Lima individu tiba di lokasi Amar.
Elza, Leafa, Dahlia, Hela dan Yenki, masing-masing mendarat di pokok-pokok yang berdekatan dengan pokok Amar.
"Amar, kau dah okay?" Soal Elza.
Amar tersenyum kecil. "Haa. Aku okay."
"Nasib baik kau halang semburan naga tu tadi, Kuroyasha. Kalau tak..." Gumam Yenki dengan nada gugup.
Mereka mungkin sudah cedera teruk sekarang, jika Amar tidak menghentikan serangan naga ais itu tadi.
"Naga tu nak pegi mana tadi?" Soal Amar.
"Naga tu menuju ke lokasi The Life Tree. Kitorang tak pasti sama ada betul atau tak, itu destinasi yang dia nak pegi. Tapi, kita still tak boleh biarkan dia dekat ngan The Life Tree...sebab tu, kitorang serang naga tu sekarang." Jawab Elza.
"I see."
"Kids." Celah Leafa. Menarik perhatian mereka.
"Aku tahu korang banyak nak cakap di antara satu sama lain. Tapi, sekarang bukan waktunya." Tambah Leafa. Nada serius.
"Betul tu." Hela mengangguk setuju. Kemudian, dia menoleh ke arah lokasi naga ais.
"Naga tu dah perasan kita ada kat sini. Kejap lagi mesti dia serang lagi."
"Alright. Kalau macam tu, mari kita gerak!"
Amar terus bergerak ke lokasi naga ais tersebut, tanpa menunggu respon yang lain.
"Ap-! Hei, Amar! Tunggu!"
Elza mengekori Amar dari belakang. Yang lain, turut mengikut dua orang itu.
Apabila Elza sudah berada di sebelah Amar, dia bersuara.
"Dari gaya kau, aku agak kau dah ada plan?"
Amar tersengih sebelum berbicara. "Plan? Of course~ Tapi, kita kena pastikan naga tu tak pegi mana-mana dulu."
Amar mengepal dua tangan di depan dadanya.
Thousand Shadows Binding!
Naga ais baru sahaja membuang ais dan ikatan bayang dari mulutnya.
Tiba-tiba, beribu bayang panjang muncul keluar dari bayang-bayangnya sendiri, dari tanah.
Lalu, ia mengikat dua sayapnya dengan ketat.
GROOAAARRR!!
Naga ais mengaum dalam kemarahan, kerana dua sayapnya tidak boleh bergerak.
"Now what?" Soal Hela yang sedang terbang di sebelah Amar.
"Kita nak guna cara macam tadi ke? Mobile Legend style?" Sambung Yenki.
"Lebih kurang gitu lah~ Korang tiga stay ngan role korang, sebagai damage dealer dan tank. Miss Leafa dan Dahlia pulak...serangan diorang takkan berkesan kat naga tu, so tugas diorang akan support korang tiga dan alihkan perhatian naga tu." Terang Amar.
Leafa dan Dahlia tiada masalah dengan plan tersebut, kerana memang masuk akal dan betul pun.
Walaupun, mereka mages yang paling kuat di antara semua orang di situ, jika magis mereka tidak berkesan pada musuh, apa gunanya jadi penyerang utama?
Jadi, lebih baik mereka bantu mereka yang boleh mencederakan naga ais itu sahaja.
"Kau? Still support lah kan?" Soal Yenki kepada Amar.
"Nope~ Aku dah tukar role." Balas Amar. "Aku akan jadi damage dealer jugak." Nadanya bersahaja.
"Hah..?"
YOU ARE READING
The Heir of Sun Dragon
FantasyKisah ini merupakan Sequel dari Exiled Royalty. Date Created: 11/5/22 Elza Twilight Seorang gadis remaja yang mempunyai darah keturunan naga, Dragonborn. Dia tinggal di Negara Wikuza, negara yang handal dalam penggunaan Magis. Awal kehidupannya, Elz...