Belum pernah dia melihat mata secantik itu.
Rayner berundur ke belakang bila Jasper Si gagak emas menghampiri Si Serigala. Air suci dari telaga Frounde yang terletak di kampung Samsari diberikan kepada Serigala. Jasper dalam bentuk manusia memaksa Serigala menelan air suci yang dapat mengembalikan semula kuasanya. Rayner yang menyedari perbuatan Jasper, tidak berdiam diri. Dia yang terapung di udara memetik jari dan membaca sihir yang dikuasai olehnya.
Kira-kira sepuluh askar hantu dipanggil oleh Rayner untuk menumpaskan Jasper si gagak emas. Askar hantu itu terdiri daripada pahlawan yang terkorban di medan perang, dan diseru roh yang tidak tenteram oleh Rayner.
Pedang tajam ditarik keluar dari sarung secara serentak. Askar hantu yang berdiri di hadapan Rayner bersedia mahu menyerang.
Jasper berdecit. Dia menolak tubuh Airin ke belakang.
"Tunggu kat sini, dan jangan pergi ke mana-mana." arah Jasper.
Airin mengangguk saja. Dia tidak berani mengangkat kepala bila dia teringat sumpahan yang pernah dikatakan oleh Jasper berberapa hari lepas.
Jasper menarik nafas dalam-dalam. Sepuluh lawan satu. Eiran cedera parah, Zadkiel tidak sedarkan diri. Pengawal tanpa muka tewas begitu saja. Kalaupun mereka ada, mereka takkan menang.
Askar hantu yang lengkap berbaju besi dan berperisai mula maju ke hadapan. Pedang Amist yang bergerak-gerak dari dalam sarungnya, meminta untuk dikeluarkan. Sudah lama Jasper tidak bermain dengan pedang itu. Tidak menunggu lama, Amist dikeluarkan dari sarungnya. Berbilah tajam dan berwarna keemasan seperti warna rambutnya.
Dua daripada askar hantu mula melancarkan serangan. Mereka meluru deras ke arah Jasper. Jasper membaca sihir pertahanan. Dinding lut sinar berwarna kuning muncul di hadapan Jasper, sekali gus menghadang serangan askar hantu itu.
Dinding lut sinar menghilang ketika Jasper terbang tinggi dan menikam Amist ke dada salah seorang askar hantu. Pedang dicabut, dan ditikam buat kali kedua sehingga askar hantu itu meraung kesakitan. Baju besi hancur, perisainya musnah. Tidak cukup, datang lagi seorang mahu membantu. Dia menyerang dari arah belakang. Pedang yang terangkat tinggi hampir-hampir terbenam di dada Jasper. Mujur, Jasper sempat elak. Dinding lut sinar berwarna kuning berjaya menghadang serangan secara mengejut itu.
Askar hantu yang dia tikam, hancur berkecai menjadi debu-debu halus lalu berterbangan di udara. Jasper dapat dengari askar hantu yang dia bunuh itu mengucap terima kasih kepadanya.
"Aku dah bebas, aku dah bebas! Hahaha!"
Suaranya kedengaran kuat di sekitar Astaroth bersama gelakan di hujung kata. Jasper mencerlung sinis ke arah Rayner. Mereka tidak bersalah, mereka cuma pahlawan yang terkorban semasa berperang. Kenapa Rayner memilih untuk menjadikan mereka sebagai askar hantu? Roh yang bergentayangan, ditangkap lalu dijadikan sebagai askar bawahannya. Padahal, roh askar hantu itu tidak tenteram disebabkan mereka tidak dapat menerima kekalahan di medan perang.
"Kau dah tak ada hati dan perasaan ke? Kenapa kau pilih mereka untuk jadi askar kau? Dah tak ada orang lain yang kau boleh pilih?" Jasper menyoal dalam nada tenang.
Rayner mengangkat kepala angkuh sambil tangan berlipat di dada.
"Who knows? Mereka berguna juga buat aku. Tak adalah aku bazirkan masa lawan dengan orang yang lemah macam kau ini." perli Rayner.
Jasper mengetap bibirnya. Askar hantu berhenti menyerang ketika salah seorang dari rakan mereka telahpun bebas. Rangka manusia yang lengkap berbaju besi dan dikelilingi asap-asap hijau itu merenung ke arah Jasper.
"Bebaskan kami... tolonglah, bebaskan kami daripada sumpahan ini."
Jasper dapat dengari rayuan dan suara hati mereka. Dan, tak mustahil Rayner tidak mendengar rayuan itu.
"Aku... akan lepaskan kau orang. Kalau kau orang ikut cakap aku." Rayner menyentuh bibirnya sendiri.
