Bab 21

1.9K 113 3
                                    

TERJUNGKIT-JUNGKIT Darien serta Daryen menaiki tangga. Kiri kanan dilihat supaya tidak ada orang yang melihat. Dia serta Daryen sekarang sedang menuju ke bilik bondanya. Memandangkan mereka tidak ada misi pada hari ini. Darien mencadangan untuk menganggu Dania berlatih.

Misi dia serta Daryen harini, Ingin menakutkan Dania di bilik latihan di ruang bawah tanah di rumah mereka. Setiap hujung minggu pasti Darniel akan melatih Dania. Disebabkan dia tidak ada peralatan yang cukup. Darien terpaksa meminjam barang dari Bondanya

Tok tok tok!

Lembut Darien mengetuk pintu bilik bondanya. Dia tidak mahu ada sesiapa pun yang mendengar ketukan dia. Walhal jarak bilik bondanya serta bilik adik beradik dia sangatlah jauh.

Darien membungkukkan sedikit tubuhnya separas dengan alat komunikasi pada pintu bilik bondanya itu.

"Bonda... Ien dengan Yen datang ni." Bisik Darien pada alat komunikasi di pintu bilik bondanya.

"Why Ien?" Soal Ratu Dahlia. Wajah Darien yang terlalu dekat pada alat komunikasi membuatkan Ratu Dahlia ketawa kecil.

"Nak jumpa Bonda, sekejap."

"Boleh Ien masuk?" Pinta Darien

"Bonda tak kunci pintu, Masuk lah. " Darien senyum lebar. Laju sahaja tangan dia menguak daun pintu bilik Ratu Dahlia.

Ratu Dahlia sedang duduk di birai katil sambil tangan ralit menjahit kain.

"Bonda buat apa tu? Daryen menghampiri Ratu Dahlia yang sedang ralit menjahit itu.

"Bonda buat untuk Niel." kenyataan yang meluncur keluar dari mulut Bondanya membuatkan Dahi Daryen serta Darien berkerut seribu. Sejak bila Darniel pandai meminta Bonda menjahit?

"Niel mintak?" Daryen bagaikan tidak percaya. semakin dekat jarak Daryen mendekati bondanya bagi melihat jelas apa yang dijahit bondanya.

"Baru dua bulan Ien tak masuk bilik Bonda. Banyak betul perubahan." Darien melihat sekeliling bilik Ratu Dahlia. Makin cantik.

"Ayahnda yang ubah. Bonda ikutkan aje."

"Ien dengan Yen datang bilik Bonda kenapa? Perlu kan apa-apa?"

"Sebenarnya..." Darien menghampiri Ratu Dahlia.

"Ien nak minta gincu Bonda. Kalau Kalau Bonda tak pakai." Darien kedip kelopak matanya.

"Bonda tak ada gincu."

Darien keluh nafas kecewa.

"Tapi, Bonda ada lipmate."

Darien senyum lebar.

"Lipmate? Boleh lah. Lipmate pun lipmate lah. Bonda Ada?"

"Atas meja solek Bonda. Ambil lah."

Darien bingkas bangun dari duduknya menghampiri meja solek Ratu Dahlia.

"Yang mana Lipmate yang Bonda tak pakai?" Soal Darien. Dia ragu-ragu mahu mengambil. Takut tersalah. Naya sahaja Dia.

"Ambil lah yang mana pun Ien nak. Bonda tak pakai pun."

Darien mengambil Lipmate yang berwarna terang.

Darien menghampiri Ratu Dahlia sebelum mengucup ringkas pipi Ratu Dahlia.

"Thankyou Bonda. Sayang Bonda."

"Me too, Sugar." Ucap Ratu Dahlia ikhlas.

Di ruang bawah tanah rumah mereka terdapat satu bilik latihan khas untuk keluarga Celcevion berlatih sama ada tinju mahupun senjata api. Darniel ditugaskan setiap hujung minggu untuk melatih Dania menggunakan senjata api.

OG| REVENGE HUNTERWhere stories live. Discover now