CHAPTER 96 - Kidnapped

131 17 0
                                    

Di bilik Queen Eliza.

KABOOOOMMM!!!

Letupan terhasil di dalam bilik tidur tersebut. Cermin tingkap hancur dan  serpihannya melayang ke merata tempat.

"Arghhhhh!!!"

"A-api ape ni?!"

"Gyahhh!! Ke-kenape api ni tak boleh padam...?!"

Separuh dari kumpulan dark elf itu terbakar oleh api hitam Amar.

Mereka meronta-ronta di lantai. Cuba memadamkan api tersebut. Namun, ianya perbuatan yang sia-sia.

Tidak kira apa yang mereka buat. Guna magis air, berguling di lantai atau pun menepuk badan...

Api hitam itu tidak mahu hilang dan terpadam.

Ketua dark elf melihat keadaan mengerikan itu dengan wajah terkesima.

"A-ape yang berlaku ni...?"

"Kapten!" Teriak seorang dark elf. Menarik perhatian ketua mereka.

Anak buahnya itu sedang memegang lengan Queen Eliza dan memaksa wanita elf itu berdiri.

"Saya dah pegang Queen Elf. Sekarang nak buat ape-"

Shadow Knife!

Satu pisau diperbuat dari bayang hitam meluncur laju ke arah dark elf yang memegang Eliza.

Zup!

Dan, ia tepat pada dahi dark elf tersebut.

Tubuh dark elf itu tumbang ke tanah.

Maut.

"I told you...not on my watch, bitch." Ujar Amar. Wajahnya dingin.

Amar mula melangkah ke arah Eliza dan ketua dark elf.

Tetapi...

"Stop, Amar!!" Laung Eliza tiba-tiba.

Langkahan Amar terhenti. Dahinya berkerut.

"...?"

Malah, dark elf yang lain pun hairan, kenapa dia suruh penyelamatnya berhenti.

Eliza mengetap bibirnya sebelum berbicara.

"...Diorang tengah jadikan rakyat bandar ni tebusan. Kalau kau cederakan diorang lagi...semua rakyat bandar ni mungkin akan mati...!"

Dark elf berambut unggu gelap, ketua dark elf itu tersengih.

'Right~ Aku hampir terlupa pulak pasal tu.' getus hatinya.

Dia berjalan mendekati Queen Eliza dan berdiri di belakang wanita elf itu. Senyuman kejam tidak lekang dari wajahnya.

Amar hanya memerhati ketua dark elf itu dengan pandangan keji.

"Betul tu, manusia~ Jadi, baik kau jangan buat benda yang-"

Rumble...!!

Tiba-tiba, satu bangunan istana itu bergegar seperti dilanda gempa bumi. Mengejutkan mereka semua.

"A-ape hal ni?!"

"Asal istana ni tiba-tiba bergegar?!"

Soal dark elf lain dengan nada cemas.

'Ada letupan dari arah bawah tanah...jangan-jangan...?!' getus hati Eliza dalam ralat.

Ada letupan besar terhasil di kubu bawah tanah sekarang.

Tetapi, ada sesuatu yang pelik.

Jika, letupan besar itu adalah self-destructive magis yang ketua dark elf itu maksudkan tadi...kenapa Eliza boleh detect semua rakyatnya masih lagi hidup sekarang?

The Heir of Sun DragonWhere stories live. Discover now