Sesekali mata Eiman meliar memandang ke sekaliling. Telefon di tangan akhirnya di letakkan ke atas meja. Cawan air dihadapannya dibawa ke bibir. Dalam tak sedar dia lepaskan keluhan. Sudah beberapa hari berlalu sejak insiden Erma memarahinya, dan setelah itu Erma terus saja keluar dari resortnya. Tak ada pamit mahupun lambaian akhir, Erma terus saja bawa diri. Yang pasti jauh dari sosok Eiman. Mungkin bagi Erma, bayang Eiman pun dia tak mahu lihat.
Jauh di sudut hati, Eiman sendiri rasa tertampar dengan kata kata Erma. Dia tak pernah menyangka bahawa kehadirannya dalam hidup Erma pada akhirnya merosakkan kebahagiaan gadis itu. Akhirnya rasa sayang di hati, Eiman kuburkan saja. Benar, dia sangat sukakan Erma. Bahkan sudah bertahun berlalu, namun rasa itu masih ada. Masih sama. Malah semakin bercambah. Tapi memikirkan kebahagian Erma. Dia rela berundur. Apa gunanya jikalau dia memiliki Erma namun pada akhirnya Erma kekal terluka. Sia sia saja pada akhirnya. Kerana cinta itu bukan lagi soal memiliki tapi soal melepaskan. Jikalau melepaskan mampu buat orang yang dia sayang bebas dari derita, dia rela berkorban.
Jam tangan dikerling seketika. Jam sudah hampir menginjak pukul lapan malam. Eiman bangkit sambil tangannya ligat mengemas helaian kertas di atas meja. Entah buang tebiat apa dia hari ini, boleh pula dia buat ruang makan resort tu macam office.
Buka langkah meninggalkan kawasan itu, Eiman lihat kelibat Naira. Mungkin sedang bersiap siap untuk pulang ke rumah. Awalnya dia hendak hiraukan saja, seperti kebiasaan yang dia lakukan.
"Naira? Kau dah nak balik ke?" entah mengapa ringan pula mulut Eiman menyoal.
Naira berpaling sebelum mengangguk kecil. Tak sempat Eiman pandang wajah itu, Naira terus saja berpaling semula mencapai telefon miliknya.
Eiman pandang saja tingkah Naira yang seakan tergesa gesa. Hendak menyoal, takut pula dicop penyibuk. Namun rasa ingin tahu tu seolah olah menekannya untuk bertanya.
"Kau okay ke tak ni?"
Naira angkat wajah. Matanya sudah merah menahan tangis. Jemarinya sudah menggeletar sejak tadi. "Nenek..." kaki seolah olah tak mampu lagi menampung tubuh sendiri.
Eiman terkebil kebil. Kini baru dia dapat lihat riak wajah Naira dengan lebih jelas. "Kenapa dengan nenek?"
"Nenek... nenek jatuh kat tandas."
Membulat mata Eiman. Tak pasal pasal dia pun ikut gelabah sekali. "Ma... mari aku hantar kau balik..."
Naira menggeleng buatkan Eiman disapa rasa geram. Orang nak tolong ni dia boleh pula geleng geleng!
"Nenek bukan kat rumah..." dada rasa sesak. Dia takut. Sangat takut.
"Ha...habis tu?" serasa dapat meneka saja situasi kini.
"Dekat hospital. Abah bawa nenek ke sana..."
Eiman kelu. Entah mengapa memikirkan perkara yang mungkin akan berlaku sebentar lagi buatkan dia juga di serang rasa gelisah. Matanya naik memandang seraut wajah Naira. Muka itu sudah pucat seakan tak berdarah. Ada peluh dingin di dahi Naira. Mata... mata Naira jelas bergetar takut.
"Mari... aku hantar kau... aku tak rasa kau mampu drive dalam keadaan macam ni."
"Saya..." mata Naira sudah berkaca menahan rasa.
"Tak apa... aku..." Eiman katup seketika matanya. Nafas ditarik dalam.
"Aku ada untuk kau."
Entah benar atau tidak. Entah tulus atau dusta. Eiman sendiri tak mengerti mengapa ungkapan itu terluah di bibir.
***
Langkahnya laju seolah olah dikejar akan sesuatu. Lihat bayang encik Nazim yang duduk di salah satu kerusi menuggu, serta merta langkah Naira terhenti. Jemari sudah mengenggam erat sesama sendiri.
YOU ARE READING
Noktah Terakhir
RomanceRumah. Rumah adalah tempat untuk pulang. Tetapi rumah tak seharusnya adalah rumah. Kadangkala ianya hadir dalam sosok manusia. Bagi Naira Fareeha, rumahnya adalah keluarga. Keluarga lah tempatnya untuk pulang. Tak sehingga perpisahan menjadi piliha...