"Kill her."
"Chotto matte! "
"Tuan mahu bunuh saya? Lihat... saya ini sudahlah kurus kering. Tak best lah kalau Tuan bunuh saya sekarang." saran Airin.
Sengaja dia membahaskan lelaki itu Tuan. Bukan mahu mengampu, tetapi demi keselamatan diri.
"Kurung dia dipenjara."
Membesar terus mata bulat Airin. Muka comelnya ini tidak mampu melembutkan hati sekeras batu itukah?
"Haish! Sekejap lah!" Kali ini dengan keberanian tersisa sedikit, Airin memarahi dua orang lelaki tanpa muka yang mahu membawa Airin ke penjara.
"Boleh saya tanya satu soalan? Tak banyak pun. Cuma satu saja."
Lelaki di hadapannya kekal berdiam diri dengan wajah serius.
Airin menjeling sambil melipat tangan di dada.
"Tak apalah."
Ketika lengannya dicengkam oleh lelaki tanpa muka. Airin memarahi mereka buat kali kedua, dan melepaskan tangan berkuku panjang itu.
"Saya ada kaki dan saya boleh jalan sendiri!" protes Airin.
"Saya cuma nak tahu saya dekat mana sekarang ini?" Airin menyoal.
Senyap.
Lelaki itu bergerak meninggalkan Airin tanpa jawapan. Hanya aura kegelapan yang dapat Airin rasai mengelilingi nya.
Siapakah dia?
Kenapa mata yang berwarna merah menyala itu kosong tanpa biasan emosi?
Airin membiarkan dirinya di bawa pergi oleh dua orang lelaki tanpa nama, tanpa muka, tanpa kata. Yalah, mulut mereka memang tiada. Macam mana mereka mahu bercakap?
Airin tergelak kecil.
Mangga sebesar muka Airin mengunci jeriji besi. Katil yang tidak kelihatan seperti katil menjadi mangsa labuhan punggung. Jerami kering dan berbantalkan kayu. Ingat dia haiwan kah apa? Haiwan sahaja tidak tidur di tempat seperti itu.
Airin menyilang tangan. Bermacam soalan bermain di fikiran, satu pun tiada yang terjawab. Bagaimana dia tersesat di sini? Bukan kah dia sudah mati? Ataupun rohnya tidak tenteram dan menjelajah ke tempat-tempat aneh? Argh, sekali pun dia mati. Tempat pertama yang dia akan pergi ialah ke rumah. Dia akan menganggu tidur lena Puan Riza, mematahkan gincu merah nya, dan menyolek wajah tua tak sedar diri itu.
Manakala Erina? Dia akan memberitahu Takumi bahawa Rina cuma tergilakan duit yang taklah berkepuk-kepuk dalam dompet.
"Cik..."
Seorang wanita tua bongkok muncul bersama segugus kunci sebelum dia membuka mangga sebesar muka Airin.
"Cik dah makan?" tanyanya prihatin.
Baru Airin teringat, perut nya itu belum terisi sejak pagi tadi. Patutlah bising seolah-olah perlawanan bola sepak sedang berlangsung.
Airin menggeleng perlahan.
Wanita tua itu sekadar tersenyum kecil kepada Airin.
"Nama kamu siapa?" tanyanya ketika dia membawa Airin melalui lorong untuk dapur.
Airin tidak menjawab. Dia leka memandang sekeliling. Penjara bawah tanah rupanya.
Pelita yang dipegang oleh wanita itu menerangi lorong gelap seperti tidak berpenghujung. Di dalam gelapnya jeriji besi, hembusan nafas bersama sepasang mata kehijauan merenung ke arah Airin yang baru saja melepasi naga berkepala tiga.
Naga itu bernama Azure. Dia hidup beratus tahun dahulu, dan merupakan haiwan pertama yang hidup di dalam istana Astaroth.
"Manusia," kata Azure sendiri.
Ya, bau manusia. Bau yang tersangatlah jarang dihidu ataupun tak pernah muncul di negara Ordol. Di bawah pemerintahan raja serigala, King Sebastian. Bandar Skywills, merupakan bandar utama yang menempatkan istana King Sebastian. Tempat di mana ramai ahli sihir menetap dan mempelajari magis dari Ratu Ahli Sihir Annabella.
Pari-pari kecil yang diberi nama Erel bertugas mengumpul embun pagi untuk di jadikan sebagai sumber cahaya pada waktu malam.
Rata-rata penduduk bandar Skywills terdiri daripada kaum elf bertelinga tajam, hobbits bersaiz kecil, kaki berbulu. Serta orang-orang kerdil.
