Darien duduk diatas kerusi sambil senyuman mekar di bibir. Tidak sabar menunggu untuk berjumpa dengan adik kesayangannya, Dania. Sesekali matanya menjengah melihat beg kertas yang dia pegang. Perfect! Tunggu sampai ketibaan Dania dan menghadiahkan sahaja.
Jam dikerling tatkala dia merasakan dirinya tersidai lama menunggu Daryen menjemputnya. Sudah sejam Namun tidak muncul juga kelibat Daryen.
Pin! Pin! Pin!
"Doraemon!" Laung Daryen
Darien angkat wajah dia memandang empunya suara tersebut. Daryen yang didalam kereta mengangkat tangannya melambai ke arah Darien. Darien senyum sebaris. Beg bagasi dia ditarik menghampiri kereta ronga roger milik Daryen.
Darien terlebih dahulu menghampiri bonet kereta bagi meletak beg bagasi miliknya. Mata Darien melihat ke arah sisi kereta. Bibir Darien mengukirkan senyuman sinis apabila dia melihat jelas lubang-lubang pada kereta rongga roger Daryen.
"Reban mana pula kalini kau gegar?" soalan yang diajukan Darien membuatkan Daryen yang sedang menyalakan api pada putung rokok menayangkan sebaris senyuman sinis.
"Sebulan, kau masih tak berubah lagi Ien."
Darien pandang separuh wajah Daryen dibalik cermin pemandu. "Sebulan, bukan setahun."
Darien tutup bonet. Kaki melangkah menuju ke sebelah penumpang bersebelahan dengan Daryen. Daun pintu kereta dikuak sebelum memasuki perut kereta.
"Where is my boo?" soal Darien tatkala tidak melihat kelibat Dania berada didalam kereta.
"Tak ada." Jawab Daryen ringkas.
Dengan itu, Pantas sahaja kepala Daryen menjadi sasaran pukulan Darien
BUK!
"Aku dah kata bawa dia sekali kan semalam."
Daryen gosok laju kepalanya. Pedih.
"Baby tidur, aku gerak dah ajak dia pergi sekali. Baby langsung tak bagi respond apa-apa." Jelas Daryen.
Sekali lagi ketukan mendarat pada kepala Daryen. "Itu gunanya aku suruh kau kejut."
Daryen tepis kasar tangan Darien. "Sakit lah. Sebulan aku jaga kepala aku. Balik kau. Lebam balik kepala aku."
Daryen jengkil matanya melihat beg kertas yang dipegang Darien. "Untuk baby je, aku tak ada?"
"Minta Tyra." Daryen jeling sekilas kearah Darien. Pedal minyak terus ditekan meluncur laju di atas jalan raya.
"So, how about this surprise?" bangga Daryen berkata. Darien melihat suasana markas Chong . Mayat bersepah dimana-mana. Lebih kepada kawasan itu baru sahaja mengalami perang dasyat. Perang yang dilakukan Daryen sendiri.
"Bro!" Daryle yang dari jauh berlari menghampiri Darien serta Daryen. Dia baru sahaja dapat maklumat mengenai rancangan jahat Chong, Jeans bersama Kark.
"Tak salah lagi, memang kerja Kark dengan Jeans. Dorang dah rancang semua ni. Just kita lambat perasan. Chong cuma bantu 30% dalam kes ni." kertas maklumat mengenai rancangan jahat mereka dihulurkan kepada Darien. Darien menyambut huluran tersebut.
"Dah check berapa ramai lagi terlibat?"
"Tony Xero." Daryen yang mendengar bagaikan tidak percaya. Kertas dari genggaman Darien laju disambar.
"WTF-" Darien ketap kuat rahang dia. Urat biru mula naik hingga ke kepala. Seolah-olah tidak percaya apa yang dia lihat. Gambar-gambar dari fail diselongkar kasar.
"Kau buat betul Yle, Kau dah check betul-betul?" Darien yang tidak percaya dengan apa yang dikatakan Daryle kembali menyoal. Daryle dengan tenang mengangguk.
