Bab 5

199 22 4
                                        


Adanya cendawan ajaib yang dipetik dari Lembah mati. Sihir yang terkena pada diri Jasper dapat disembuhkan.

Jasper berubah ke bentuk asal. Dia membaca sihir untuk memadam ingatan Aunty Helen dan Airin bertujuan agar rahsia Jasper sebagai burung gagak jadian kekal tersimpan. Mungkin, dirasakan dirinya seperti mementingkan diri sendiri. Tetapi itu adalah yang terbaik bagi Jasper mahupun bagi Airin dan Aunty Helen.

Pada pagi itu, tugas yang perlu dilakukan oleh Airin ialah memberi makan kepada Azure naga berkepala tiga.

"Airin tak perlu takut. Kalau Airin layan Azure dengan baik, Azure akan layan Airin dengan baik." ujar Aunty Helen.

Airin mengeluh kecil. Dia bukan apa... buat pertama kali dalam hidup nya dia memberi makan kepada seekor naga. Takut memang takut. Takut kena makan adalah!

Mahu tidak mahu Airin menurut. Dalam keterpaksaan Airin melangkah masuk ke dalam kurungan Azure.

Dengusan nafas menampar diri Airin. Tangannya mengigil hebat ketika menuang cacing berwarna-warni ke dalam bekas makanan Azure.

Dalam kegelapan, mata kehijauan merenung ke arah Airin.

"Kau tak takut pada aku?" Azure menyoal.

Airin berhenti. Dia mengangkat kepala dan tersenyum ke arah Azure.

"Saya tak takut pun."

Dalam hati, Airin sudah menyumpah serapah diri sendiri kerana berkata seperti itu kepada Azure.

"Bagus lah kalau macam itu."

"Kenapa? Ada apa-apa yang saya tak tahu?" soal Airin.

"Tak ada apa-apa. Kamu boleh pergi,"

Airin mengangguk saja. Setelah menyelesaikan kerja-kerja memberi makan kepada haiwan peliharaan Edward, Airin menuju ke ruangan dapur.

Fikir Airin, dia berancang ingin membuat biskut coklat sebagai santapan pada waktu petang. Tetapi mengingatkan dia kini berada di tempat asing, di mana dia mahu mencari bahan-bahan untuk membuat biskut? Airin menghampiri Aunty Helen yang sedang leka mengelap gelas-gelas kaca. Airin menyatakan hasrat nya yang ingin membuat biskut coklat tetapi tidak mempunyai bahan seperti tepung, serbuk koko, gula, dan banyak lagi. Pada mulanya Aunty Helen tidak bersetuju dengan cadangan Airin ingin ke bandar Skywills, tetapi atas pujukan dari gadis itu dan berasa kasihan terhadap Airin. Aunty Helen bersetuju.

Kepergian Airin ke bandar itu perlu lah ditemani oleh Jasper, si gagak pengikut setia Edward. Memandangkan selama seminggu Edward tidak berada di istana, dia mengamanahkan Jasper untuk menjaga Astaroth sepanjang ketiadaannya.

Airin tersenyum lebar melihat dirinya di hadapan cermin. Sudah lama dia tidak kembali ke tempat asalnya. Apa yang sudah berlaku?

Tanpa membuang masa hooded Cape disarung ke tubuh. Kertas senarai barang dicapai di atas meja.

Airin berjalan keluar dari biliknya dan menuju terus pintu utama istana.

"Ingat... losyen ini hanya akan bertahan selama lima jam. Lima jam saja untuk kau selamat berada di Skywills. " Jasper si gagak memberitahu. Losyen yang diberikan oleh Aunty Helen disapu ke tangan, kaki, dan mukanya.

"Selepas lima jam tu apa akan jadi?" soal Airin, tertanya-tanya apakah kesan yang diterima ketika dia masih berada di Skywills selepas lima jam.

"Kau akan mati," Jasper yang hinggap di atas bahu Aunty Helen bergerak ke udara dan mengibas-ngibas sayapnya.

Airin telan air liur. Terasa pahit ditelan bila si burung gagak berkata seperti itu kepada Airin.

"Mari pergi."

"Airin, jaga diri kamu baik-baik." pesan Aunty Helen. Airin angguk saja.

Lambaian tangan saling berbalas dengan Culus si pemotong rumput, Feros si tikar ajaib, Chandel si patung jerami, dan keenam-enam pembantu istana Astaroth.

Airin dan Jasper memulai perjalanan mereka menuju ke bandar Skywills pada pagi itu. Mereka melalui perkampungan Samsari. Sebuah kampung yang didiami oleh pendeta dan ahli perubatan. Kemudian, mereka berehat seketika dan kembali meneruskan perjalanan. Istana Astaroth atau lebih dikenali dengan nama istana gelap terletak agak jauh dari bandar Skywills. Ada khabar angin mengatakan, istana Astaroth dikuasai kuasa jahat sehingga merasuk ke dalam tubuh putera ke 12 hanya kerana Edward dilahirkan dalam keadaan berbeza.

Dalam ramainya adik beradik Edward, hanya putera ke 11 dan putera ke 10 saja yang menerima keadaan Edward. Eiran Hazor dan abangnya Zadkiel Hayzen.

Mereka berkongsi bapa, tetapi tidak dengan ibu. Isteri pertama King Sebastian merupakan Ibu kepada Edward. Isteri kedua pula Queen Harley, dia dikurniakan dengan enam orang cahaya mata.

Manakala Queen Sarah isteri ketiga, ibu kepada Ran dan Kiel mempunyai lima orang anak. Menurut ahli nujum, kelahiran anak pertama dari Queen Elisia membawa nasib malang dan kemarau berpanjangan jika dibiarkan anak itu hidup. Bimbang takhtanya akan dirampas oleh bayi yang dilahirkan dalam keadaan berbeza, King Sebastian mengambil keputusan untuk membunuh bayi kelahiran iblis.

Demi Edward, Queen Elisia sanggup kehilangan gelaran permaisuri Serigala dan dikurung dalam penjara demi melindungi Edward.

Dia mengambil keputusan untuk meletakkan bayi kecilnya dalam jagaan istana Astaroth. Sebuah istana yang dikuasai kuasa jahat. Tiada sesiapa yang berani menganggu mahupun mengambil ahli akan istana itu. Termasuklah Raja iblis, dan raja serigala. Jauh di sudut hati Queen Elisia, dia berharap agar suatu hari nanti mereka dipertemukan dan bersatu semula.

Setelah berjalan kaki dalam tempoh yang agak lama, akhirnya mereka tiba di hadapan gerbang masuk ke bandar Skywills.

"Kita dah sampai." Beritahu Jasper.

Tidak jauh dari mereka, gerbang masuk dikawal ketat oleh pengawal berkuda. Dan sebelum masuk ke sana, pendeta, ahli perubatan ataupun pembekal-pembekal yang datang dari kampung perlulah menunjukkan surat kebenaran dari ketua kampung masing-masing.

Jasper yang memerhati dari atas dahan pokok memberi isyarat kepada Airin agar menunggu buat seketika. Kemudian, Jasper membaca sihir untuk menghasilkan surat palsu bertujuan mengaburi mata pengawal berkuda. Sesudah itu barulah Jasper menyerahkan surat kebenaran kepada Airin untuk ditunjukkan kepada pengawal berkuda.

"Atas urusan apa kamu ke mari?" soal salah seorang dari pengawal.

"Kami ingin bertemu dengan pemilik kedai roti, mr. Smith. Katanya dia ingin memberikan sesuatu sebagai balasan kerana menolong Mr. Smith mendapatkan air suci daripada kampung Samsari,"

Jasper yang berubah ke bentuk manusia mengangguk untuk mengiyakan percakapan Airin.

Pengawal berkuda mengangguk sebagai balasan dan membenarkan Airin dan Jasper masuk ke dalam bandar Skywills.

Jauh sedikit dari mereka, Jasper berubah ke bentuk asalnya. Jasper lebih selesa dalam bentuk burung gagak berbanding dalam bentuk manusia. Berambut kuning keemasan seperti paruhnya, dan bermata merah seperti matanya. Sungguh! Dia tak selesa.

"10 langkah ke hadapan kau akan tiba di sebuah lorong yang menuju ke pasar Bermin. Ingat, jangan tonjolkan diri kau sangat sebagai manusia. Losyen ajaib ini hanya akan bertahan selama lima jam. Lebih dari itu aku tak tahu apa yang akan berlaku." pesan Jasper panjang lebar.

Airin mengangguk. "Siap! Awak nak pergi mana? Awak tak nak ikut sekali dengan saya?"

Jasper tidak menjawab dan terus melebarkan sayap di udara.

Ada pesanan yang perlu disampaikan kepada putera ke 11 dan 10.





SU | Demonic Loves Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang