Cling!
Ashil dan Lior saling berlaga di udara sebelum Ferlin berundur selangkah. Edward maju lalu melibas pedangnya, tetapi Ferlin elak laju. Dia sempat mengelak serangan dari Edward. Libasan dari pedang iblis itu memusnahkan separuh daripada rumah berkembar di belakang Ferlin.
Ferlin maju lagi. Dia mengangkat Lior, pedang berapi yang diperbuat dari lava. Serangan kali ketiga dari Ferlin, tidak dapat dihalang oleh Edward. Pedang iblis terlepas dari tangan Edward, dan terpacak di atas tanah.
Edward jatuh melutut. Dia bertukar semula menjadi manusia. Masa ini pula dadanya tiba-tiba berasa sakit. Edward rakus menyedut udara sambil memegang dadanya. Tidak. Dia tidak boleh kalah. Dia tidak boleh kelihatan lemah di hadapan Raja Serigala.
Edward mengesat darah di tepi bibirnya. Dia kembali bangun. Tetapi malangnya, dia tidak mempunyai kuasa yang banyak untuk bertukar semula menjadi Iblis.
Ferlin tidak memberi peluang untuk Edward bersiap menerima serangan. Dia maju, dan menghentak Edward menggunakan sihir yang dia baca. Edward terpelanting ke belakang sebelum dia menghempap kedai posyen.
"Edward!" jerit Eiran.
Ini sudah melampau! Dia tidak dibenarkan masuk campur dalam pertarungan itu.
Kalau Ferlin tidak berhenti dari menyerang Edward, dia akan mati.
Edward seimbangkan tubuhnya. Renungan mata kembali dikeraskan. Rambut berwarna hitam ditolak lagi ke belakang. Rimas betul bila rambutnya sudah panjang dan asyik menutupi dahinya. Kan bagus, kalau rambut dia seperti rambut Jasper? Terikat kemas seperti Eren Yeager watak utama dalam AOT.
Tetapi hanya dia seorang saja yang dibenarkan melihat Jasper dalam bentuk manusia. Di depan orang lain, dia tidak berani. Tapi bila keadaan sudah terdesak, Jasper akan bertukar ke bentuk manusia. Dan sesiapa yang melihat pertukaran itu, memori mereka akan dihapus oleh Jasper. Sama seperti Airin dulu.
Edward bertepuk tangan melihat reaksi dari penduduk bandar Skywills yang mengingat dia sudah mati.
"Aku... takkan mati semudah itu, Ferlin. Kalau kau nak pandang rendah kat aku, kau silap orang." balas Edward.
Dush!
Daun kering berterbangan di udara ketika Edward maju lalu mengacu pedang iblis ke arah Ferlin. Hujung mata pedang yang menucuk ke batang leher Ferlin menyebabkan darah hitam mengalir dari lehernya. Edward tekan lagi, tetapi Ferlin tidak membalas. Malah, kedua tangannya diguna untuk memegang bilah pedang tersebut lalu diturunkan ke bawah.
"Aku tahu kau takkan mati, Edward." Ferlin koyak senyum tipis.
Edward angkat lagi pedangnya dan meletak tepat-tepat di batang leher Ferlin. Lagak seperti hendak memancung orang.
"Jadi?"
"Kenapa tak bunuh aku? Peluang sudah ada di depan mata kau. Depan Raja Serigala pula tu. Mana tahu, lepas kau bunuh aku. Dia akan maafkan kau?" Ferlin ketawa palsu.
Tersangatlah hambar dan plastik di telinga Edward.
"Kau pun tahu aku tak boleh bunuh kau selagi sumpahan ini belum terlerai. Bukan?"
"Kalau macam itu..."
Mata Edward terbelalak besar ketika perutnya ditikam oleh Ferlin. Tikaman dari pisau beracun itu menyebabkan Edward kehilangan kekuatan untuk bertarung.
Dengan segera, Edward mencabut pisau beracun. Dia terduduk di atas tanah sebelum terbaring.
Kepala Edward berdenyut dengan kuat. Jantungnya berdebar kencang. Pandangan mata kian mengabur. Perlahan dan perlahan...

ANDA SEDANG MEMBACA
SU | Demonic Loves
Fantasia"𝑰'𝒎 𝒊𝒏 𝒍𝒐𝒗𝒆 𝒘𝒊𝒕𝒉 𝒅𝒆𝒎𝒐𝒏," Sebuah kisah cinta diantara seorang putera iblis dan seorang pelajar perempuan yang tersesat di negara Ordol. Hati? dia dilahirkan tanpa hati. Jiwa? jiwanya gelap kerana dipenuhi kuasa jahat. Cinta? cin...