Bab 4

174 22 3
                                    


Celaka betul! Bintik-bintik merah muncul di muka Jasper. Terasa gatal dan sakit bila di sentuh. Airin pula, tidak tahu hendak berbuat apa. Jasper seperti cacing kepanasan. Dia menggaru-garu mukanya dengan kuku tajam tidak pernah dipotong.

"Tak ada cara lain,"

Dengan segala tenaga yang dia ada. Airin mengangkat tubuh Jasper di udara. Jangan ingat dia kecil begitu tidak mampu mengangkat Jasper si tinggi lampai.

"Tu... turunkan aku sekarang!"

Dari 'Saya, awak.' bertukar ke 'Aku, kau.'

Tahulah Airin lelaki misteri itu tengah marahkan dia. Sekali pun berterima kasih lah pada Airin kerana sanggup mengerah tenaga demi mengangkat Jasper.

"Do it now!"

Airin buat tak peduli saja. Bilinya yang terletak di ruangan dapur dituju dengan pantas. Mujurlah ketika itu Aunty Helen, Melaine, dan Luna sedang sibuk membersihkan halaman luar istana Astaroth.

Pintu bilik dikuak kasar. Tubuh Jasper dibaringkan di atas katil Airin. Gebar ditarik untuk menutupi separuh daripada tubuh Jasper.

"Ka... kau nak pergi mana?" Jasper menyoal.

"Pergi ambil air." jawab Airin laju. Wajah kemerahan Jasper seperti tercekik tulang ayam dipandang buat seketika.

"Tak... tak payah."

"Kenapa pula? Ya, saya tahu. Memang salah saya sebab baca sihir dalam buku HADES. Tapi tak bermaksud saya sengaja buat macam itu," jelas Airin.

"Aku... aku tak kisah pasal itu. Cepat... beritahu Aunty Helen. Aku perlukan bantuan dia untuk dapatkan penawar di lembah mati." ujar Jasper.

Jasper memegang perutnya. Terasa sakit mencucuk hingga ke otak. Sihir yang di baca oleh Airin merupakan sihir terlarang yang mampu membuatkan si mangsa lumpuh seumur hidup sebelum mati dalam keadaan tragis.

"Ta... tapi..."

"Jangan risau, aku tak marahkan kau pun."

Airin mengangguk lalu dia berlari keluar dari bilik nya, meninggalkan Jasper yang masih meringis kesakitan.

Seketika berlalu, Jasper meliarkan pandangan ke sekeliling bilik Airin. Bilik yang tak adalah besar mana. Cukup dengan jendela separuh terbuka, dan membiarkan sinaran redup mentari masuk ke dalam. Langsir putih pula bergerak sedikit bila ditiupi angin. Yang pasti, aura si manusia memenuhi udara sekali gus membuatkan Jasper berasa tenang buat seketika.

"Bilik ini... dipenuhi dengan bau manusia,"



Hooded Cape berwarna hijau gelap yang memiliki kuasa sakti disarung ke tubuh Airin. Dengan langkah perlahan Airin berjalan keluar dari istana Astaroth menuju ke lembah mati.

Kata lelaki yang bernama Jasper, terdapat sekaki cendawan liar berwarna ungu yang tumbuh ditengah lembah. Cendawan itu dijadikan sebagai penawar bagi segala racun, dan mampu membatalkan sihir yang terkena pada diri Jasper. Awalnya Aunty Helen membantah keras cadangan Jasper yang berniat menyuruh Airin ke sana.

Tapi, di sebabkan rasa bersalah yang membukit terhadap Jasper. Airin dengan rela hati keluar dari istana Astaroth demi mencari sekaki cendawan liar.

Airin bernyanyi kecil sambil menjinjing bakul rotan. Perjalanannya menuju ke lembah mati baru saja bermula setelah dia melepasi pagar kayu yang memisahkan bandar Skywills dan lembah.

Lembah mati. Di namakan sempena tanah berwarna hitam yang dijaga oleh seorang ahli sihir putih. Meskipun tanah lembah itu berwarna hitam dan kedengaran seperti tanah tandus dari namanya. Sebenarnya ia bertujuan melindungi tanaman ajaib yang tumbuh secara semula jadi di lembah itu.

Cuma pendeta dan pembekal ubat-ubatan sahaja yang dibenarkan masuk ke sana. Tetapi, bagaimana pula dengan Airin?

Hooded Cape yang memiliki kuasa sakti berfungsi untuk melindungi bau manusia pada tubuh badan Airin. Sekali gus menggantikan dengan bau pendeta yang berasal dari kampung Samsari.

