Leafa berdehem untuk menarik perhatian semua orang di dalam bilik mesyuarat tersebut.
Dia berdiri di sebelah Elza yang sedang duduk di kepala meja.
"Ehem! Saya pasti ramai yang tertanya-tanya, kenapa spesies manusia menyertai meeting kita kali ini...tapi, saya minta maaf. Dengan situasi kita sekarang, saya tak boleh nak terang lebih lanjut...saya cuma boleh cakap...mereka, manusia ni semua memainkan peranan yang penting dalam meeting kita ini."
Semua hunter di bilik mesyuarat itu, melihat di antara satu sama dengan wajah pelik.
Mereka tidak faham maksud Leafa itu
Apa manusia tu semua buat, sampaikan Leafa menganggap mereka penting di dalam mesyuarat ini.
Tambah lagi pelik, pihak elder kelihatan tidak kisah dan seperti bersetuju dengan penyataan Leafa tersebut.
Dalam kalangan semua elf di wilayah mereka, bukankah pihak elder paling benci spesies manusia?
Tanpa disedari oleh pihak hunter, kalau bukan sebabkan semua manusia itu, pasti pihak elder dan rakyat elf tidak bernafas sekarang ini.
Benar.
Memang Elder Storm yang hentikan letupan di kubu bawah tanah tadi. Tetapi, kalau bukan sebab kumpulan manusia itu, pasti mereka tidak sedar langsung akan kewujudan spy dark elf itu semua.
Dan, mereka pasti sudah maut sekarang.
Jadi, walaupun mereka benci akan spesies manusia dan susah nak mengaku, pihak elder agak bersyukur dengan pertolongan kumpulan manusia itu di kubu bawah tanah.
Amar, Azura, Kira, Luke dan Linna berdiri di bahagian belakang Elza, di dinding. Wajah mereka semua tenang.
Tetapi, Linna kelihatan agak gugup.
Berada di bilik yang penuh dengan orang yang penting dan hebat, memberikan sedikit tekanan pada jiwanya.
Namun, dia tetap cuba bertahan dan menenangkan dirinya.
Dia tak boleh nampak lemah. Dia taknak malukan Elza sebagai salah satu dari kawannya.
"Enough with that." Elza bersuara. Menarik perhatian semua orang.
Wajahnya kekal dingin.
"Apa yang mereka buat kat sini sekarang tak penting.." ujar Elza. Dia maksudkan kawan-kawannya di dalam bilik mesyuarat itu.
Lalu, menambah "Apa yang penting sekarang, situasi kita..."
Serta-merta, semua orang berwajah serius dan tegang.
"Aunty saya...Queen Eliza telah diculik oleh bangsa dark elf...sewaktu saya dipaksa berkurung di kubu bawah tanah tadi." Gumam Elza. Nadanya dingin.
Leafa menurunkan kepalanya, kelihatan menyesal.
Yang lain hanya membisu. Tidak berani bersuara.
Elza menarik nafas panjang dan lepas. Dia cuba menenangkan hatinya yang sedang membara kemarahan.
"...Walaupun, sejujurnya saya bengang dengan keputusan Royal Hunter Division, mengurung saya di situ...saya sedar, mereka lakukan semua tu atas keselamatan saya. Tambahan lagi, kalau bukan sebab saya terkurung di situ...mungkin kita takkan sedar yang kita ada tikus di kalangan orang awam."
Pihak elder mengangguk setuju dengan kata-kata Elza.
Tetapi, pihak hunter pulak...
"Um...Your Highness?"
Seorang wanita elf berambut oren yang panjang dan diikat gaya ponytail, mengangkat tangannya.
YOU ARE READING
The Heir of Sun Dragon
FantasyKisah ini merupakan Sequel dari Exiled Royalty. Date Created: 11/5/22 Elza Twilight Seorang gadis remaja yang mempunyai darah keturunan naga, Dragonborn. Dia tinggal di Negara Wikuza, negara yang handal dalam penggunaan Magis. Awal kehidupannya, Elz...