Bab 7

4.8K 232 1
                                    


Dania turun dari motor. Helmet yang tersarung pada kepalanya dibuka sebelum diikat ekor kuda rambut Wolf hair miliknya. Helmet tersebut dipeluk kemas sebelum kaki membuka langkah menuju ke arah cafe.

Azka Safira, Ika Farhana serta Eri Maisara yang berada didalam cafe tersebut, mendengar motorcycle Dania sudah tersenyum bahagia. Tak lain tak bukan pasti Dania.

Langkah sahaja kaki Dania memasuki cafe. Ketiga kawannya sudah berdiri pacak pada kaunter bagi menyambut ketibaan Dania.

Dania senyum sebaris. Dia melangkah menghampiri ketiga sahabatnya sebelum didakap kemas.

"Rindu saya tak?" mereka bertiga mengangguk serentak.

Sudah dua bulan mereka tidak berjumpa sejak Dania berhenti University.

"Nia." lembut Ibu Azka Safira menegur. Dia adalah boss besar kepada Cafe tersebut. Dan boss kepada Ika Farhana serta Eri Maisara. Ika Farhana serta Eri Maisara mengambil kerja sambilan untuk menanggung mereka belajar.

Dania kalih wajah dia memandang empunya suara tersebut. Dania senyum manis. "Aunty sehat?"

Ibu Azka Safira, atau lebih dikenali sebagai puan Azwa mengangguk kecil. Walaupun Dania datang dari pada keluarga kaya raya. Tak pernah puan Azwa melihat keangkuhan Dania. Dania lebih kepada seorang yang suka merendah diri.

Kahwin?!" mereka bertiga terkejut apabila mendengar perkataan kahwin yang menutur pada bibir Dania. Dania angguk kecil.

"Sorry, bab kahwin Ika memang tak boleh tolong. Abang-abang Ika semua dah kahwin." Ika Farhana awal-awal sudah mengundur dirinya kebelakang. Dania pandang wajah Azka Safira bersilih ganti wajah Eri Maisara.

Azka Safira menggeleng kepalanya. Dia pun tidak dapat membantu. Eri Maisara turut membuat perkara yang sama. Dia juga tidak dapat membantu Dania dalam masalah ini.

Dania keluh kecil. "Nak cari husband pun payah." Dania hempap wajah dia pada meja makan di cafe itu.

"Ha... Eri baru teringat." Dania dengan penuh harapannya mengangkat wajah dia memandang Eri Maisara.

"Senior kita, bukan dia gilakan Dania ke dulu? Kenapa tak ambil dia je jadi husband Nia?"

Dania geleng laju. "Tak nak lah. Tak suka. dahlah playboy."

Eri Maisara ketawa kecil. "Habis tu Nia nak yang macam mana?"

"Pandai treat perempuan macam princess" Dania ketawa gedik.

"Baik dan peyanyang." Dania menghabiskan ayatnya sebelum kedua belah pipi dipegang. Coconut shake diambil lalu disedut.

"Macam abang Darniel." sempat Eri Maisara menyambuk. Dania kecilkan kelopak matanya.

"Abang Darniel? Oh no. Nia lebih sanggup single forever dari kahwin dengan lelaki berperangai dia" Dania terlebih dahulu menolak. Mereka ketawa kecil. Manakala Eri sudah malu sendiri.

Dania bingkas bangun dari duduknya. "Nia nak pergi cari future husband. Nanti Nia rembat lah sesiapa pun. Asalkan dia setuju nak jadi future husband Nia. Nia dah bersyukur."

"Malam ni bonda Nia ada buat open house. Korang datang ya." senyum Dania. Mereka semua yang mendengar sudah tersenyum kekok.

"Datang ya, nanti Nia suruh driver Nia ambil." teruja Dania berkata.

OG| REVENGE HUNTERWhere stories live. Discover now