Dan tugas ratu ahli sihir Annabella ialah melindungi bandar utama Skywills dari di ceroboh Puak Vampire. Di luar benteng pertahanan bandar Skywills, terletak istana Astaroth yang dihuni oleh putera ke 12 raja serigala, Edward Haschel.
Di situ juga tempat tinggal Ogre, Griffin berbadan singa, berkepala burung, dan bersayap lebar. Centaur manusia berbadan kuda. Zerudiths ular tanpa mata. Dan agak jauh sikit dari situ, puak pontianak tinggal di sebuah istana yang tampak buruk dan suram.
Mereka menghisap darah manusia, kaum bunian, hobbits, dan orang kerdil. Oleh itu tugas yang dipikul Ratu Ahli Sihir tidak semudah di bayangkan.
"To... tolong... tolong selamatkan kami!"
Sungguh menjijikkan! Cacing-cacing berwarna warni sebesar jari telunjuk seperti jari Sukuna disiram air panas, kemudian diletak ke dalam mangkuk kayu dan diberi pada Airin. Airin pandang penuh aneh. Air liur ditelan pahit.
Cacing bermata empat terjerit-jerit meminta tolong. Tak lama, cecair hijau keluar dari mata cacing itu. Secara perlahan ia meletup dan berubah menjadi cecair berwarna merah gelap. Pelik. Bukan kah tadi berwarna hijau? Siapa pula yang terlebih rajin meletak pewarna makanan?
Airin tak pasti sama ada ia boleh di makan ataupun tidak. Kerana rupanya tersangat lah tidak sedap, dan terlihat hodoh.
Airin sendawa palsu. "Maaf, saya dah kenyang."
Wanita itu mengangguk faham dan menjauhkan mangkuk berisi cacing empat mata dari Airin.
"Nama kamu siapa?"
Termasuk itu, sudah kali kedua dia bertanya.
Airin teragak-agak mahu menjawab.
"A... Airin."
"Manusia?"
"Setahu saya, di negara Ordol. Tak pernah-pernah ada manusia di sini." ujar wanita itu.
"Ordol? Bukan ke saya dekat Tokyo?"
"Tokyo? Tokyo anak Zerudiths? haih bukan... itu Kyozo." sambung wanita tua.
Airin tergelak hambar. 'Jauhnya Tokyo dengan Kyozo.' ucap Airin dalam hati. Kalau dia suarakan, kembali ke penjara lah jawab nya.
Ordol? Bunyinya seperti dodol. Seingat Airin, kali terakhir dia memakan dodol ketika pelajar pertukaran dari Kuala Lumpur bernama Qasha berikan kepada Airin sebagai tanda perkenalan. Dodol dia tahu lah, kalau Ordol dengar nama pun tak pernah.
"Sekarang ini kamu berada di Astaroth. Istana gelap yang dikuasai kuasa jahat. Jangan risau, mereka tak akan apa-apa kan kamu kerana kuasa jahat itu wujud demi melindungi Yang Mulia Edward,"
"Yang Mulia Edward?"
Ah! Rasanya seperti dia tersesat di alam Narnia. Kalau Narnia, dia tahu lah. Raja dan ratu yang terdiri dari empat beradik. Bermula dari Peter, Susan, Edmund, dan Lucy.
Tetapi, sekarang ini bukan lah masanya untuk berfikir di alam Narnia.
"Nama saya Helena. Airin boleh panggil Aunty Helen saja, okey?" Wanita tua itu perkenalkan diri nya dengan nama Helen.
"Boleh Aunty tahu kenapa Airin boleh ada di sini?"
Airin memandang wajah tua yang dihiasi dengan senyuman. Kemudian, dia mengeluh kecil. Tak salah untuk dia berkongsi cerita. Mana tahu dia dapat kembali ke tempat asalnya semula?
Setelah Airin menceritakan perkara sebenar. Bermula dari A hingga ke Z barulah Helen mengerti kenapa gadis itu tersesat di negara Ordol, Istana Astaroth.

ANDA SEDANG MEMBACA
SU | Demonic Loves
Fantasía"𝑰'𝒎 𝒊𝒏 𝒍𝒐𝒗𝒆 𝒘𝒊𝒕𝒉 𝒅𝒆𝒎𝒐𝒏," Sebuah kisah cinta diantara seorang putera iblis dan seorang pelajar perempuan yang tersesat di negara Ordol. Hati? dia dilahirkan tanpa hati. Jiwa? jiwanya gelap kerana dipenuhi kuasa jahat. Cinta? cin...