"Bagus. Dengar cakap aku." balas Rayner ketika askar hantu bersetuju untuk mendengar cakap Rayner.
"Jangan! Jangan dengar cakap dia! Dia penipu!"
Szupp...
Sepantas kilat Rayner muncul di hadapan Jasper. Mata pedang hampir-hampir menyentuh leher Jasper. Dia leka! Kenapa dia tak perasan Rayner maju ke hadapan? Sedikit tekanan dari Rayner, pedangnya menikam ke leher Jasper. Jasper kaku. Pergerakannya dikunci oleh Hannah si healer. Bayang-bayang Jasper telah ditangkap ketika Jasper sedang sibuk bertarung.
Hannah tersenyum sinis. Dia memandang ke bawah, mencari-cari keberadaan Si Serigala. Yang ada, cumalah Eiran, Zadkiel, dan pendeta daripada kampung Samsari itu.
Ke mana dia pergi?
Jantung berdegup kencang ketika koklea disapa desahan nafas dari belakang. Kedinginan dan kegelapan dapat dirasai tanpa menoleh. Sayap berwarna hitam yang dikirai-kirai, menghembus perlahan rambut kekuningan Hannah yang terikat kemas.
Hannah tidak mempunyai keberanian untuk menoleh ke belakang bila dia tahu dengan siapa dia sedang berdepan.
Edward tersenyum sinis. "Kenapa... kau dah takut dengan aku? Tadi bukan main berani serang kawan-kawan aku."
Edward berundur dan mengibas sayapnya dengan kuat sehingga Hannah terjatuh ke atas tanah. Pedang iblis, ashil. Dilempar tepat ke arah Hannah. Hannah tidak mampu mengelak, dia terkejut dengan kemunculan Edward dalam bentuk separuh iblis.
Hannah termuntah cecair merah bila Ashil menusuk jantung Hannah. Hannah cuba mencabut pedang berwarna hitam kemerahan itu, tetapi dia tidak dapat. Pedang itu terlalu berat dan besar!
"Hannah!" jerit Rayner.
Jasper tidak mampu menghalang ketika tubuhnya dibanting kasar oleh Rayner lalu menghempap dinding istana Astaroth. Dalam keadaan lemah dan tidak mempunyai kuasa yang cukup untuk menyerang balas. Jasper bertukar semula ke bentuk Gagak hitam berparuh kuning.
"Apa yang kau dah buat dekat adik aku, hah!" tempik Rayner keras.
Edward mendarat di atas tanah. Rambut hitam yang menutupi dahinya ditolak ke belakang.
"Patutnya aku yang tanya kau, kau buat apa kat sini? Cederakan kawan, dan abang-abang aku sekali?"
Rayner mengetap gigi. Jika Ashil tidak dicabut secepat mungkin, Hannah akan kehilangan nyawanya. Pedang iblis. Satu-satunya pedang yang mampu merenggut nyawa kaum Pontianak.
Ashil tercabut sendiri bila Edward mengawal pedang itu dari jarak jauh. Ashil yang terangkat di udara, memiliki aura kegelapan Iblis. Baru beberapa saat Ashil terangkat, Edward mengarahkan pedang iblis menusuk ke tempat yang sama sehingga Hannah tidak bergerak lagi.
Rayner menjerit sekuat hati bila Hannah telah dibunuh oleh Edward. Rayner memindahkan Hannah ke tempat yang lebih selamat menggunakan kuasanya lalu mengambil posisi untuk menyerang balas.
"Kenapa kau bunuh adik aku? Kenapa!"
"Dia tak mati lagi. Dia... terkena sumpahan." Edward tergelak sinis.
Rayner membaca sihir menyeru roh orang mati lalu bergabung menjadi golem berwarna kelabu putih. Roh-roh orang mati yang berdiri di belakang Rayner menjadi askar bawahan Golem tersebut.
"Hanya itu yang kau ada?" cabar Edward. Sengaja mengapi-apikan Rayner.
"Kau... terlalu memandang rendah terhadap musuh kau, Ed." balas Rayner.
"Hmm? Aku tak kisah. Orang macam kau ini... layak dipandang rendah."
Swoosh!
Macam makin mengarut pula ni
ANDA SEDANG MEMBACA
SU | Demonic Loves
Fantasía"𝑰'𝒎 𝒊𝒏 𝒍𝒐𝒗𝒆 𝒘𝒊𝒕𝒉 𝒅𝒆𝒎𝒐𝒏," Sebuah kisah cinta diantara seorang putera iblis dan seorang pelajar perempuan yang tersesat di negara Ordol. Hati? dia dilahirkan tanpa hati. Jiwa? jiwanya gelap kerana dipenuhi kuasa jahat. Cinta? cin...
