Bab 12

89 5 9
                                        

Sudah seminggu selepas kejadian itu berlaku. Pintu bilik Edward masih tertutup rapat, dan tidak menunjukkan tanda bahawa Putera Iblis itu akan keluar dari dalam bilik.

Felos si tikar ajaib sedang sibuk memikirkan cara bagaimana dia hendak menukar tikar dalam bilik Putera itu. Sudahlah berkunci, terdapat sihir pelindung pula yang dia baca.

Mana taknya dia sakit kepala berfikir.

Akhirnya Felos berputus asa. Lebih baik dia membersihkan tikar-tikar yang lain berbanding tikar ajaib dalam bilik Edward.

Kalau busuk, busuklah!

Tetapi... tikar-tikar ajaib itu dimiliki oleh Edward. Begitu juga dengan Felos, Culus, dan Chandel. Mereka bertiga diselamatkan oleh Edward semasa pertarungan diantara Edward dan Ular putih milik Mr. Robert.

Sebagai tanda berterima kasih atas jasa baik Edward. Mereka bertiga dengan rela hati menawarkan diri untuk menjadi pembantu istana Astaroth.

Bila mengingatkan detik-detik itu, Felos amat bersyukur kerana mereka diselamatkan oleh Edward.

Entah mengapa Raja Serigala dan penduduk bandar Skywills tidak menyukai kelahiran Edward. Padahal, dia tidak pernah meminta untuk dilahirkan dalam keadaan begitu.

Mujurlah Ran dan Kiel menerima apa adanya. Putera kesebelas dan kesepuluh itu tidak pernah menganggap kekurangan Edward sebagai suatu kelemahan. Malah, mereka kagum kerana Edward memiliki dua kuasa yang jarang ditemui di negara Ordol. Dan mereka berbangga mempunyai adik seperti Edward.


"Sampai bila kau nak berkurung dalam bilik ini? Mereka perlukan kau, Ed." ujar Jasper.

Dia memandang lama wajah kosong Edward. Tampak tidak bersemangat, dan kehilangan seri.

Edward kekal berdiam diri. Selagi dia tidak dapat menghapus ingatan Airin, selagi itu dia berkeras kepala duduk dalam biliknya.

"Macam yang aku cakap. Selagi aku tak dapat buat, selagi itu aku duduk dalam bilik ini." jawab Edward.

Punggung dilabuhkan di atas kerusi perak sambil pandangan dilabuhkan ke luar tingkap. Terlihat Airin sedang sibuk menyidai kain, dan diganggu oleh Chandel si patung jerami.

Edward menopang dagu. Dia berfikir lama, adakah dia patut memadam ingatan Airin? Si manusia berbau aneh entah datang dari mana. Tiba-tiba muncul ditengah ruang istana dan tinggal di sini bersama mereka.

Edward senyum tipis. Kalaulah dia mempunyai cara lain selain itu. Mana dia mahu kotorkan dirinya semata-mata mahu menghapuskan memori Si manusia.

"Dah tak ada cara yang lain?" Jasper menyoal lagi.

Edward pejam mata dan bangun dari tempat duduk. Matanya menikam ke dalam mata kemerahan Jasper.

"Kalau ada, sudah lama aku buat." balas Edward. Dingin.

Jasper mengeluh. "Sudah. Jangan difikir lagi. Kau tak nak pergi ke pekan Skywills? Kata Eiran, malam ini mereka akan menyambut ulang tahun Raja Serigala." beritahu Jasper.

Ke mana lagi Jasper perlu membawa Edward untuk menenangkan fikiran selain ke sana? Memburu? Oh, sudah tentu tidak. Edward baru sahaja sembuh dari kecederaan yang parah. Inikan pula Jasper membawa dia memburu, dan menambah lagi kecederaan itu?

"Alah... sekali sekala. Turunkan ego kau, Ed. Kalau kau tak mampu nak lakukan, biar aku yang pergi sendiri." Jasper berjauh hati.

Dia bertukar menjadi burung gagak dan hinggap di jendela.

Kenapa dia cantik sangat?

Hati kecil Jasper bersuara apabila dia terpandang ke arah Airin yang sedang tersenyum manis.

"Malam ini?"

Kening Edward terjongket sebelah.

"Jangan beritahu pada Eiran atau Zadkiel."

Jasper mengalih pandangan ke arah Edward. Mujurlah, dia pandai memujuk. Bukan selalu Edward ke sana. Kali terakhir pun semasa dia mengirim surat kepada Ratu Elisia dua ratus tahun yang lalu.



