"Abang Ien tak makan ke?" Soal Dania sambil mengambil beberapa dessert yang tidak jauh dengannya yang berada diatas meja. Dania menoleh wajah dia memandang tepi wajah Darien tatkala soalan dia tidak dijawab.
"Abang Ien—" Dania terdiam sejenak apabila melihat merah padam muka Darien. Dania melihat sama kearah dimana Darien sedang melihat. Bebola mata dia terhenti kearah jejaka di hadapan mereka. Leo Hendry. Kemudian, Dania melihat pula kearah sisi lainnya. Tertelan payau air liur Dania tatkala Darniel, Daryen serta Daryle merenung tajam kearah Leo Hendry.
Dapat Dania rasakan aura kematian diantara tatapan abang abangnya terhadap jejaka dihadapannya itu.
Dania cuit kecil lengan kekar Darien. Darien menoleh kearah Dania yang sedang senyum manis sehingga menampakkan lesung pipit itu.
"Yes, princess?"
Dania menopong kedua belah tangannya sebelum berbisik perlahan. "Nia nak suap."
Darien senyum sebaris. Pinggan yang telah diisi dessert oleh Dania tadi ditarik merapati dia sebelum dicedok dan disuakan ke dalam mulut Dania. Kemudian, Darien kembali merenung tajam kearah Leo Hendry.
Dania kemam bibirnya memandang wajah tegang Darien. Dingin. Dicuit semula lengan kekar Darien mencuri perhatian. "Abang Ien boleh tak ambilkan makanan untuk Nia, Nia tak tahu lah nak makan apa. Banyak sangat."
Darien yang tadi sedang merenung tajam kearah Leo Hendry kembali memandang wajah cantik Dania. Makanan yang tersusun panjang dihadapannya dilihat sejenak.
"You nak makan apa, princess? Pasta carbonara?" Dania mengangguk kecil. Darien dengan berhati hati menceduk makanan yang diminta Dania kedalam pinggannya.
"Sedap?" Dania yang sedang rakus mengunyah pasta mengangguk . Darien senyum sebaris. Tisu yang berada diatas meja diambil sebelum di sekat lembut pada hujung bibir Dania.
Raja Karlos memandang keadaan sekeliling sebelum mengalihkan wajah dia memandang isterinya yang disebelahnya. Permaisuri Dahlia mengelus lembut lengan kekar suaminya sambil menganggukkan kepala. Raja Karlos senyum sebaris. Nafas kecil dihembuskan sebelum dia membuka perbualan.
"Baby, Betul baby nak kahwin lagi tiga hari?" Suara garau Raja Karlos yang bergema di meja makan itu membuatkan kesemua yang ada disitu terpanar. Darniel, Darien, Daryle, Daryen, Dayyen yang mendengar kenyataan Ayahandanya itu laju menoleh kearah Raja Karlos.
"Niel tak setuju!"
"Ien tak setuju!"
Serentak mereka berkata.
"Lower your voice." Raja Karlos memandang silih ganti wajah kedua anak terunanya itu. Darniel mengetap kuat rahangnya menahan amarah. Manakala Darien mengenggam kuat tisu yang dipegangnya itu. Dania hanya mendiamkan diri apabila melihat merah padam wajah kedua abangnya itu.
Raja Karlos memandang lembut wajah puteri bongsunya itu, Dania. "Princess?"
Darien serta Darniel pandang tepat kearah Dania. Darien pegang lembut tangan Dania sambil kepalanya di geleng kecil. Dania menundukkan wajahnya. Tidak mahu bertentang mata bersama Darien. Perlahan Dania mula mengangguk kecil.
"Princess?!" Hampir meninggi nada Darien. Namun Darien masih lagi mengawal.
Kemudian beralih pula pada wajah Leo Hendry. Leo Hendry menundukkan sedikit kepalanya sebelum membuka pembicaraan.
"Kalau aunty dan uncle tak kisah, kita ikut plan asal Dania."
