Sesudah isyak barulah Naira keluar dari biliknya. Bukan apa, dia cuma tak berada dalam mood yang baik jadi ada baiknya dia jauhkan dan diamkan diri daripada memburukkan situasi tegang itu. Kaki di bawa melangkah ke ruang tamu. Langit sudah gelap. Pintu dibuka dan serentak itu Naira dapat rasakan angin bertiup menyapa tubuhnya. Beralun rambutnya ditiup angin. Angin kampung ni lain sikit. Seolah olah setiap tiupan angin tu membawa seribu ketenangan buat diri.
Naira pejam mata menikmati angin itu. Fikirannya cuba ditenangkan. Teringat akan email yang dia baru terima sebentar tadi terus saja bibirnya melepaskan keluhan. Berat hati hendak menolak jawatan yang ditawarkan dalam satu syarikat telekomunikasi itu. Jawatan yang sangat bersesuai dengan kelulusan yang dia miliki. Namun, semuanya seakan akan punya batu penghalang dengan arahan dan pujuk rayu dari abah petang tadi.
Tak sedar ada air mata yang mengalir hingga ke rahangnya. Murahnya air mata ini.
"Naira..."
Paling kepala, Naira lihat Puan Kalsom berdiri dibelakangnya dengan senyuman. Lekas lekas air matanya diseka. Tak boleh. Orang tak boleh lihat air matanya. Walau seteruk apa pun rasa yang sedang berperang dalam diri jangan pernah biarkan orang lihat air mata dengan mudah.
"Mari makan. Mama temankan." Bahu Naira diusap mesra. Dia tahu Naira menangis tapi dia juga tahu Naira benci bila orang tahu dia sedang menangis.
Hendak menolak, Naira tak sampai hati pula. Hendak menurut, dia sedang tak ada selera nak makan. Nak tak nak dia anggukkan jua kepala buatkan Puan Umairah ukir senyuman kecil.
Tiba di meja makan, Naira rasa lututnya hendak tercabut. Kedinginan seisi meja buatkan dia kunci bibir. Di meja makan ada abah, nenek, Hariz dan...
Eiman!
Siapa sebenarnya lelaki itu? Mengapa dia masih ada di sini?
Berbagai soalan berpusu pusu menerjah kotak minda Naira. Namun dia diamkan saja hal itu. Tak mahu kupas lebih panjang. Lagi pula... Eiman bukan sesiapa buatnya.
"Duduk Naira." Leka melamun, akhirnya bahu Naira tersentak bila namanya di seru oleh Encik Nazim.
Laju kepalanya mengangguk. Tak membantah terus dia tarik satu kerusi di samping nenek. Toleh ke sebelah kiri...
Erk!
Wajah lelaki tak mesra manusia tu pula menyapa matanya. Macam mana boleh salah pilih seat pula ni? Kenapalah mata ni asyik nak pandang saja si Eiman ni? Tak faham betul!
Serasa bahunya ditolak Naira menoleh memandang nenek di sampingnya. Dia lihat nenek dekatkan bibir ke telinga Naira. "Tengok Eiman tu kenapa? Makan ler... tengok dia tu tak buat perut kenyang."
Naira ukir senyuman lucu mendengar suara lembut nenek. Kepalanya menggeleng kecil. Nenek dah nak nyanyuk jadi suara itu sesekali tenggelam tak kedengaran.
"Naira kenalkan, ni Eiman. Eiman Ibtisam nama dia."
Naira mengangguk saja. Tak berminat nak tahu pun. Diam saja Naira meneguk air di dalam gelas. Sebenarnya malas hendak timbulkan sebarang isu di hadapan tetamu lebih lebih lagi di hadapan rezeki.
"Esok kami dah nak balik, Naira akan tinggal sini untuk jagakan mak. Mak okay kan?" suara Encik Nazim bergema memecah kesunyian di meja makan.
Naira hanya senyap tak membalas. Dia tahu walau apa pun keputusannya, suaranya tak akan pernah di dengar. Jadi lebih baik dia diam saja. Malas nak bazir tenaga berbalah pada perkara yang tentu saja kekalahan akan memihak padanya.
"Naira?" nenek berpaling ke sebelah. Wajah Naira dipandang seketika.
"Buat apa nak jaga aku? Eiman ni ada. Dia boleh jaga aku. Kan Eiman?" Nenek pandang pula Eiman. Serentak itu Eiman mendonggak dengan senyuman. Terserlah lekuk dalam di pipi kirinya.
YOU ARE READING
Noktah Terakhir
RomanceRumah. Rumah adalah tempat untuk pulang. Tetapi rumah tak seharusnya adalah rumah. Kadangkala ianya hadir dalam sosok manusia. Bagi Naira Fareeha, rumahnya adalah keluarga. Keluarga lah tempatnya untuk pulang. Tak sehingga perpisahan menjadi piliha...