Bab 9

26 5 0
                                    

Menjelang tengah hari, kedua dua mereka sudah terpacak di hadapan satu rumah teres dua tingkat. Pagar tertutup rapat seolah olah tak berpenghuni namun ada satu kereta Honda Jazz di dalam garaj menandakan ada orang di dalam rumah.

"Nak aku teman?" Eiman menyoal ringkas sambil membetulkan postur tubuh. Rumah ibu Naira tak adalah jauh mana dari rumah keluarga Eiman, cuma dek kepenatan berhadapan dengan kesesakan lalu lintas buatkan Eiman rasa tulang belakang dia dah melentur macam udang.

Naira menoleh ke pintu pagar. Silih berganti dia memandang ke arah pagar rumah dan wajah Eiman yang setia menanti jawapan darinya. "Saya pergi sendiri." Akhirnya dia buat keputusan. Rasanya Eiman tak perlu menemaninya. Cukup baik lelaki itu menemaninya untuk sampai ke sini.

Tujuan dia datang pun sekadar hendak melepaskan rindu. Tak terlintas pun di benak fikirannya untuk berkongsi hal yang terjadi pada malam semalam. Jauh sekali. Memang selama dia membesar dia tak pernah berkongsi masalah dengan orang tuanya. Bila menginjak dewasa perkara itu pula sudah menjadi kebiasaan dan sebati dalam dirinya.

"Kalau macam tu aku tunggu kat sini." Eiman sandarkan tubuhnya sepenuhnya pada seat.

Naira tarik nafas sedikit panjang. Berdebar rasanya. Sekian lama tak bersua dengan ibu, hari ini dia akan jumpa ibu dan bukan atas sebab wang.

Keluar dari kereta Naira terus melangkah ke arah satu pagar kecil di hujung tembok yang membolehkannya untuk masuk ke dalam rumah.

Eiman pejam kelopak matanya buat seketika. Pagi tadi dia ada hubungi Encik Nazim untuk bertanyakan keadaan nenek. Bukannya dia tak nampak Naira yang sejak pagi tadi cuba menghubungi ayah sendiri namun panggilannya tak bersambut.

"Tolong hantar Naira balik rumah ibu dia. Uncle tak nak dia kembali ke kampung, kalau dia nak jenguk nenek pun uncle tak akan izinkan. Dah senang senang buat keputusan sendiri sampai sanggup tinggalkan nenek sorang sorang kat rumah, sekarang nak tunjuk muka pula." Eiman yang mendengar sudah disapa rasa kurang senang dengan statement yang Encik Nazim lontarkan. Sekali pun Naira melakukan kesilapan, Naira berhak mempertahankan diri dan mendapat kemaafan. Situasi sekarang seolah olah menghukum Naira dengan hukuman yang tak pasti.

"Tapi uncle, saya yakin Naira ada sebab sendiri kenapa dia terdesak untuk kerja." Walau Eiman sendiri tak tahu sebabnya dia tetap saja berusaha untuk mempertahankan Naira. Entah mengapa dia seakan akan dapat rasa pasti ada sebab mengapa semua ini terjadi.

"Apa pun sebabnya dia tak boleh bersikap pentingkan diri macam ni. Dia seolah olah.."

"Naira kemalangan beberapa hari lepas." Entah lah Eiman sendiri tak tahu kenapa ayat itu pula yang keluar di bibirnya.

"Huh? Kenapa cuai sangat? Apa yang ada dalam kepala otak dia sampai boleh kemalangan? Kalau tak buat masalah-"

"Dia tak beritahu uncle?"

Encik Nazim senyap tak membalas.

Eiman menggeleng kecil. Anak itu sikap dan dewasanya berbeza beza. Itulah realitinya.

Anak yang sering memendam semuanya sehingga dia menjadi sering beremosi dan berbicara kasar. Dilabel buruk padahal dia dibentuk sebegitu keras dengan kehidupan.

Ada pula yang hanya memendam. Diam. Simpan semuanya sendiri. Semuanya dibiarkan untuk terus bertarung dalam kepala sendiri. Mungkin saja kehidupannya mengajar bahawa tak semua orang mampu mendengar isi hatinya.

Dan untuk Naira, Eiman tak tahu apa yang ada di kepala Naira. Apa yang dia lihat Naira seakan akan tak diberi ruang untuk membela diri, semuanya menjadikan dia yang memikul kesalahan itu dan pada akhirnya hanya Naira yang perlu memahami dan mengerti hati semua orang tanpa sesiapa pun pedulikan apa yang dia rasa.

Noktah TerakhirWhere stories live. Discover now