Di udara, mereka berdua dapat melihat perisai lut sinar yang diaktifkan untuk melindungi bandaraya Skywills. Pengawal berkuda yang bertugas menjaga pintu masuk, dan pokok-pokok ajaib sedang tidur di luar tembok pertahanan bandar.
Edward diam sebentar. Sudah lama dia tidak ke situ. Kali terakhir pun pada dua ratus tahun yang lepas. Edward mengibas sayapnya secara perlahan, manakala Jasper dalam bentuk burung gagak hinggap di atas bahu Edward. Dia berasa penat hendak terbang ke mana-mana, mujur Edward ada.
"Kenapa Ed?" Jasper bertanya.
Edward menggeleng. Terlintas seketika di fikirannya, apakah dia berjaya membolosi benteng pertahanan Ahli Sihir Annabella?
"Takkan kau sudah lupa? Ratu Elisia pernah meminta pada Annabella untuk benarkan kau masuk ke dalam, Ed. Dia tahu kau akan datang ke sini. Tapi aku tak pasti kalau Annabella benarkan atau tidak." sambung Jasper lagi.
Dia mematuk telinga tajam Edward dalam bentuk separuh iblis. Edward berdecit geram lalu menolak Jasper dari bahunya. Manakala Jasper, bersenang hati dapat mengusik Putera Iblis itu.
"Kalau..."
"Tak cuba tak tahu Ed..." Penuh yakin Jasper berkata sambil mengirai kepaknya.
Edward memegang Ashil yang tersimpan dalam sarungnya. Pedang iblis yang mampu merenggut nyawa puak Pontianak dengan sekali serangan.
"Mari pergi,"
Kepergian itu dipandang oleh Ferlin yang menyamar sebagai ahli sihir merah, kawan baik kepada ahli sihir Annabella. Benteng pertahanan yang dicipta oleh ahli sihir itu tidak membenarkan mana-mana pontianak masuk ke dalam, tetapi tidak kepada ahli sihir.
Dia lupa, Ferlin mempunyai kuasa untuk menyamar menjadi orang lain. Tetapi, sayangnya... dia punya had masa.
Jadi, masa yang dia ada. Akan diguna untuk memburukkan keadaan. Racun yang tersimpan dalam bekas silinder dilihat oleh Ferlin. Racun yang mampu merenggut nyawa sepuluh orang pada satu masa.
Ferlin tersenyum sinis. Diantara mereka berlima. Hanya Ferlin, Rayner, serta Julian sahaja yang dipercayakan oleh Raja Pontianak, King Liyos untuk menyerang Skywills dan Astaroth.
Ran berasa hampa. Benar. Edward takkan datang ke istana. Padahal, dia sudah berpesan kepada tukang masak agar memasak makanan yang disukai oleh Edward.
Ran lihat sahaja abang-abangnya yang sedang sibuk bersuka ria. Bermabuk-mabukan sehingga mereka lupa Raja Serigala tidak menyukai orang pemabuk.
Ran berlipat tangan sambil bersandar pada tiang istana. Sebentar sahaja lagi Raja Serigala akan keluar dari istana dan menyantuni penduduk bandar Skywills.
Sebagai Putera kesebelas, dia dan Kiel perlu menemani Raja serigala sepanjang perjalanannya. Oleh itu mereka berdua ditugaskan menjadi pengawal utama Raja serigala. Biarpun Ran tahu, ayahandanya itu tidak memerlukan orang seperti mereka di sisi.
"Eiran..." seru Kiel.
Ran menggeleng. Dia terlihat tidak bersemangat. Wajahnya suram, senyumnya pudar.
Kiel batalkan niat hendak membuka cerita tentang Queen Harley, ibu tiri mereka. Dia tahu apa yang dia ceritakan nanti, hanya akan menambah api kemarahan Ran. Dia faham benar Ran tidak menyukai Queen Harley yang suka memburukkan-burukkan nama Edward dan Queen Elisia di depan Raja Serigala. Kiel biarkan sahaja adik kedua bongsu bersendirian tanpa ada yang menemani.
Tak lama kemudian, King Sebastian berangkat dari istana dengan menaiki naga berkepala tiga Azora.
Naga berwarna merah gelap dan berekor tajam. Dia mempunyai seekor anak yang diberi nama Azure.

ANDA SEDANG MEMBACA
SU | Demonic Loves
Fantasy"𝑰'𝒎 𝒊𝒏 𝒍𝒐𝒗𝒆 𝒘𝒊𝒕𝒉 𝒅𝒆𝒎𝒐𝒏," Sebuah kisah cinta diantara seorang putera iblis dan seorang pelajar perempuan yang tersesat di negara Ordol. Hati? dia dilahirkan tanpa hati. Jiwa? jiwanya gelap kerana dipenuhi kuasa jahat. Cinta? cin...