Kedengaran bunyi tumit kasutnya berlaga dengan permukaan lantai marmar. Sesekali matanya mengerling ke arah cermin yang dia lalui. Love yourself lah katakan. Naira ukir senyuman bila matanya berlaga dengan anak mata seseorang.
"Ibu..." Naira menyapa seraya melabuhkan duduk di hadapan wanita itu.
Puan Kalsom mengangguk kecil. Wajahnya tak terukir senyuman. Tegang saja.
"Abah kau mana?" Nada Puan Kalsom seakan tertahan tahan. Pasti ada sesuatu yang telah menjentik kemarahan wanita itu.
Naira mengeluh kecil. Sejak ibu bapanya berpisah beberapa tahun yang lepas, begini lah keadaannya. Menjadi orang pengantara antara dua individu itu sudah tentulah dirinya. Segala amarah akan diberikan padanya seolah olah dia lah punca keretakkan rumah tangga pasangan itu.
"Abah balik kampung dengan mama." Naira larikan anak mata. Tak sanggup nak lihat reaksi itu.
"Perempuan tu lagi!" meja di hadapannya di hentak kecil. Mata Puan Kalsom menikam tajam tubuh anak gadisnya itu. Ada rasa tak puas hati yang tak dapat dia gambarkan dengan kata kata.
"Kau tak ikut pula? Bukan ke kau ni suka sangat dengan keluarga baru kau?" Puan Kalsom menyindir pedas. Lihat saja Naira, serasa hendak di telannya anak itu hidup hidup.
"Naira nak spend time dengan ibu." Naira capai tangan tua itu. Digenggam seketika sebelum tangannya ditolak kasar. Nafas disedut terasa beracun saat ini. Perlahan lahan menarik dayanya untuk terus bernafas.
"Tak perlu! Kau pergi lah ikut bapak kau! Dia kan banyak duit!" Puan Kalsom bangkit dari duduk. Nadanya juga sudah meninggi sehingga menarik perhatian beberapa pasang mata di situ.
"Ibu..." Naira ketap bibir. Rasa bersalah menyentak kalbu. Itu lah yang dia rasai selama beberapa tahun ini. Kehadirannya sering kali ditolak. Dia tak pernah memilih untuk tinggal bersama Encik Nazim, namun disebabkan dia masih terikat dengan pendidikan maka dia terpaksa untuk tinggal bersama lelaki itu atas faktor kewangan. Namun, lain pula tanggapan Puan Kalsom. Wanita itu beranggapan Naira menolak kehadirannya sebagai ibu. Malah, beranggapan bahawa Naira meletakkan kesalahan pada bahunya sendiri.
Melihat Puan Kalsom sudah mula menjauhinya, Naira keluarga sekeping wang not 50 ringgit. Diletakkan ke atas meja kemudian dia buka langkah mengejar langkah sang ibu.
"Ibu!"
Puan Kalsom berhenti melangkah. Bibirnya sudah naik sedikit. Sinis.
"Ini untuk ibu. Belanja ibu untuk bulan ni. Kalau tak cukup nanti ibu beritahu." Naira hulur kan sejumlah wang. Seribu. Mungkin cukup untuk wanita itu.
"Ni je? Syarikat bapak kau tu dah lingkup ke sampai ni je duit yang kau dapat bagi dekat aku?"
Naira ketap bibir. "Naira dah tak kerja dekat syarikat abah."
Serentak itu kepalanya terpaling ke kiri. Pedih rasa tamparan kuat di pipinya. Air mata Naira sudah bergenang di birai mata.
"Bodoh! Kau ni menyusahkan!" terus saja Naira ditinggalkan sendiri di situ. Sungguh dia marah. Jikalau Naira sudah tidak bekerja di bawah Encik Nazim maka hilanglah lubuk emas buatnya.
Naira mendonggak memandang pemergian ibunya. Ya, dia bodoh. Kata kan saja dia tak cerdik. Dia tak peduli. Dia sanggup berikan semua gajinya pada Puan Kalsom asalkan wanita itu mahu bertemu empat mata dengannya. Dia rindu. Sangat rindukan belaian wanita yang bergelar ibu buatnya. Namun kini dia lepaskan pekerjaannya. Dia sudah penat mendengar katakata dan momokkan orang yang menyatakan dia tak mampu berdiri dengan kaki sendiri. Yang menyatakan dia menggunakan cable untuk mendapatkan kelulusan dalam semua hal. Mungkin benar. Tapi dia juga berusaha untuk berada di posisi itu. Oleh sebab itu Naira lepaskan pekerjaannya di bawah naugan abahnya, biarlah dia mulakan perjalanan baharu dengan namanya sendiri.
YOU ARE READING
Noktah Terakhir
RomanceRumah. Rumah adalah tempat untuk pulang. Tetapi rumah tak seharusnya adalah rumah. Kadangkala ianya hadir dalam sosok manusia. Bagi Naira Fareeha, rumahnya adalah keluarga. Keluarga lah tempatnya untuk pulang. Tak sehingga perpisahan menjadi piliha...