Bab 13

2.3K 153 1
                                    

Darien keluar dari rumah agam mewah itu sambil elok bergandengan tangan bersama Dania. nampak sahaja kelibat Dennis serta Denny yang sedang rancak berbual dengan sepupunya yang lain. Kaki menapak melangkah menghampiri mereka.

"Bro," Bahu Dennis ditepuk. Dennis menoleh ke belakang. Sebaris senyuman elok menghiasi bibirnya. Tubuh Darien laju didakap erat.

"Mana merayau selama ni Ien, hilang memanjang." Dennis menepuk bahu tegap milik Darien. Darien senyum sebaris. senyum sebaris. Bibirnya didekatkan pada cuping telinga Dennis.

"Ada projek besar dekat luar. Aku dah bunuh kark."

Dania kerut kening melihat tingkah Darien. Bibir Darien yang sedang mengucapkan sesuatu pada cuping telinga Dennis membuatkan senyuman abang saudaranya mati. Langsung tidak dapat ditafsirkan apa yang dikatakan Darien kepada Dennis.

Denny cuit manja hidung mancung Dania. Dania kenyit sebelah matanya. Sakit. tindakan comel Dania membuatkan Denny ketawa kecil.

"Baby, I have a something special for you."

Denny mengeluarkan kotak kecil yang berada di poket seluarnya.

"Jeng Jeng Jeng!"

Keychain Roronoa Zoro dihulurkan pada Dania. Bulat besar mata Dania. "I tahu you suka. Hari tu time in pergi Jepun i teringat you. This for you."

"Zoro?" Dania menekup mulutnya menjerit kegirangan. Dennis pantas menekup rapat mulut Dania.

"Lower your voice, sweetie."

"Thank you abang Dennis!" Ucap Dania teruja. Dennis senyum nipis.

Desya serta Deska yang melihat menjeling sekilas. Perasaan menyampah pada Dania semakin lama semakin berbuak-buak

"Tuan tak nak saya hantarkan tuan lebih dalam lagi?" Soal Airiz tatkala Leo Hendry menyuruhnya memberhentikan kereta di bahu jalan.

"Tak perlu." Leo Hendry menguak pintu kereta. Kaki melangkah keluar dari perut kereta. Baju yang dibeli Dania sewaktu tengahari tadi dilihat sejenak. Tanpa sengaja bibir menguntumkan senyuman kecil. Rumah besar yang tidak jauh dengan pandangan matanya dilihat lama sebelum kaki membuka langkah berjalan menuju ke rumah tersebut.

"Tuan datang atas jemputan siapa?" Soal bodyguard yang ditugaskan menjaga kawasan rumah besar itu menegur Leo Hendry tatkala Leo Hendry menghampiri pintu pagar rumah agam mewah itu.

Leo Hendry menghulurkan kad jemputan kepada bodyguard. Bodyguard itu mengambil kad tersebut. Lalu dilihat teliti kad tersebut. Bodyguard itu kerut kening. Memang benar tulisan ini menulis bahawa kad jemputan dijemput oleh keluarga besar ini. Namun, bodyguard itu sedikit musykil apabila jejaka dihadapannya datang seorang diri tanpa sebarang kenderaan.

Dania renung teliti ke arah daun pintu sambil sibuk menyumbat lasagnia kedalam mulut. Sudah lama dia menunggu ketibaan jejaka itu, tapi langsung tidak kelihatan sama sekali.

Dania sandarkan tubuh genitnya pada meja panjang itu sambil sibuk menyumbat makanan yang berada didalam pinggannya ke dalam mulut.

Darien yang baru sahaja manamatkan talian senyum nipis tatkala matanya tertangkap pada susuk tubuh Dania yang dari jarak jauh sedang sibuk menyumbat makanan kedalam mulut. Kaki panjangnya dibuka melangkah menghampiri Dania.

"Banyaknya you makan Princess, patutlah bambam." Darien cubit kuat pipi Dania. Dania jerit kecil sebelum mengaduh sakit. Lengan Darien ditampar kuat.

