Bab 20

2.7K 124 0
                                    

"Cantik ke perempuan tu?" Dania menyoal dingin.

Dania menampar kuat tab Leo Hendry hingga jatuh bertembung lantai.

BUK!

Terangkat alis tebal Leo Hendry. Sisi wajah Dania di lihat.

"Apa?" Leo Hendry menyoal dingin.

Dania menyilang tangannya ke dada. "Buat tak tahu, Pula!" Dania merengus kasar.

"Awak suka dekat perempuan tu, Kan?" Ayat yang meluncur keluar dari bibir Dania membuatkan Leo Hendry mengerut seribu kata. Dia pun tidak tahu apa yang di maksudkan Dania.

"Oh, Betullah. Awak suka dekat dia..." Dania membuat andaian sendiri apabila soalan dia tidak dibalas Leo Hendry.

"Apa yang kau merepek?" Leo Hendry mengambil Tab yang berada di atas lantai sebelum di taruh pada meja.

Dania muncung bibirnya apabila Leo Hendry sengaja pura-pura tidak tahu.

"Tahu lah perempuan tu lawa dari Nia. Tapi, Jangan lah tengok lama-lama. Nia pun ada perasaan juga." Suara Dania mula kendur. Dia hampir menangis.

"Tak jadi nak kahwin dengan awak. Awak pergi la kahwin dengan perempuan tu." Dania bingkas bangun dari duduknya, Handbeg kecil miliknya yang berada di atas kusyen VVIP itu di ambil sebelum melangkah keluar dari butik pengantin.

Tercunggap-cunggap Darien menarik nafas dek kelelahan berlari. Tambahan pula dia memakai kostum beruang, Lagi membuatkan dia kelelahan separuh mati. Daryen di sebelahnya di kerling. Daryen turut mengerling ke arah nya. mereka berdua ketawa besar bersama. Kini mereka berdua berada di tandas awam. Tempat yang selamat untuk mereka berlindung sekarang ini.

"Bodoh lah..." Darien mencampak kepala kostum beruang tepat ke arah Daryen. Daryen menyambut sebelum kembali mencampak kembali arah Darien. Darien meletakkan kostum di atas singki lebar sebelum Pili air di buka. Air yang laju keluar dari paip di tadah sebelum disapu merata ke wajahnya.

"Mampus kita kalau kantoi kita mengintip baby." Daryen menyandarkan tubuhnya pada dinding singki. Kepala di donggakkan ke atas. Kejadian tadi, Dimana Dania berlari mengejar dia sungguh membuatkan jantungnya berdegup laju tidak berhenti.

Darien menatap wajahnya ke dalam cermin besar sebelum menyekat air yang terdapat pada wajahnya.

"Aku rasa dah kantoi. Dari cara baby pandang aku dapat rasakan dia kenal kita."

" Dalam dunia ada tujuh muka seiras dengan kita. Kalau baby soal. Jawab jelah, Itu kembar dua alam." Simple sahaja jawapan Daryen. Darien mencerlung ke arah Daryen.

"Kau bodoh ke?"

"Kau ingat dia bodoh? Dia lagi cerdik dari kita kalau kau nak tahu."

Daryen mengeluarkan gajet miliknya sebelum Aplikasi camera ditekan. Masa untuk selfie!

Darien hanya melihat s l menggeleng. Di mana ada cermin. Di situ keluarnya perangai sebenar Daryen.

"Ien, Join argh." Ajak Daryen. Lengan Darien ditarik merapati dia. apabila Daryen sudah puas dengan tangkapan foto dia bersama Darien. Aplikasi Instagram menjadi tujuan seterusnya. Sebelum mencari filter yang sesuai.

Filter toonface menjadi pilihan Daryen. Darien mengerut kening sebelum wajah Daryen di tatap. "Muka aku punyalah kacak, Filter ni juga kau guna."

"Okey lah tu filter ni, Dari aku guna muka big. Menggelupur kau."

"Oi Perempuan!" Laung Leo Hendry. Hampir terkeluar anak tekak dia memanggil wanita itu.

Dania mempercepatkan langkahnya apabila Leo Hendry semakin laju berlari menghampiri dia. Langkah Leo Hendry semakin laju mengejar Dania.
Leo Hendry menarik kasar tubuh Dania menghadap dia. Wajah Dania di renung tajam.

OG| REVENGE HUNTERWhere stories live. Discover now