"Kau bawa aku kat sini buat apa?" soal Leo Hendry. Mata dia melihat sekeliling mall besar yang berada di hadapannya. Kaki melangkah menuruni motor yang dia naiki bersama Dania tadi.
Dania buka helmet. Kemudian dia meletakkan helmet pada atas motornya sebelum dia menoleh kearah Leo Hendry. "Saya nak mekaupkan awak. Malam ni saya nak bawa awak jumpa family saya."
"Aku boleh buat sendiri semua tu."
Dania pandang atas bawah susuk tubuh Leo Hendry. Tak terurus macam ni kata boleh buat sendiri?
Dania tarik tangan kekar Leo Hendry memasuki Mall. Leo Hendry hanya mengikuti sahaja.
Langkah sahaja Leo Hendry memasuki Mall itu. Para penjaga di kawasan itu menundukkan sedikit tubuh dia. Leo Hendry merentap kasar tangannya dari dipegang Dania. "Tak payah pegang-pegang. Aku boleh jalan sendiri." dingin nada Leo Hendry berkata.
Kumat kamit mulut Dania mengutuk. Dia meluru jalan tanpa memandang ke belakang. "Depan sana ada Saloon. Pergi sana, baiki rambut awak dulu."
Jauh sahaja jarak Dania dari Leo Hendry. Leo Hendry mengundur sedikit langkahnya ke belakang sebelum berlari kecil menghampiri salah seorang penjaga.
"Tell al the employees, don't call me boss if you see me." penjaga itu mengangguk faham. Kemudian dia bergegas pergi ke kaunter mendapatkan saluran alat telekomunikasi bagi berhubung dengan kesemua pekerja.
Dania melabuhkan punggung dia pada kerusi menunggu pekerja saloon menyiapkan Leo Hendry. Gajet mahal miliknya dikeluarkan bagi melihat jam.
Dania keluh perlahan apabila melihat tatapan screen.
*448 missed call
*163 From Abang niel
*182 From Abang ien
*103 From Abang yen
Gajet mahal miliknya disimpan semula kedalam kocek seluar. Dania menyandarkan tubuh dia menyelesakan kedudukan dia. Kesejukan didalam kedai itu membuatkan mata dia sedikit layu. Dania berpelukan tubuh menghangatkan badan dia. Dalam beberapa minit sahaja dia perlahan dibuai mimpi.
"Tuan, sejak bila kau terjebak dengan perempuan?" soal Vnesy sambil sibuk mencuci rambut Leo Hendry. Leo Hendry yang menikmati rambutnya dicuci Vnesy membuka kelopak matanya. Dania dibalik cermin besar dihadapan dia ditenung.
"Dia kutip aku." latar Leo Hendry berkata.
Vnesy senyum sebaris. "Bukan kau tak suka perempuan? Lydia pun kau tolak"
"Lydia she is annoying. But, not her."
Darian mengetuk jari jemari dia keatas screen iPhone miliknya. Sebelah tangan menggigit jari jemarinya kegelisahan. Setelah 182 missed call yang dia buat keatas Dania. Dania langsung tidak menghubunginya kembali.
Sesekali Darian menoleh kearah laptop miliknya. Jelas lokasi Dania tertera dia sedang berada di mall. Tetapi setengah jam, Dania langsung tidak beranjak pergi ke mana-mana. Hanya menetap disitu sahaja.
Darian mengambil kembali gajet mahal miliknya. Nombor Dania didail semula. Dengan harapan supaya Dania menjawab panggilan dia.
"Baby, angkat la call ni!"
Leo Hendry yang sedang duduk santai menunggu rambutnya mengering mencelik kelopak matanya apabila kedengaran bunyi nada dering menampar gegendang telinga dia.
Mata dia menoleh kearah Dania dibalik cermin. Kemudian, Leo Hendry kembali menutup kelopak matanya. Bunyi nada dering dari arah Dania hanya dihiraukan sahaja.
Setelah beberapa minit bunyi dari arah Dania masih lagi tidak berhenti. dan tiada tanda tanda untuk berhenti. Leo Hendry bingkas bangun dari duduknya mendekati Dania. Mata dia tertancap kearah poket Dania. Gajet mahal milik Dania yang berada di kocek seluar diambil.
Butang hijau pada screen ditolak naik keatas sebelum gajet mahal tersebut melekat pada cuping telinga.
"Hello?" terpinga-pinga Darien apabila mendengar suara garau lelaki dihujung talian.
"Baby, what are you doing?" dingin nada Darian menyoal. Berkerut kening Leo Hendry mendengar panggilan 'Baby' dihujung talian.
"Baby?"
"Yes, she is my baby boo." lantang Darien berkata dihujung talian.
Leo Hendry menoleh kearah Dania yang masih nyenyak tidur.
"He is sleeping."
Darien mengendong Dania ke belakang badannya. Wajah Dania dari sisi dilihat sekilas sebelum dia melihat wajah Leo Hendry dengan tatapan tajam. Leo Hendry hanya membalas pandangan Darien dengan tatapan tenang.
Daryen mengambil iPhone beserta kunci motor milik Dania yang berada diatas meja. Kad hitam yang berada di tangan dia dihulurkan kepada Leo Hendry. Leo Hendry menyambut huluran tersebut.
"Jemput datang ya malam nanti." Daryen kenyit sebelah matanya sebelum berlalu pergi bersama Darian.
Vnesy mendekati Leo Hendry. "Swans X vian." Leo Hendry hanya melihat tanpa reaksi.
"Yen, cover motor baby." Daryen yang sedang berjalan santai terus laju menoleh kearah Darian apabila dia diperintah sewenangnya oleh Darien.
"Eh, apa pula aku? Kau la. Biar aku jaga baby."
Darien menoleh ke arah Daryen dengan tatapan maut. Daryen juling matanya keatas.
"Fine."
"Yen." Panggil Darien kembali sebelum Daryen berlalu pergi menjauhi dia. Daryen paling kembali badannya kebelakangan. Daryen hembus kecil nafasnya tatkala Darien menghulurkan kasut sport Dania kearah Dia.
Daryen mengambil kasut sport Dania sebelum berlalu meninggalkan mereka.
Dania celik kecil kelopak matanya. Terasa bagaikan dia sedang di awan awangan yang sedang bergerak laju. Sisi wajah Darien dilihat.
"Abang Ien."
Suara halus dari Dania membuatkan Darien menoleh memandang sisi wajah Dania. "Take you rest princess." lembut Darien berkata.
Dania senyum kecil. Pelukan pada tubuh Darien diperketatkan.
"Nia nak makan coconut shake." kata Dania manja berbisik pada tepi cuping telinga Darien.
"You baru bangun tidur kan princess? tak elok makan ice baru bangun tidur. Tak ingat ke apa i pesan apa kat you? Atau you pura-pura lupa, hm?" Dania menjuih bibirnya kedepan. Dahi dihentak manja pada bahu tegap Darien.
"Nia teyingin." kepala yang melentok pada bahu tegap Darien digeleng manja.
Darien hembus kecil nafasnya sebelum bibir mengukirkan sebaris senyuman.
Dia kalah dengan perangai manja Dania.
Too be continued..