Gelisah duduknya. Telefon di tangan dipandang berkali kali. Deringan tak henti henti dari gajet itu buatkan dia cemas sedikit. Eiman dah mula cari dia ke?
Selepas menumpang selama 2 malam di rumah keluarga Eiman, pagi itu dia buat keputusan untuk pulang semula ke kampung. Jangan risau, dia sudah beritahu hal itu lebih awal pada ibu Eiman. Eiman? Memang tak lah dia beritahu lelaki itu, dia pasti Eiman akan menentang sekeras kerasnya keputusan Naira. Lihat saja beberapa hari ini segala hal tentang Naira hampir kesemuanya diatur penuh oleh Eiman. Soal di mana Naira hendak tumpang berteduh, makan pakai Naira. Semuanya Eiman yang uruskan, sekadar menghantar pesanan ringkas padanya agar tak perlu risau akan apa apa hal lagi.
Takut juga bila berada dalam situasi sebegini. Dia takut hendak bergantung pada keluarga Eiman. Dia tak mahu jadi anak gadis yang manja padahal semesta menuntutnya untuk jadi gadis yang kuat dan mampu untuk berdiri di atas kaki sendiri. Paling penting dia tak mahu terlalu terhutang budi pada Eiman.
Nak tak nak Naira kena juga pulang ke kampung. Kereta, laptop dan barang keperluannya masih berada di sana. Ikutkan hati, dia takut juga. Pasti abah masih marah padanya, tapi ikutkan hati boleh mati. Lambat laun dia tetap kena hadap abah juga.
Sekurang kurangnya update lah dekat aku, kau dah dekat mana!
Kalau kau kena culik macam mana?
Naira!!!!!
Tak nak angkat call sekalipun at least reply lah chat aku
Naira?
Dah sampai kampung ke?
Naira biarkan saja mesej itu tanpa balasan. Mungkin Eiman sudah putus asa untuk menghubunginya kali ini pesanan ringkas pula menderu masuk tak henti henti.
Kalau kau tak reply aku pergi report polis!
Kali ini mata Naira membulat. Terus tegak duduknya. Pandang seketika belakang tubuh pemandu teksi di hadapannya kemudian pandang semula ke skrin telefonnya. Tak akan sampai nak report polis kot?
Lambat lambat dia hantar balasan pada Eiman.
Dah nak sampai kampung, jangan risau saya dah besar.
Sekadar itu yang dia balas, cukup untuk Eiman tahu bahawa dia baik baik saja.
Aku risau bukan sebab kau perempuan je.
Berkerut kening Naira. Habis tu nak risau pasal apa pula? Belum sempat dia balas pesanan itu, teksi yang dia naiki sudah pun berhenti bergerak. Mata mula memandang sekeliling. Ada beberapa kereta di situ. Pasti kereta adik beradik abah. Nafas yang dihela serasa berat saja.
Nak tak nak Naira keluar juga dari perut teksi. Sempat dia lihat teksi itu meninggalkan halaman rumah.
"Oh, kamu rupanya." Terhinjut bahu Naira bila tiba tiba ada suara di belakangnya. Paling kepala dia lihat ada Mak ngah di situ. Jelas Naira dapat lihat senyuman sinis diwajah itu.
Diam saja. Naira tak berniat hendak menjawab, lagi lagi ianya akan mengeruhkan keadaan. "Naira datang nak jumpa abah." Sekadar ucapan ringkas untuk memberitahu tujuannya kemari.
Kena ada adab yang dijaga, kena ada hati yang kena dipelihara. Lebih baik dia cipta jurang antara mereka lebih awal sebelum apa apa terjadi. Mengenali diri Mak ngah buatkan dia berjaga jaga dalam setiap tingkahnya. Kali ini biar apa saja yang berlaku atas dirinya, hanya dia yang dipersalahkan. Tak perlu lagi melibatkan orang lain.
"Itu pun kalau abah kau nak tengok muka kau." Mak ngah berlalu menghampiri anak tangga.
"Long! Anak kesayangan kau datang ni! Jemput lah dia naik!" kuat mak ngah melaung tanpa reaksi. Wajahnya mendatar saja sekaligus menghantar isyarat yang dia tak suka akan kehadiran Naira di situ.
YOU ARE READING
Noktah Terakhir
RomanceRumah. Rumah adalah tempat untuk pulang. Tetapi rumah tak seharusnya adalah rumah. Kadangkala ianya hadir dalam sosok manusia. Bagi Naira Fareeha, rumahnya adalah keluarga. Keluarga lah tempatnya untuk pulang. Tak sehingga perpisahan menjadi piliha...