Bab 14

80 6 7
                                        


"Lama tak jumpa, Raja Serigala."

Swoosh!

Leo melancarkan anak panah menuju ke arah Edward. Edward biarkan saja serangan dari Leo mengenai tepat ke dadanya.

Darah yang mula mengalir dia buat tak peduli saja. Secara selamba, Edward mencabut anak panah itu dan mencampak ke atas tanah. Leo tampak terkejut dengan tindakan dari Edward. Dia tahu, Edward boleh saja mengelak atau menghalang serangan itu. Kenapa dia biarkan?

Leo menurunkan busur panah. Keningnya berkerut melihat Edward masih berdiri tegak dan menayang muka tanpa perasaan.

Setapak Leo maju, setapak juga pengawal berkuda yang mengacu senjata kian maju ke arah Edward.

"Beta tak pernah sangka akan bertemu dengan Putera Iblis malam ini. Apakah Beta harus mengadakan jamuan untuk meraikan kedatangan kamu?" King Sebastian menopang dagu sambil tersenyum ke arah Edward.

Edward memandang lama wajah lelaki berjambang tipis itu. Dia diam tanpa jawapan, dan akhirnya dia membalas dengan gelengan.

"Jijik sungguh. Berani-berani dia menolak tawaran dari Yang mulia Raja Serigala," bisik seorang wanita bunian kepada seorang wanita kerdil yang berdiri di atas meja.

"Dia fikir dia siapa, huh? Tak sedar diri betul." tokok wanita kerdil itu lagi.

Jasper dalam bentuk burung sekadar merenung sinis ke arah mereka. Tahulah macam mana dia nak balas nanti.

"Edward." seru Jasper.

Dia hinggap di atas bahu Edward.

"Aku tahu." balas Edward perlahan.

Edward berdehem lalu tersenyum. Riak mukanya masih sama. Masih tenang walau darahnya tak berhenti dari mengalir. Leo juga pelik, kenapa Edward tak menghalang serangannya? Apakah Edward tidak pernah menganggap Leo sebagai musuh?

"Selamat ulang tahun Raja Serigala. Maaflah, kalau bahasa aku sedikit kasar dan lain daripada lain. Asalkan kau tahu, aku dibesarkan tanpa sesiapa, tanpa adab dan tanpa pelajaran. Tapi aku faham, kau takkan ambil peduli fasal aku. Aku ke sini cuma nak..."

"Bersihkan najis yang dah kotorkan istana aku." Edward senyum lagi.

"Haschel, aku tahu kau bencikan Raja Serigala. Tapi jaga percakapan kau! Dia bukan orang yang hina macam kau," sampuk Putera keenam. Kylian.

Kylian turun dari atas kuda. Dia menarik pedang dari sarung, dan mengacu terus senjatanya ke arah Edward.

Sementara Ran dan Kiel memberi isyarat kepada Jasper agar membawa Edward pergi meninggalkan tempat itu secepat mungkin. Tetapi, Edward masih berkeras.

Dia masih mahu bertemu dengan Raja Serigala.

"Apa yang kamu maksudkan, Putera Iblis?" soal King Sebastian. Tenang.

"Dia hampir bunuh kau. Takkan kau tak perasan? Dia juga cederakan Eiran dan Zadkiel masa kat Astaroth. Jadi aku ke sini semata-mata nak balas apa yang dia buat kat abang-abang aku," balas Edward.

Ashil dikeluarkan dari sarung. Pedang besar berwarna hitam. Jika orang lain yang memegang pedang itu, ia hanyalah sekeping besi menyerupai besi buruk. Tetapi bila ditangan Edward, pedang itu bertukar menjadi lebih gelap dan mengeluarkan asap berwarna merah mengelilingi bilah.

"Abang-abang kau? Aku tak pernah anggap kau sebagai adik aku." Kylian mencelah lagi.

Tetapi kali itu percakapannya undang jelingan sinis dari King Sebastian.

SU | Demonic Loves Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang