Bab 11

122 6 8
                                        

Swoosh!




Golem roh orang mati mula menyerang. Tengkorak kepala yang kelihatan dari luar masih diselaputi darah segar. Golem tanpa mata memuntahkan cecair asid yang dapat mencairkan apa saja yang berada di hadapan mereka. Cecair kehijauan yang dikenali dengan nama muntah orang mati menjadi senjata utama selain sebilah sabit gergasi. Sabit gergasi itu memiliki kuasanya tersendiri. Berwarna biru kristal dan dapat melumpuhkan lawannya bila terkena serangan daripada sabit itu.

Golem roh orang mati memuntahkan cecair asid kepada Edward. Namun, sepantas kilat. Edward menangkis serangan itu. Lingkaran bulat, bintang enam sudut. ( Hexagram ) dan terdapat huruf S dan garis panjang di tengah huruf itu berjaya menghadang serangan tersebut.

Lingkaran sihir berwarna merah menyala dan terdapat simbol serta huruf tertentu berada dalam bulatan itu.

"Demon Slash!"

Cahaya berwarna merah seperti laser pemusnah keluar daripada lingkaran sihir apabila Edward menyerang Golem orang mati.

Hanya sekali serangan, tengkorak-tengkorak roh orang mati yang berada dalam Golem tersebut merayu-rayu untuk dikeluarkan. Roh mereka dicuri daripada kubur, dan disatukan menjadi Golem. Edward terbang lebih dekat ke arah Golem. Tangan seorang kanak-kanak yang berada dalam Golem, cuba menyentuh Edward. Edward yang tidak berperikemanusiaan terus memotong tangan itu sehingga ia menjadi debu-debu halus.

Golem roh orang mati semakin lama semakin membesar kerana semakin banyak roh orang mati yang disedut. Bermuka hodoh, tanpa mata, cuma ada lubang besar untuk memuntahkan cecair hijau. Edward mendekati musuhnya dengan mudah. Telapak tangan menyentuh Golem roh orang mati sambil Edward membaca sihir. Edward berjarak sedikit dari mereka apabila sihir berdarah melekat pada Golem roh orang mati.

Rayner yang memerhati, mengarahkan sekumpulan roh orang mati untuk menyerang Edward. Tetapi, semuanya sudah terlambat. Tengkorak-tengkorak yang berada dalam Golem tersebut cuba menolak Golem, tetapi gagal. Golem memuntahkan cecair hijau yang banyak dan hampir-hampir mengenai Astaroth, mujur Edward sempat mengaktifkan perisai lut sinar istana itu. Tidak lama, Golem roh orang mati hancur berkecai. Tengkorak-tengkorak yang berada di dalamnya turut musnah. Beratus-ratus roh orang mati keluar daripada Golem tersebut.

Cukup mengerikan. Bulu roma Airin berdiri tegak. Dia lajukan langkah dekati Jasper si gagak hitam. Gagak hitam diangkat penuh berhati-hati dan dibawa ke dalam pelukan Airin.

'Kenapa... aku rasa selamat bila dekat dengan si manusia?'

Hati kecil Jasper bersuara.



"Sekarang... giliran kau." Edward menghala pedangnya ke arah Rayner.

"Giliran aku?"

Dum!

Tiupan angin yang agak kencang memaksa Putera Serigala dan Putera Pontianak menghentikan pertarungan mereka. Beberapa buah pokok tumbang akibat tiupan angin yang berlaku secara tiba-tiba. Tak lama, langit gelap berdentum dentam dengan bunyi guruh saling berbalas dengan petir.

Tidak perlu cakap banyak, Rayner tahu panggilan melalui tiupan angin itu dituju kepada siapa. Ya, raja yang meminta Rayner untuk berundur. Dia sendiri yang mahukan Rayner pulang ke istana.

Rayner berdecit geram. Dia baru sahaja mahu keluarkan serangan terbahrunya. Nampaknya... niat jahat Rayner terkubur.

"Jumpa lagi..."

"...Putera Iblis."

Terbentuk segaris senyum di bibir kemerahan bak delima dengan dua batang gigi taring yang menonjol keluar. Rayner hilang di balik burung gagak bermata merah yang mengepungnya menjadi satu bulatan.

SU | Demonic Loves Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang