Bab 16

2.1K 107 0
                                    

"Anaknda tidur di rumah kami ajalah. Esok boleh terus pergi ke rumah keluarga anaknda. Hari pun dah lewat. Apa salahnya tidur sekali di rumah ni. " pelawa Permaisuri Dahlia kepada Leo Hendery yang baru sahaja hendak melangkah keluar dari rumah agam itu.

Darien yang melangkah menuruni anak tangga mendengar pelawa Bondanya, laju sahaja melangkah menuju kearah segerombolan manusia tersebut. Alis kening tebalnya dijongketkan keatas.

"Tidur dekat sini? Kan dia ada kaki boleh balik sendiri. Kenapa nak tidur sini pulak?"

Permaisuri Dahlia menghampiri anak lelakinya sebelum lengan kekar jejaka tersebut diusap lembut. "Tak apalah. Lagipun sini kan banyak bilik? Apa salahnya Bonda tumpangkan Hendry? Senang juga bangun pagi esok lepas sarapan terus ke rumah Hendry. Tak adalah kena ulang alik semula."

Tajam mata helang Darien menoleh memandang tepat kearah Leo Hendry. Langkah terus dibuka beredar dari kawasan tersebut menaiki tangga. Beberapa langkah kakinya menapak menaiki tangga, Langkah dihentikan sebelum mata mengerling memandang kearah Bondanya.

"Tak payah baik sangat dengan orang yang kita masih lagi tak kenal asal usulnya Bonda." Kata Darien sebelum langkah kembali dibuka menaiki tangga.

Darien menguak daun pintu bilik miliknya sebelum melangkah memasuki bilik tersebut. Katil bersaiz queen menjadi tujuan dia sebelum badan direbahkan. Remote control dicapai. Butang merah yang terdapat pada remote tersebut ditekan, Dengan itu automatik siling atapnya terbuka luas. Darien merenung bintang-bintang yang terhias cantik di langit biru pekat itu. Kejadian 20 tahun dimana Dania hampir dibunuh oleh maidnya sendiri.

Darien menyilang tangannya kebelakang sebelum diletakkan pada belakang kepalanya menjadi alas bantal. Foto Dania sewaktu yang tergantung pada dinding biliknya direnung lama. Kejadian 19 tahun lepas mula terimbas kembali dimana kejadian Dania hampir dibunuh pembantu rumahnya.

FLASHBACK

Beberapa tahun yang lalu...

Selesai sahaja Darien lengkap berpakaian sekolah. Beg sekolah yang sudah tersedia di bangku belajarnya dicapai. sempat Darien melihat rambut comma hair miliknya pada cermin meja solek nya sebelum melangkah keluar dari bilik. Tempat yang dia tuju sebelum ke ruang bawah adalah bilik Princess kesayangan dia, Dania.

Darien menguak pintu bilik sebelum menerobos masuk kedalam bilik tersebut. Budak perempuan berumur satu tahun setengah masih lena dibuai mimpi didalam Baby Cot dilihat dari jauh sebelum langkah dibuka menghampiri. Terbit sebaris senyuman manis menghiasi bibirnya tatkala matanya menghiasi wajah comel Dania.

"Ien pergi school dulu baby girl." Darien melabuhkan kucupan ringkas pada pipi gebu Dania sebelum mengomol lembut pipi gebu Dania. Seusai itu, Beberapa tapak Darien melangkah, Mata dia tertancap kearah luar balkoni bilik Dania. Di mana pembantu rumahnya sedang membuat panggilan dengan seseorang diluar balkoni rumah. Darien hanya melihat dari jauh sahaja.

Pesan ayahnda pada semua pembantu rumah, mereka tidak dibenarkan memegang gajet sama sekali sehingga tamat pekerjaan mereka.

Namun...

