CHAPTER 92 - The Calm before The Storm

116 18 1
                                    

Kira sedang duduk di atas lutut, berhadapan dengan Queen of Elves yang sedang berdiri.

Wajah pemuda itu kelihatan gugup dan gementar. Dia sudah pun bertukar kepada rupa asalnya; manusia.

Eliza mempunyai reaksi yang tenang di wajahnya. Dua tangan menyilang di belakang pinggang.

"...Pada awalnya, aku cuma nak jalan-jalan je kat kawasan ni...ambil angin dan tengok permandangan..." Gumam Eliza.

Kira mengangkat wajahnya sedikit dan melihat ke arah Queen Elf.

"Udara kat sini pon lebih nyaman dan segar. Ianya seakan-akan, kita bersatu dengan alam semula jadi bila kita ada kat sini..." Tambah wanita elf itu.

Dahi Kira berkerut.

'Dia nak cakap ape sebenarnya? Tiba-tiba je sembang pasal alam semula jadi...' getus hatinya. Hairan.

Pada waktu itu, barulah Eliza mengadap ke arah Kira. Satu senyuman nipis terukir di bibirnya.

"...Tapi, tengoklah apa yang aku jumpa? Satu manusia curiga sedang merayau-rayau di kawasan berdekatan dengan military headquarters."

Gulp!

Kira menelan ketulan liur gementar. Mulutnya terbuka dan tertutup. Tidak pasti macam mana ingin mencipta satu alasan.

"Uhh...Sa-saya..."

"And, jangan fikir nak cuba menipu, hm~? Trust me. It's not gonna work." Cantas Eliza. Nadanya lembut.

Kira memejamkan matanya. 'Right. Elza cakap aunty dia boleh tahu apa orang lain tu fikir. Jadi, takde guna kalau aku cuba tipu.'

Damn it! Semua salah Amar!

Kira menghela nafas pasrah sebelum berbicara.

"Haa~ Sebenarnya saya..."

...

Beberapa minit kemudian.

Selepas Kira memberitahu Eliza, tujuannya menceroboh kawasan tentera Elf itu.

Eliza hanya membisu sepanjang Kira bercakap. Wajahnya kekal tenang dan mendatar.

"...Lebih kurang macam tu lah ceritanya, Your Majesty." Gumam Kira.

"..."

Eliza tidak bersuara untuk seketika. Dia menoleh kepalanya ke sebelah kiri dan menghirup udara segar di hutan.

Kira kelihatan tidak selesa. Tubuhnya asyik ke kiri dan ke kanan. Dia masih duduk melutut di tanah.

'Aduhaii~ Aku dah lenguh lutut ni! Cakaplah something, Your Majesty oiii~!!' rungut Kira di dalam hati.

"Manusia..." Eliza mula berbicara. Menarik perhatian Kira.

"Hm?"

"...Selepas beratus tahun, aku ingat spesies manusia ni dah berubah. Tapi...mereka masih lagi cuba masuk campur dengan benda yang mereka takde kena mengena...Setengah orang cakap, itu adalah sifat curiosity. Tapi, bagi aku..."

Eliza mengadap semula wajahnya ke arah Kira.

"...Itu lebih kepada sifat busybody. Am I right, human child?" Tambahnya.

The Heir of Sun DragonWhere stories live. Discover now