Bab 5

5.3K 246 2
                                    

"Niel rasa baby takkan terima apa-apa lagi keputusan yang kita buat untuk dia. Niel rasa, ada baiknya kita kahwinkan je Nia. Itu cara yang paling senang nak bagi nama 'Celcevion' melekat pada dia." Darniel memberi cadangan. Raja Karlos yang sedang membaca berita didalam IPad mengangkat wajah dia memandang putera sulungnya.

Bibir Raja Karlos mengukirkan senyuman. Ada betul juga kata Putera sulungnya. Kenapa dia tidak berfikir begitu sebelum ini.

"Ayahnda setuju. Kamu ada calon?" Darniel geleng kepalanya.

"Ayahnda ada calon. Malam nanti Ayahnda akan jemput dia datang, dan kenalkan dia pada Dania. Kalau Dania setuju. Ayahnda akan langsungkan terus perkahwinan mereka minggu depan." kata Raja Karlos dengan penuh keyakinan.

Darniel menyandarkan tubuh dia pada kerusi sambil tangan menyilang ke dada. Mata merenung memandang susuk tubuh Dania dari jauh "Kalau Nia tak setuju?"

"Ayahnda akan bagi Nia tempoh 2 minggu untuk Nia cari sendiri calon yang sesuai."

Leo Hendry membuka baju T-shirt yang melekat pada tubuh tegap dia sebelum dia menyalin T-shirt yang sudah robek bajunya. Rambut Wolf Hair miliknya yang tersusun rapi itu di kusutkan. Plastik yang berada dibelakang kerusi kerusi diambil.

Plastik tersebut di buka sebelum diambil debu arang dan disapukan pada muka, rambut serta lengan dan kaki dia. Setelah berpuas hati dengan penampilan dia seperti seorang pengemis. Leo Hendry mengambil Earpods miliknya dan disumbatkan pada lubang telinga.

"Aku nak keluar, Bagitahu aku kalau kau dapat detece jantan tu." Arah Leo Hendry. Daun pintu kereta dikuak sebelum kaki menapak keluar dari perut kereta.

"Baik tuan!" balas Airiz.

Leo Hendry duduk bersebelahan tong sampah. Tempat dimana ramai manusia berjalan kaki melalu lintas. Dari apa yang dia baca sebelum ini. Musuhnya bakal tiba lalu disini. Kemudian, dia meraba kepalanya tatkala merasakan benda yang tak cukup bagi dia. Mata melilau melihat keadaan sekeliling.

Leo Hendry menghampiri jejaka pengemis yang sedang mencari barangan terbuang di sampah. Topi milik jejaka pengemis itu diambil. Kemudian Leo Hendry menghulurkan dua keping not RM 100 ringgit.

Jejaka pengemis itu terpingga-pingga melihat bersilih ganti topi serta dua keping duit not RM 100 ringgit yang dihulurkan Leo Hendry. Tanpa menunggu lama. Leo Hendry meletakkan duit tersebut kedalam poket baju pengemis itu. Topi yang dipegang dilibas beberapa kali sebelum diletakkan pada atas kepala.

Leo Hendry kembali duduk ditempat dia. Kepala ditundukkan sedikit supaya orang di sekitarnya itu tidak dapat melihat jelas wajah dia. Mata dia melihat kearah jam tangan miliknya. 10 minit sebelum musuhnya lalu dikawasan ini.

"Cantik jam, mana kau sita?" Tegur salah seorang pengemis yang baru sahaja melabuhkan punggung bersandar pada tong sampah bersebelahan Leo Hendry. Matanya bersinar-sinar melihat jam tangan yang dipakai Leo Hendry.

"Beli." Ringkas Leo Hendry berkata.

"Miskin, miskin macam ni pun boleh ea." Leo Hendry hanya mengendahkan apa yang dikatakan pengemis itu. Mata hanya fokus melihat teliti setiap manusia-manusia yang sedang lalu lintas di kawasan itu.