Dania berlari memasuki biliknya sambil menekup kuat mulutnya dengan kedua belah telapak tangannya. Langkah sahaja kakinya memasuki bilik, Pintu bilik dikunci sebelum dia bergegas memasuki bilik mandi. Dania bersandar dibalik pintu tandas. Tubuhnya dengan perlahan jatuh tersembam pada lantai. Berjurai lebat air mata Dania membasahi pipi munggilnya.
"Princess, please... Ien nak cakap dengan princess."
Dania hanya menghiraukan ketukan dari arah luar. Air mata yang jatuh di pipi munggilnya dihiraukan. Mulut ditekup kuat supaya tidak mengeluarkan bunyi tangisan. Dia sakit dengan keputusan yang telah dia lakukan. Dia tidak pasti keputusan yang dia buat sama ada betul ataupun tidak. Dia tidak pasti.
"Maafkan Nia, abang Ien..."
PRANGGG!
Darniel melihat tajam kearah serpihan kaca yang berderai diatas lantai yang baru dicampaknya itu. Rambut diraup kasar ke belakang. Kepala didonggak ke atas sambil mata nya merenung keatas siling. Darniel memejam rapat kelopak matanya.
"Kau patut mampos!" Darniel ketap kuat rahangnya. Penumbuk dikepal.
"Kau patut mampos, celaka!!" Darniel menghayunkan penumbuknya pada cermin meja solek biliknya. Berderai cermin tersebut akibat tumbukan ganas dari Darniel.
Darien memejam rapat kelopak mata mendengar amukan dari bilik Darniel. Nafas berat dihembuskan sebelum pintu bilik dikuak perlahan.
"Benda yang jadi tahun lepas bukan salah kau, semuanya dirancang." Darniel menoleh sekilas bebola matanya kearah Darien tatkala sistem pendengaran dia dihentam dengan suara garau Darien. Darien berjalan menghampiri album gambar yang pecah berderai itu. Sekeping gambar yang berada diatas lantai dilihat sebelum dikibas sebelum dilihat teliti.
"Dia patut mati Darien!" Bergetar bebola mata Darniel memandang tepat kearah anak mata Darien.
Darniel mendekati Darien dengan mata penuh dendam. Bahu tegap Darien dicengkam kuat. "Kau tak bunuh dia Darien! Kalau kau bunuh dia. Dia takkan datang semula!"
"Dia datang nak bunuh Dania. Dia dendam dengan Dania!" Bergetar bebola mata Darniel memandang tajam kedalam anak mata Darien. Darien tepis kasar tangan Darniel.
"Kau bunuh mak bapak dia Niel! Anak mana tak berdendam bila mak bapak dia mati depan mata. Bagitahu tahu aku!" Darien tarik kasar kolar baju Darniel. Wajah mereka seinci sehingga dapat menghidu nafas antara satu sama lain.
"Kau yang fuck! Sebab kau Baby dalam bahaya. Kau abang tak guna!" Hembur Darien. Darien ketap kuat rahangnya. Badan tegap Darniel ditolak menjauhi dirinya.
"Bukan aku bunuh mak bapak dia!"
"Habis tu siapa? Setan? Kau yang ada dekat tempat kejadian tu! Kau yang bunuh mak bapak dia!"
"Arghh! Bukan aku! Bukan aku bunuh mak bapak dia." Darniel mula memegang kuat kepalanya. Sakit. Tiba tiba sahaja kepalanya berdenyut hebat.
"Fuck!" Hembur Darien. Kaki terus menapak ingin melangkah menghampiri pintu keluar. Darien melihat belakang tubuh Darien yang berjalan ingin melangkah keluar dari biliknya. Muka diraup kasar.
"Aku gagal lindungi dia Ien. Aku gagal. Aku gagal jadi abang yang terbaik untuk dia. Tolong aku Ien. Selamat kan dia. Selamat kan Dania." Darniel mula pasrah. Dia tidak mampu menjadi abang yang baik buat Dania. Dia gagal melindungi Dania.
Darien menghentikan langkah dia. Mata dipejam rapat. "Aku abang dia. Nyawa aku untuk dia." Kaki kembali membuka langkah dan terus menapak keluar dari bilik Darniel.
Too be continued..