Beberapa helai kertas yang tadinya memenuhi ruangan meja di capai satu persatu, dikumpulkan bersama dan kemudian di masukkan ke dalam satu fail. Cawan kopi yang menemaninya sejak tadi dicapai pula kemudian di bawa ke dapur. Matanya sesekali meliar memandang sekeliling. Mencari tubuh kedua orang tuanya.
"Awak dari mana?"
Suara jerkahan itu buatkan Naira tersentak sedikit. Namun, sedikit pun dia tak berpaling. Sudah lali. Sudah kebal. Bunyi bunyi itulah yang di dendangkan padanya sejak kecil. Sekarang usianya sudah menginjak 18 tahun. Dia sudah biasa dengan suasana sebegitu.
"Saya penat lah."
Satu suara dari belakangnya buatkan Naira berpaling. Serentak itu senyuman kecil terukir di bibirnya. Dengan hati yang tak rela dia buka juga langkah menghampiri lelaki itu. Encik Nazim. Lelaki yang bergelar ayah buatnya. Puan Kalsom pula ibunya. Keluarga mereka terlihat bahagia. Sempurna. Ya, itu lah ungkapan yang paling sesuai. Mereka punya segalanya. Nama. Harta. Segalanya. Tapi, siapa sangka mereka juga ada kurangnya.
"Baru balik, abah?" bukan sindiran namun lebih kepada persoalan yang menantikan jawapan. Sekilas tubuh ibunya dipandang. Wajah itu sudah tegang seakan menahan amarah. Manakan tidak, sudah 3 hari abahnya tidak pulang ke rumah. Tak ada pesanan ditinggalkan buat mereka dua beranak. Kebiasaannya begitulah, abah akan keluar tanpa pesanan dan akan kembali ke rumah tanpa sebarang penjelasan.
Melihat kebisuan sang ayah, Naira mengeluh kecil.
Ya, ini lah kekurangan dalam keluarga kecil mereka. Keharmonian. Keakraban. Kasih sayang. Mereka tak seperti keluarga di luar sana. Keluarga harmoni? Jauh sekali.
"Naira masuk bilik!" Puan Kalsom menjerkah kasar buatkan Naira menunduk sedikit sebelum dia buka langkah meninggalkan ruangan itu. Eloklah begitu, dia juga tak betah untuk kekal di situasi tegang sebegitu. Lebih baik dia lekas lekas pergi sebelum dia jadi mangsa orang tuanya untuk melepaskan amarah.
"Saya tanya awak pergi mana?"
"Tak penting untuk awak tahu. Itu bukan urusan awak."
"Saya isteri awak!"
"Atas kertas."
Nairaa pekak kan telinga. Sejenak air mata yang mula bertakung di birai mata diseka perlahan. Dia sudah lali. Semuanya disebabkan masa silam dari Encik Nazim. Ya, ayahnya pernah tertangkap dalam keadaan curang. Dan dia lah yang menyaksikan moment tersebut. Usianya masih setahun jagung. Tak mengerti apa apa. Hari harinya hanya dipenuhi dengan jerkahan dan tangisan dari sang ibu. Dia lah tempat segala amarah dilepaskan. Pekikan. Pukulan. Semuanya dia rasai disebabkan keretakan rumah tangga itu.
Tapi dia sudah lali. Matanya sudah dibutakan. Telinganya sudah dipekakkan. Mulutnya juga sudah dikunci rapat. Rahsia ini biar mereka saja yang tahu. Walau jauh di sudut hatinya, dia amat menginginkan keluarga yang bahagia. Semoga semuanya akan indah pada waktunya.
***
Di satu sudut, Eiman duduk berseorangan sambil matanya meliar memandang sekeliling. Bila mana matanya sudah menangkap kelibat yang dia nantikan sejak tadi, laju saja dia bangkit dari duduk. Bunga di tangan di sorokkan ke belakang tubuh. Bibirnya sudah mengukir senyuman manis.