Sedang dia berjalan penuh riang, tidak jauh dari situ Airin terpandang sekaki cendawan liar berwarna ungu yang dikatakan oleh Jasper.

Airin tersenyum lebar. Mujurlah Aunty Helen sudah mengajarkan cara bagaimana memetik cendawan dari bongkah.

Airin tunduk dan memetik cendawan dewasa sebelum diisi ke dalam bakul. Cukup tiga kaki cendawan liar, Airin kembali bangun.

KRAK!

Bunyi ranting patah seperti dipijak dari belakang kedengaran jelas di telinga Airin.

KRAK!

Sekali lagi bunyi itu kedengaran.

Dengan keberanian yang tersisa sedikit, Airin berpusing ke belakang. Kepak lebar berwarna hitam pekat berkirai-kirai di hadapan Airin sehingga Hooded Cape yang menyembunyikan wajah Airin terturun ke bawah. Taring runcing dan tajam bersama wajah pucat merenung tepat ke arah Airin. Tanduk hitam yang muncul di kepala memberi tanda bahawa lelaki ini bukan lagi lelaki yang Airin lihat tiga hari lepas.

Edward Haschel hadir bersama satu senyuman.

"Ya... yang mulia Edward." Airin tunduk hormat.

Edward dalam bentuk separuh iblis berundur ke belakang dan duduk bersandar pada sebatang pokok. Dia mencengkam kuat dadanya. Kesakitan yang dia rasa seperti perutnya sedang disiat-siat oleh pisau dan organ dalamannya cuba ditarik keluar secara paksa.

"Jangan. Dekati. Aku." Sepatah-patah Edward bercakap.

"Pergi..." arah Edward.

"Tuanku tak apa-apa?" Airin teragak-agak mahu maju ke hadapan. Dia tak sampai hati pula membiarkan Putera ke 12 di situ.

"Takkan aku nak ulang perkataan yang sama? Pergi dan tinggalkan aku di sini. "

"Ba... baiklah,"

Dalam keterpaksaan, Airin menurut dan melangkah pergi meninggalkan Edward.

Batu permata merah yang tertanam dalam tubuh Edward bersinar-sinar dan menganggu pernafasan Edward. Edward menarik nafas dengan rakus. Dia menepuk-nepuk dadanya, konon dia dapat mengurangkan rasa sakit yang dirasai. Tetapi tidak.

Ketika bayangan Airin mula menjauh. Bibir Edward bergerak memanggil nama Airin. Cukup perlahan dan hanya di dengari oleh Edward. Tapi, entah mengapa Airin rasa terpanggil dari belakang. Dia berpaling menghadap Edward separuh mati.

Mata Airin terbelalak besar. Dia berlari mendapatkan Edward. Tubuh yang bersuhu dingin seolah-olah sudah lama mati digoncang berkali-kali oleh Airin . Edward tersedar, dia membuka mata secara perlahan. Jari telunjuk berkuku panjang dituju ke arah sebatang pokok epal ajaib yang terletak tidak jauh dari situ. Epal ajaib dapat mengurangkan kesakitan batu permata merah. Buah itu juga berfungsi sebagai penawar untuk luka dalaman.

"Tuanku nak suruh saya pergi petik buah tu? Ok, kejap lagi saya akan ke sana,"

Tanpa membuang masa, Airin memetik dua biji epal ajaib dan beri pada Edward. Edward makan dengan cepat, dia tidak mempeduli risiko tercekik kerana makan terlalu rakus. Yang penting sekarang ini kesakitan batu permata merah mula berkurangan.

Dua biji epal ajaib habis dimakan dalam masa yang singkat. Airin tidak kagum pun dengan pencapaian itu.

"Tuan tak apa-apa?" soal Airin lagi.

Edward tidak membalas sebaliknya membaca sihir untuk memadamkan ingatan Airin pada ketika itu. Tidak ada yang boleh tahu kelemahan Putera ke 12 raja serigala. Tidak ada.

Tiba-tiba Airin berasa kosong. Seingat dia, selesai saja memetik cendawan liar. Dia perlu pulang ke istana dengan segera.

Kepak lebar, tanduk, dan taring panjang turut menghilang ketika bayangan Airin mula menjauh. Edward kembali ke bentuk tubuh yang asal. Hanya telinga tajam seperti Elf, dan gigi taring pendek yang tersisa. Itu menunjukkan sumpahan batu permata merah masih ada pada Edward.

SU | Demonic Loves Where stories live. Discover now