Siang berganti malam. Kemeriahan majlis sambutan ulang tahun King Sebastian yang diadakan pada malam itu jelas terasa. Kedai-kedai ditepi jalan mula diterangi dengan lampu pari-pari Erel. Jalan menuju ke istana tak pernah sunyi dengan kehadiran Hobbits, kaum bunian, serta ahli sihir muda yang turut menanti ketibaan King Sebastian di istana utama bandar Skywills.

Mereka teruja meraikan kepulangan Raja Serigala setelah dia menyelesaikan lawatan kerja selama seminggu di negara Ertudus.

Askar-askar yang terdiri dari kaum Elf berdiri tegak dan mengangkat kepala penuh hormat ketika Putera-putera Serigala mula mengambil tempat mereka.

Bermula dari yang tua, sehinggalah yang paling muda. Eiran Hazor. Mereka lengkap berpakaian Putera diraja sambil membawa senjata masing-masing.

Dalam masa itu, sempat Ran berfikir. Adakah Jasper berjaya memujuk Edward untuk datang ke istana? Biarpun sebentar, dia amat berharap ulang tahun Ayahandanya pada kali itu disambut bersama Edward.

Walaupun amat mustahil untuk dilakukan oleh Edward, tetapi tidak salah untuk meletak harapan. Lagi pula, dia faham benar dengan sikap Edward.

Sebenci manapun dia terhadap Raja Serigala, Edward tidak pernah terfikir untuk membunuhnya.

"Kau rasa... Jasper berjaya pujuk Ed tak?" soal Zadkiel Hayzen separuh nada berbisik.

Ran diam sebentar. Soal itu, dia tak pasti. Dia serahkan pada Jasper saja.

"Yang itu... aku belum pasti, Kiel." balas Ran. Terlihat hampa dari nada suaranya.

Leo di sebelah mereka sekadar tersenyum tipis. Macamlah Raja Serigala benarkan Putera Iblis itu melangkah masuk ke dalam istana. Belum habis selangkah, kepala sudah terpisah dari badan. Raja Serigala amat membenci kelahiran Edward. Dia bimbang mahkotanya akan dirampas.

"Ketibaan Yang Mulia Raja Serigala Sebastian Hayrel Chiesa!"

Ran dan Kiel segera menutup perbualan mereka. Riak muka berubah tegas apabila Azora, naga berkepala tiga yang membawa Raja Serigala tiba di hadapan pintu masuk istana. Alunan muzik yang dimainkan oleh Ahli Sihir Annabella melalui pari-pari muzik menyambut ketibaan Raja Serigala bersama dua orang isterinya. Queen Harley dan Queen Sarah. Mereka menaiki kuda bersayap ( Pegasus ) dan menyusuli Azora di hadapan.

Askar-askar berperisai mengeluarkan pedang dari sarung secara serentak dan mengangkat tinggi ke udara. Ia dilakukan bagi menghormati Raja Serigala yang baru tiba di istana. Apabila Raja Serigala mula berjalan di atas karpet berwarna merah yang dibentang dan disusuli dua orang isterinya di belakang. Askar berperisai menurunkan pedang lalu disambut pula dengan tunduk hormat dari Putera-putera Serigala.

"Yang Mulia Raja Serigala."

Itulah kalimat yang sering mereka katakan ketika berhadapan dengan Ayahanda mereka.

King Sebastian Hayrel Chiesa. Atau lebih dikenali dengan nama Raja Serigala. Dia mempunyai tiga orang isteri dan dikurniakan 12 orang cahaya mata.

Langkah terakhir sebelum berpijak di atas kaki lima istana. King Sebastian sempat menoleh ke belakang, dia memandang ke arah tempat kosong di sebelah Ran. Apakah dia sengaja meninggalkan tempat di sebelahnya itu kosong? Apakah dia berharap bahawa tempat itu akan diisi oleh Putera Iblis?

Sayang sekali...

Dengan kuasa yang dia ada. Tanpa berkata sepatah apapun, Raja Serigala memindahkan seorang askar berperisai ke tempat itu.

Ran yang menyedari tindakan kejam King Sebastian tidak mampu berkata apa-apa. Dia tidak berani mengangkat kepala, atau bersuara atas perbuatannya itu.

'Ed... di mana kau?'

Ran bertanya dalam hati.















Hye, aim back! Maaf, sebab dah lama tak update cerita ni.

SU | Demonic Loves Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang