Bab 6

25 7 1
                                    

Naira duduk memerhati sekeliling. Shift nya sudah habis hampir setengah jam yang lepas tetapi dia masih berada di sini bagi memenuhi keinginan Erma. Sejak seminggu yang lepas gadis itu menginap di resort, kesemua pekerja dikerah bagaikan buruh kasar. Entah apa agaknya dendam Erma pada mereka habis semua pekerja di situ menerima tengkingannya. Eiman? Naira pasti seratus peratus lelaki itu tak tahu menahu akan apa yang terjadi di sini. Dengar cerita, Eiman pulang ke ibu kota melawat ibunya yang sedang sakit. Mungkin hari ini lelaki itu akan kembali bekerja.

Naira tarik hujung cadar. Ditegangkan cadar itu hingga tiada satu pun kedutan kelihatan. Nak saja Naira marahkan Erma kerana memaksanya membersihkan bilik gadis itu. Namun, bila difikirkan semula arahan Eiman... lebih baik dia diamkan saja hal tersebut. Tugasnya hanya untuk datang bekerja, cukup bulan dapat gaji. Skop jadi tukang mengadu rasanya memang tak termasuk dalam skop kerjanya. Naira dapat teka yang Erma dan Eiman punya satu hubungan hingga Eiman tak teragak agak keluarkan arahan buat semua pekerja di resort tersebut.

Bunyi pintu ditolak kasar buatkan Naira berpaling memandang ke belakang. Ada kelibat Erma di situ. Di tangan gadis itu ada satu cawan plastik berisi minuman.

"Saya dah siapkan semuanya, Cik Erma."

"So?"

Sumpah jawapan Erma buatkan Naira naik darah! Dia sudah letih boleh pula gadis itu bersikap sebegini.

"Saya balik dulu." Naira buru buru melangkah keluar. Belum sempat dia capai tombol pintu sekali lagi suara sinis Erma kedengaran.

"You ni memang tak ada adab ke? Ada I suruh kau balik? Tak ada kan. So, stay!"

Naira kepal penumbuk. Terus saja dia berpaling kasar memandang wajah sinis gadis itu. "Saya tak ada adab? Cik bercakap dengan cermin ke? Ke kehidupan cik dah terbalik? Manusia macam cik ni lah yang saya gelar manusia tak beradab."

Senafas Naira membalas. Jangan dicabar emosi orang yang sudah lelah bekerja seharian. Lagi lagi kena berhadapan dengan manusia seperti Erma. Dah lah suruh orang buat bermacam kerja, tak reti berterima kasih pula tu. Apa gadis seperti Erma tak pernah masuk tadika? Tak pernah berlajar nilai nilai murni sewaktu berada di bangku sekolah? Kalau benar apa yang dikata... rasanya Erma kena daftar kelas pemulihan akhlak!

Mata Erma membulat. Dia tak menyangka gadis seperti Naira akan membidas kata katanya. Belum sempat dia menengking dia lihat Naira sudah melangkah keluar dari bilik. Terus saja dia melangkah mengejar langkah Naira. Bahu Naira ditarik kasar sehingga terpusing tubuh Naira menghadapnya.

"You lupa agaknya I siapa kat sini? You nak ke kalau I report hal ni kat Eiman? Silap hari bulan you ni kena pecat..." jari Erma menolak sedikit bahu Naira buatkan Naira terundur setapak.

Naira ukir senyuman sinis. Nafas yang dihela serasa beracun saat ini."Go on..."

Tak ada gentar dalam suaranya. Naira tayang wajah berani mati!

"Kurang ajar!" serentak itu cawan air ditangan disimbah ke arah Naira. Terundur Naira ke belakang. Terkejut dia dengan tindakan Erma. Wajah putihnya sudah memerah menahan rasa sejuk dari air tersebut. Ada jua ketulan ais yang sempat hinggap ke wajahnya. Perlahan lahan mata Naira turun memandang pakaiannya. Sudah kotor. Sudah comot dengan kesan air berwarna hijau itu.

"Cik ingat cik siapa nak layan saya macam ni? Cik ingat saya tak berani nak beritahu Encik Eiman tentang hal ni? Cik dah melampau!" Naira ketap bibir memandang wajah tak bersalah itu.

"Guess what?" Erma jongket kening.

"He's my boyfriend..."

Naira tersentak. Lagi terkejut bila dia lihat kelibat Eiman melangkah laju ke arah mereka.

Noktah TerakhirWhere stories live. Discover now