Dia juga tahu muslihat Tony selama ini mendekati Daryen. Dia mahu jatuhkan Daryen perlahan-lahan. bermula menjadi kawan. Berakhir menjadi musuh.
"So selama ni, betul la apa yang kau cuba bagitahu Daryen?" Soal Darien. Daryle angguk lagi.
Daryen meraup kasar rambutnya kebelakang. Kepala didonggakkan memandang langit. Air liur ditelan kelat.
Darien melangkah menghampiri salah seorang lelaki nyawa-nyawa ikan. Darian mencangkung di hadapan jejaka itu. Wajah lelaki tersebut nyawa-nyawa ikan itu dilihat sebelum baju jejaka itu direntap kasar sehingga menampakkan dada bidang jejaka itu.
Tatto snipper terhias pada dada lelaki tersebut.
"Selain kau, Daryle. siapa lagi datang."
"Dayyen." Dari6an pantas menoleh ke arah Daryle.
"Mana dia sekarang?" Darien bingkas berdiri.
"Tadi dia ambil tugas serangan jarak jauh. Atas pokok kot. Tak turun-" belum sempat Daryle menghabiskan ayatnya. Darien bertindak menumbuk dada bidang milik Darul.
"Shit! Kenapa kau tak perhatikan dia!" Darien berlari bagi mencari keberadaan Dayyen.
Nampak sahaja Dayyen yang sedang terhinjut-hinjut berjalan memegang pokok kearah arah pokok yang lain. Darien pantas berlari menghampiri Dayyen.
Dayyen senyum sebaris apabila Darien menghampiri dia.
"Selamat pulang Ien." Dayyen senyum tawar.
"Kau ni, selalu buat aku risau!" bahu tegap Dayyen ditumbuk menyebabkan Dayyen mendesis kecil.
"Kau, terluka?" Daryle pandang bahu Dayyen yang mengalir deras darah merah pekat di balik baju Dayyen pandang bahunya. Dia senyum sebaris.
"Luka macam ni, apa lah sangat. Macam mana aku nak jadi macam kauorang kalau luka kecil macam ni pun tak boleh tahan."
"Jangan nak perasan hebat sangat kalau muka pun dah biru." bahu Dayyen ditolak kasar supaya tersandar pada dahan pokok. Baju Dayyen dikoyak menyebabkan dada Dayyen tidak memiliki seutai benang. Darien mengeluarkan pisau dibalik celahan lengan panjangnya beserta gunting pada kocek seluar dia.
"Laiter."
Tanpa banyak soal Daryle menghulurkan laiter kepada Darian.
"Gigit. Benda ni mungkin akan menyakitkan kau." badan pemetik api diletakkan pada gigi Dayyen. Dayyen hanya mengikuti. Badan pemetik api itu digigit.
Dayyen ketap rahangnya kuat apabila pisau beserta gunting menembus kedalam kulit dagingnya. Bebola mata dipandang keatas menyebabkan kornea matanya hanya menghiasi mata putih pada bebola mata jejaka itu.
Daryle yang melihat wajah Dayyen bermandi peluh segera berlari kearah kereta Daryen bagi mendapatkan tisu. Kemudian, dia berlari kembali ke arah Dayyen bagi menyekat peluh Dayyen.
"Tahan Day. Aku tahu kau kuat." Daryle mula memberikan kata-kata semangat pada Dayyen. Gajet mahal miliknya diambil. Lalu direkod dimana dia sedang perihatin terhadap Dayyen. Daryle menghulurkan gajet mahal kepada Daryen bagi merekod dia.
"Rakam rakam. Aku nak tunjuk kat bonda balik nanti." Daryen mengambil gajet mahal milik Daryle. Dia mengikuti sahaja kemahuan Daryle. Jika Daryle suruh ke kiri, dia ke kiri. Jika Daryle suruh ke kanan dia ke kanan.
Too be continued..