"Erma!" suaranya melaung menghentikan langkah seorang gadis.
Gadis yang digelar Erma tadi berpaling dengan wajah kurang senang. Huh! Lagi lagi lelaki nerd ini! Dia sudah muak. Hidupnya terganggu dengan kehadiran lelaki itu. Mana kan tidak, kehidupannya sekarang sudah dijadikan bahan jenaka rakan rakannya yang lain disebabkan kehadiran Eiman si budak nerd.
"Nak apa?" Erma berpeluk tubuh sambil bersandar di dinding. Sempat matnya menjeling orang orang yang lalu di situ. Nak lalu tu lalu je lah ni sibuk bisik bisik.mengumpatlah tu!
"Untuk awak." Eiman hulur bunga di tangannya. Ada senyuman di bibirnya. Bukan bunga biasa. Bunga lego. Seminggu dia bertungkus lumus menyiapkan setiap kelopak bunga tersebut. Habis merah hujung jarinya akibat gigih menekan lego lego kecil itu.
Erma tayang wajah jengkel. Keningnya berkerut tidak senang. Serentak itu dia tegakkan tubuh. Objek di tangan Eiman bertukar tangan. Dengan wajah tak beriak, Erma angkat objek itu sebelum dihempas kasar ke dinding.
Prang!
Habis jatuh lego tersebut. Berderai. Terlepas sudah dari cantumannya. Eiman melopong terkejut. Matanya membulat. Usahanya. Penat lelahnya. Semua yang dia usahakan hancur begitu saja dalam sekelip mata.
"Ke... kenapa?" Eiman berundur setapak. Sungguh dia terkejut. Tak menyangka gadis itu akan bertindak sebegitu.
"Kenapa? Dah berbuih mulut aku ni cakap dekat kau! Aku benci tengok kau! Aku tak suka pada kau! Tapi kau ni memang sejenis yang tak reti bahasa kan?" Erma mara ke depan. Mukanya merah menahan haba kemarahan. Urat di dahi sudah timbul sedikit menunjukkan dia benar benar sedang menahan sabar dan amarah terhadapa Eiman. Kaca mata bulat di pangkal hidung Eiman direntak kasar sebelum dicampak kuat ke dinding.
Prak!
Habis pecah cermin mata itu bila Erma pijak dengan sekuat hati. Ada senyuman kepuasan terukir di bibir itu. Sakit hati. Ya, dia sakit hati bila Eiman terus terusan mengejarnya sehingga dia di jadikan bahan ejekan rakan rakan yang lain. Eiman si lelaki nerd suka kan dia! Tambahan lagi Eiman merupakan budak kampung! Habis jatuh air muka dia selaku diva universiti!
"Jauhkan diri kau dari aku. Kau tak akan pernah layak untuk sesiapa. Lagi lagi..."
"Dengan muka nerd kau ni! Dasar nerd!" bahu Eiman dirempuh kasar.
Tinggal lah Eiman sendiri. Mengutip kaca matanya yang sudah hilang bentuk asalnya. Mata beralih pula memandang kepingan lego yang sudah hancur itu. Bangkit. Eiman tendang kepingan kepingan itu sekuat hati melepaskan rasa yang kini bercampur aduk di dalam jiwa. Bibirnya diketap geram. Sampai hati!
"Apa pun caranya aku tetap nak kan kau!" bibir diketap geram. Cinta dan maruahnya dipijak lumat. Keikhlasannya dicela hanya kerana dia nerd! Alasan bodoh yang dia tak akan pernah terima. Kaca mata di tangan digenggam erat. Ada semangat baru yang dia tanam dalam jiwa.
YOU ARE READING
Noktah Terakhir
RomanceRumah. Rumah adalah tempat untuk pulang. Tetapi rumah tak seharusnya adalah rumah. Kadangkala ianya hadir dalam sosok manusia. Bagi Naira Fareeha, rumahnya adalah keluarga. Keluarga lah tempatnya untuk pulang. Tak sehingga perpisahan menjadi piliha...