerja di sini, aku boleh berkepit dengan dia lama-lama! Tapi dia nampak macam lagi sukakan kerja daripada aku." -Mia
"Dia tegur aku semasa di Airport itu sahaja, selepas itu langsung tak ajak aku keluar makan. Sudahlah aku pakai cantik-cantik hari ni!"-Mia
"Begini ke kau semasa bercinta dengan Mr Pirate kau tu? Mestilah tidakkan? Mana mungkin Tuan Andikha abaikan kau walaupun cuma satu saat. Tapi kenapa adik dia tak macam abang!"- Mia
Husna hanya mengekek ketawa membaca mesej-mesej itu. Semuanya tentang luahan perasaan. Dah serupa diari pula tempat mesej ini. Kepala digeleng-geleng perlahan. Ingatkan sudah habis tetapi ada lagi rupanya.

ANDA SEDANG MEMBACA
MR PIRATE [Complete]
Romance"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatkan Husna teringat sampai sekarang. Mengapa Mr Blue? Kerana di dalam mimpi indah itu cuma menampakkan...