Bab 5

25 7 2
                                    

Masuk hari ini dah tiga hari Naira bekerja di bawah Eiman. Alhamdulillah. Semuanya berjalan dengan lancar. Ada juga lah beberapa kali dia 'terciduk' bila ditengking oleh pengunjung di situ. Apa lagi berair lah mata dia sambil angguk angguk dengar nasihat dari Eiman. Dalam diam Naira simpan rasa kagum buat lelaki itu. Manakan tidak, Eiman di tempat kerja dan Eiman yang dia kenal sebelum ini memang jauh beza. Sangat sangat kontra.

Jikalau pada mulanya Naira rasakan Eiman seorang yang menyakitkan hati, suka menyibuk hal orang, mulut tak ada filter, tak tepati masa dan macam macam lagi aura negatif namun di tempat kerja Eiman bersikap sebaliknya. Eiman di tempat kerja sangat lah matang dan profesional dalam setiap hal. Mulut bisa? Tak ada langsung sebaliknya kata kata yang keluar dari mulut itu sangat lah berguna dan berilmu. Pendek kata Eiman kelihatan lebih berdedikasi dalam menggalas tanggungjawab dan amanah.

Naira mengerling ke jam tangannya. Dah masuk makan tengah hari. Dia menoleh memandang rakan sekerjanya, Jannah. Jannah ni dengar cerita tengah tunggu panggilan sambung belajar jadinya dia bekerja buat sementara waktu di sini. Ni lagi satu hal. Naira perasan kebanyakan pekerja Eiman tak punya kelulusan tinggi sepertinya. Bukan nak bangga diri atau menghina tapi dia ada dengar juga pekerja di sini duk puji puji Eiman. Kata mereka Eiman lebih memilih ambil pekerja tanpa kelulusan.

Katanya, kalau bukan orang orang macam dia nak beri peluang pada masyarakat yang tak punya kelulusan tinggi, lalu siapa yang hendak buka peluang dan cungkil bakat mereka? Kalau masyarakat tanpa latar belakang pendidikan yang baik tak di beri peluang, esok esok kes bunuh diri pasti saja meningkat. Tu belum selidik soal makan minum mereka. Entah entah dua tiga hari tak makan. Sebab apa? Sebab tak dapat kerja dalam mana mana komuniti masyarakat. Apa orang tak punya pendidikan tinggi tak layak kerja? Tak layak cari rezeki? Dah tiba masanya generasi kini hentikan adat 'yang kaya akan kekal kaya dan yang miskin terus kekal miskin.'

"Kak? Kak Naira?"

Terasa bahunya dicuit Naira kembali ke realiti. Jauh sungguh dia termenung.

"Ya, kenapa?" Naira ukir senyuman seraya tegakkan batang tubuhnya.

"Akak tak nak balik ke? Dah lunch."

Serentak itu mata Naira membulat. Ya Allah! Dia dah lewat.

"Eh! Yelah! Akak balik dulu Jannah."

Tergelak kecil Jannah melihat aksi kelam kabut Naira.

Buru buru Naira melangkah. Tangan pula bergerak mencari kunci kereta di dalam beg tangan miliknya. Ini lah rutinnya. Setiap hari dia akan masuk kerja awal pagi dan bila tengah hari dia akan pulang ke rumah untuk beri nenek makan. Usai beri nenek makan dia akan kembali bergegas ke resort untuk bekerja dan akan pulang pada pukul 7 malam. Begitu lah rutinnya sepanjang tiga hari ini.

Buk!

Dek kerana terlalu leka mencari kunci tak pasal pasal Naira dah langgar orang! Habis jatuh beg tangannya. Terkeluar segala mak nenek barang dalam tu.

"Maaf. Saya tak sengaja." Tak sempat nak pandang wajah gerangan yang dilanggar Naira lekas lekas menunduk mengutip barang barang miliknya. Hari ni kenapa malang sangat? Dia dah lewat, boleh pula rempuh orang.

"Kelam kabut sangat ni kenapa?"

Laju kepala Naira mendonggak memandang si pemilik suara.

Eiman. Lelaki itu berdiri tegak di hadapannya sekaligus menghalang cahaya matahari. Pendek kata Naira berada di bawah bayang bayang Eiman saat ini.

"Saya dah lambat. Nenek tak makan lagi." Tangan Naira main sauk je semua barang miliknya. Dah lambat!

"Mari aku hantar." Lihat Naira berdiri, Eiman pantas keluarkan arahan.

Noktah TerakhirWhere stories live. Discover now