"Abang Ien!"

Darien sudah tergelak mengekek.

"You kenapa makan berdiri Princess? Kerusi kan ada."

"Nia tengah tunggu orang."

Darien jongket sebelah keningnya.

"Siapa?"

Sambil itu, Darien mengambil sudu yang berada didalam tangan Dania. Makanan yang berada di pinggan Dania di ambil sebelum disua kedalam mulut.

"Laki Nia."

Darien telan payau makanan yang berada di dalam kerongkongnya. Makanan itu memang sedap, yang tidak sedap apabila dia mendengar ayat yang dilontarkan Dania.

"You biar betul Princess?"

Dania angguk laju. "Nanti Nia kenalkan dia dekat abang Ien."

Mengecil bebola mata Dania apabila dia melihat susuk tubuh yang sangat dia kenali berada di luar rumah. Lelaki pengemis itu! Dia dah sampai.

"Abang Ien pegangkan sekejap." Pinggan yang berada didalam tangannya diberikan pada Darien. Berlari anak Dania menghampiri Leo Hendry yang berada di luar rumah agam mewah itu.

Dania senyum mekar di bibir menghampiri Leo Hendry. Manakala Leo Hendry hanya menatap Dania dengan aura dinginnya. Deska yang berada di situ segera mendekati Dania. Tubuh Dania sengaja ditolak olehnya dari tepi. Hampir tersembam Dania ke lantai. Namun sempat disambut oleh Leo Hendry.

"Kau okey?" Dania segera bangun mengseimbang dirinya.  Dania angguk kecil. Dania menoleh ke arah belakang. Deska sedang senyum sinis ke arah dia

Leo Hendry turut memandang kearah wanita yang menolak Dania sebentar tadi. Kemudian dia melihat kembali wajah Dania yang merah padam menahan amarah.

"Cik Dania, tuan besar nak jumpa Cik Dania." Sopan salah seorang pembantu berkata kepada Dania. Dania yang tadi merah padam mukanya menahan segera bertukar riak wajah. Dania senyum nipis kearah pembantu tersebut sebelum mengangguk kecil.

Dania berjalan mendekati Ayahnda serta Bondanya. Tuan Karlos sedang rancak berbual bersama rakan kongsinya. Manakala Bondanya Permaisuri Dahlia sedang rancak berbual dengan isteri  kepada rakan sekerja ayahnya.

"Baby." Tegur Raja Karlos.

"Kenalkan anak saya. Dania Celcevion." Dania bungkukkan sedikit tubuhnya tanda hormat kepada kedua orang tua dihadapannya.  Sepasang suami isteri itu senyum manis kepada Dania apabila melihat tindakan sopan Dania.

"Ini pula Afiq, anak rakan sekerja Ayahnda. Dia pernah tinggal dengan kita dulu. Di UK. Baby ingat lagi?" Afiq yang berada di sebelah kedua orang tuanya hanya menunduk membungkukkan tubuhnya tanda hormat. Sambil menayangkan senyuman kecil. Ya dia sedang berpura-pura senyum. Dania nampak itu.

Dania hanya senyum nipis. Dia pun ingat-ingat lupa aje.

"Nia pun nak kenalkan kat Bonda dan Ayahnda." Dania merangkul tangan Leo Hendry sambil senyuman mekar di bibir munggilnya.

"Future husband Nia. Nia bawakan untuk kenal dengan Ayahnda dan Bonda." Mati senyuman sepasang suami isteri apabila mendengar kenyataan dari anak gadis itu.

"Berani." Perlahan sahaja nada Leo Hendry berkata. 

Dania senyum sebaris. Wajahnya dirapatkan pada cuping telinga Leo Hendry. "Nak kan sesuatu kita perlu berani."

Raja karlos bagaikan tidak dapat mengeluarkan sepatah kata. Tak sangka anak gadisnya secepat ini mendapatkan calon suami.

Too be continued..

OG| REVENGE HUNTERWhere stories live. Discover now