Amar dan Kira sedang menuruni tangga ke tingkat bawah. Dan, semua mata melirik ke arah dua jejaka itu.
Perbualan mereka terhenti dan mereka hanya memerhati gerak-gerak Amar dan Kira.
Kira yang perasan pandangan tajam mereka, berbisik di telinga Amar.
"Weh! Diorang usha kita lain macam lah!"
Namun, Amar kelihatan tidak kisah langsung dan hanya tenang sahaja.
"Buat tak tahu je, Kira~"
"Tapi...!"
"Aku nak gi minum jap sebelum cau dari sini. Kau nak join sekali tak?"
"Uhh...aku nak gi tandas dulu. Nanti aku join kau."
"Kk."
Kira berpisah dari Amar dan berjalan menuju ke arah tandas. Sementara, Amar menuju ke kaunter bar.
Sesampai di kaunter bar, Mark menyapa Amar dengan senyuman mesra.
"Ah! Amar!"
Amar membalas senyuman dan melabuhkan punggungnya di satu kerusi.
"Yo!"
"Macam mana makanan tadi? Okay?"
"Okay je. Sedap! Rasa macam makanan hotel 5 bintang!"
Mark kelihatan malu dan tertawa kecil.
"Hahaha. Biasa-biasa je tu...By the way, kenapa kau datang sini? Nak tambah makanan lagi ke? Aku boleh buat-"
Amar menafikan dengan melambai tangannya ke depan.
"Eh tak tak! Aku just nak minum je."
Mark kelihatan terkejut. "Minum? Wain yang aku bagi tadi tak cukup ke?"
"...Aku tak minum alkohol." Terang Amar.
"Oh my! Jadi, kau tak minum apa-apa lah waktu makan tadi?"
Amar menggaru pipi kanannya dengan jari telunjuk dengan wajah malu.
"Hehe. Yup."
"Haihhh...Kenapa kau tak bagitahu aku tadi? Kau nak minum apa? Biar aku buatkan. And, tak payah bayar. It's in the house!"
"Aku rasa serba salah nak cakap tadi lepas kau sediakan makanan tu semua. Sebab tu, aku diam je. Hahaha."
Mark tersenyum mendengar jawapan Amar.
Nampaknya, dia betul-betul salah faham tentang Amar. Pemuda di depannya itu seorang yang baik dan bertimbang rasa.
"So? Air apa kau nak?"
"Oh! Kopi je pon dah cukup."
"Right~ tunggu jap."
Lalu, Mark pun beredar ke dapur untuk membuat kopi.
Sambil menunggu minumannya sampai, Amar mengetuk lembut meja kaunter bar dengan jarinya.
Tap. Tap. Tap. Tap.
Dan, dahinya berkerut secara tiba-tiba. Dia menoleh ke belakang.
Serta-merta, ahli-ahli Wing Pegasus yang memerhatinya dari tadi, mengalihkan pandangan mereka ke tempat lain.
Amar membalikkan bola matanya ke atas.
'Diorang ni...masih lagi tak serik kena pressure ngan aku agaknya.' Getus hatinya dengan perasaan menyampah.
Walaupun, mereka semua sudah tahu yang Amar dan Kira ialah betul-betul kawan Elza. Mereka masih lagi curiga dengan Amar dan Kira.
Tambahan lagi, pandangan mereka kini lebih tajam dan berang dari sebelum ini. Terutama, bagi kaum lelaki.
YOU ARE READING
The Heir of Sun Dragon
FantasíaKisah ini merupakan Sequel dari Exiled Royalty. Date Created: 11/5/22 Elza Twilight Seorang gadis remaja yang mempunyai darah keturunan naga, Dragonborn. Dia tinggal di Negara Wikuza, negara yang handal dalam penggunaan Magis. Awal kehidupannya, Elz...