Selesai sahaja Dania membersihkan diri, dia menapak melangkah menghampiri almari putih miliknya. Daun pintu almari dibuka. Baju t-shirt hitam berlengan panjang beserta seluar slack hitam menjadi pilihan dia.

Selesai lengkap tubuhnya berpakaian. Dia melangkah menuju kearah meja soleknya pula. Tuala yang membalut kemas rambutnya dibuka sebelum butang suis Pengering rambut dibuka.

Dania tilik lama wajah dia dibalik cermin. "Kau akan mati, Nia." nguman Dania sendiri.

"Kau takkan jumpa keluarga kau lagi lepas ni, Dania." sekali Dania berkata seorang diri.

Dania gigit kuat bawah bibir dia. Pandangan dijatuhkan kebawah. "Kau akan tinggalkan diorang, Dania."

Dania meletakkan kepalanya di atas meja. Air mata jernih mula menitis membasahi pipi gebunya. Dadanya ditumbuk beberapa kali.

"Nia sakit bonda, Nia sendiri tak kuat. Macam mana Nia nak beri kekuatan pada Bonda dan Ayahnda. Dania sendiri tak ada kekuatan."

Dania angkat wajah dia memandang tepat kearah cermin solek. Air mata di tubir mata disapu lembut. "Kau nampak lemah Nia, diorang akan tahu kalau kau lemah macam ni. Kau kena kuat. Kau yang pilih jalan ni."

Dania bingkas bangun dari duduknya. Gajet mahal miliknya diambil lalu disimpankan kedalam kedalam poket seluar slack miliknya. Kaki melangkah menuju keluar bilik.

"Bonda, Nia nak keluar sekejap." melulu Dania berjalan tanpa memandang ke arah Permaisuri Dahlia yang berada di ruang tamu bersama beberapa maid yang lain.

Belum sempat Permaisuri Dahlia menyoal, Darniel terlebih dahulu menyoal. "Pergi mana?!"

Dania menghentikan langkahnya. Wajah Darniel ditatap. "Nia nak keluar sekejap je. Nanti Nia balik." langkah kembali dibuka. Daun pintu utama dikuak sebelum kaki Dania melangkah keluar dari rumah agam besarnya.

"Cik Dania." khair pembantu peribadi Dania yang diamanahkan Raja Karlos untuk menjaga keselamatan Dania membungkukkan sedikit tubuh dia tatkala Dania menapak keluar dari rumah agam mewah itu.

Kesemua jejaka berkot hitam di kawasan perumahan itu turut membungkukkan tubuh dia memberi hormat.

"Saya naik motor je." helmet didalam almari diambil, sebelum disarung kemas pada kepalanya.

"Nia!" Dania menoleh ke belakang tatkala sistem pendengaran dia dihentam dengan suara garau Darniel memanggilnya dari arah belakang.

"Oh, please..." Dania meraup kasar mukanya tatkala melihat Darniel sudah siap berhelmet serta kunci motor di tangan dia.

"Boleh tak abang Niel berhenti ikut Nia. Nia boleh hidup berdikari la. Cukup-cukup lah selama ni kawal hidup Nia."

"Siapa nak ikut kau, aku nak pergi office Ayahnda. Ada benda yang aku nak uruskan." Kelentong Darniel. Walhal memang dah berniat mahu mengikuti Dania.

"Iya ke ni, Bukan harini hari Sabtu ke?" Dania menjongketkan kening dia. Laju Darniel alih wajahnya kearah lain seolah-olah tidak mendengar apa yang dikatakan Dania.

"Baju jenama apa kau pakai ni, khair?" baju yang dipakai Khair dikemaskan. Tai pada leher tegang milik Khair dieratkan lagi supaya merapi.

Dania keluh perlahan. Ada si Darniel ni. Enjin motor di hidupkan. Kaki melangkah menaiki motor MTT Turbine Streetfighter miliknya.

"Ayahnda suruh baby kahwin kalau baby nak sangat bebas." Dania toleh wajah dia memandang kearah Darniel.

Too Be Countinued...



OG| REVENGE HUNTERWhere stories live. Discover now