Sipi-sipi sahaja Darien mendengar apa yang dikatakan pembantu itu Bunyi rengekan halus dari Dania membuatkan Darien segera menoleh kearah baby cot semula. Manakala pembantu itu turut segera menekup panggilan menjengah kepalanya bagi melihat anak majikannya

"T-Tuan Muda..." Pantas sahaja pembantu itu menyorokkan gajet miliknya kebelakang tatkala kornea matanya dipenuhi susuk tubuh anak majikannya.

Pembantu itu menyimpan gajet milik nya kedalam kantung apron sebelum melangkah menghampiri anak majikannya yang didalam Baby Cot sebelum didukung bagi menenangkan si kecil itu.

"Tuan M-Muda tak sarapan dulu? Nanti lambat pula ke sekolah." Darien merenung tenang wajah pembantu itu sebelum pandangan dialihkan merenung wajah Dania yang didalam dukungan pembantu tersebut. Langkah dibuka berlalu meninggalkan kawasan tersebut.

Darien merenung kearah papan putih sambil menyilang tangannya ke dada. Sikap Maidnya sedang berbual didalam panggilan sewaktu pagi tadi sangat mencurigakan. Sedaya upaya dia ingin memikir positive, Akhirnya negetive juga memakan pikirannya. Darien memejam kelopak matanya sebelum lekuk lehernya dikepak ke kiri ke kanan. Tangan disilang sebelum diletakkan diatas meja menghempas wajahnya pada tangannya itu.

"Sini kau rupanya."

Darien membuka sedikit kelopak matanya tatkala sistem pendengaran dia di hentam dengan suara serak basah Darniel dari arah luar kelasnya. Darniel mengukirkan senyuman sinis kearah Darien sebelum membuka langkah menghampiri Darniel.

Pizza bun dibaling kearah Darien. Darien menangkap sebelum ditaruh dibawah mejanya.

"Kau pahal tak keluar makan? Tak lapar?" Darniel merenung setiap sudut tempat yang diduduki murid-murid lainnya. Kosong. Hanya Darien seorang diri di kelas. Kemudian, Beralih kembali kearah Darien.

"Ien—"

"Hm?" Darniel menjongket keningnya.

"Aku risau kan Baby. Aku nak balik." Dia memandang tepat wajah Darniel. Keluhan kecil dihela.

Berkerut kening Darniel.

"Balik? Buat apa?" Darniel menyoal pelik.

"Aku risaukan Baby."

"Chill, tak payah risau sangat. ada je orang jaga baby. Dia okey je dengan baby sitter baru tu. Lagipun aku tengok baby sitter baru tu okey, Apa? Sejak dia jaga baby, baby kurang merengek. " Darniel mencoba menenagkan Darien.

"Kau tak rasa apa yang aku rasa." Darien mengalihkan pandangannya ke arah lain. Malas mahu menatap wajah Darniel. Kalau dia cakap mengenai Dania, ada sahaja Darniel ingin berdalih.

"Aku nak balik—" Darien bingkas bangun dari bangku. Beg sekolah disarungkan pada sebelah bahunnya sebelum skateboard yang berada dibawah meja dikeluarkan. Darien meloncat keluar dari tingkap kelasnya sebelum meluncur laju meninggalkan kelasnya.

Darniel terpinga-pingga dengan tindakan mengejut Darien.

Bergetar bebola mata Darien tidak percaya melihat apa yang terjadi dihadapan matanya. Hampir kesemua bodyguardnya telahpun merebah ke tanah. Dan separuh lainnya sedang bertempur hebat berbalas tembakan dengan pihak musuh lainnya.

"Nia..." Hanya nama itu sahaja yang meluncur keluar dari bibirnya.

Darien ketap kuat rahangnya tatkala mengimbas kembali kejadian dulu. Kelopak mata dipejam bagi menghapuskan kejadian ngeri 19 tahun lalu. Bunyi ketukan yang terhasil dari arah muka pintu membuatkan bebola mata Darien mengerling kearah pintu.

Too be continued..

OG| REVENGE HUNTERWhere stories live. Discover now