PROLOG

22 3 0
                                    

"JADI, terima ke?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"JADI, terima ke?"

Syafinaz menghela nafas panjang. Wajah teruja ibu bapanya dipandang sekilas sebelum menggeleng.

"Syaf tak nak dia." Sepatah kata dari ulas bibir Syafinaz membuat bahu ibu bapanya jatuh, kecewa dengan penerimaan Syafinaz.

"Takkan tak mahu kenal langsung?" soal Puan Mariam tidak puas hati. Mana tidaknya, sudah enam calon mereka kenalkan kepada Syafinaz namun ditolak mentah-mentah oleh anak daranya itu.

"Ibu, Syaf kan dah kata Syaf tak ready mahu bercinta lagi. Ibu tak ingat ke apa yang dulu si Aidit tu buat dekat Syaf?" Syafinaz mencebik bibir sembari bersandar ke sofa ruang tamu.

"Syafinaz, dah enam orang lelaki tau ayah dan ibu carikan untuk kamu. Tak ada langsung yang berkenan ke? Sampai bila nak jadi macam ni? Ibu dan ayah buat begini supaya awak bangkit dari kisah lama tu."

Syafinaz pandang Encik Hambali sekilas. Jujur kata, dia muak dengan apa yang ibu dan ayahnya lakukan. "Syaf tak mintak pun ibu dan ayah buat macam ni kan? Lagipun, sebab Syaf dah bangkitlah Syaf langsung tak fikir pasal cinta lagi dah."

Encik Hambali siku lengan isterinya cuba meminta pertolongan apabila kata-katanya dibidas Syafinaz.

"Syaf, awak tu anak bongsu tau. Kakak dan abang awak semua dah kahwin. Kami cuma harap sebelum kami tutup mata kami dapat tengok awak naik pelamin. Cubalah kenal dulu dengan orang-orang yang kami kenalkan ni. Sampai bila awak nak jadi begini?"

Panjang lebar syarahan Puan Mariam menyebabkan Syafinaz pejam mata seketika. Ada benarnya apa yang dikatakan ibu bapanya. Sampai bila dia mahu hidup begini? Menutup diri daripada lelaki lain hanya kerana seorang lelaki yang langsung tak patut untuk ditangisi.

"Okaylah, Syaf cuba untuk terima. Tapi, kalau Syaf tak boleh terima, Syaf minta maaf. Cinta tu kan tak boleh dipaksa."

"Tapi cinta boleh dipupuk!" Encik Hambali sudah tersengih apabila mendapat persetujuan daripada Syafinaz. Lantas sekeping gambar diambil dari fail yang bertanda 'calon suami untuk Marlia Syafinaz'. Nampak tak betapa effortnya Encik Hambali mahu anak dara bongsunya ini kembali mengharap cinta.

"Bakal askar? Hell no! Red flag. Saya tak nak kenal dengan dia!" Gambar itu ditolak semula ke arah ayahnya.

Askar? Oh, tolonglah! Profesion itu sudah dipangkah awal-awal dari daftar ciri-ciri lelaki idamannya. Sudah banyak cerita tentang kes kecurangan askar dia dengar. Terima kasih kepada sahabat-sahabatnya yang sentiasa menceritakan kes curang askar kepadanya hampir setiap hari. Akibatnya, dia sendiri jadi trauma dengan askar apatah lagi dia dulu pernah dikecewakan oleh askar juga.

"Cubalah kenal dengan dia dulu. Orang kata tak kenal maka tak cinta."

Syafinaz garu kepala. Dia pandang gambar yang dihulur Encik Hambali tadi. Ada rasa serba salah mahu menerimanya kerana lelaki itu langsung tiada ciri-ciri lelaki idamannya tetapi dia juga sudah penat mahu pergi blind date dengan calon pilihan ibu bapanya.

Tapi kalau terima, bagaimana pula dengan perasaannya?

"Tak mahu ke Syaf?" tanya Puan Mariam.

Syafinaz terdiam agak lama sebelum angkat muka. "Ini calon terakhir dan Syaf tak mahu kenal orang lain dah lepas ni. Boleh?"

Encik Hambali dan Puan Mariam saling berpandangan. Agak berat permintaan anak mereka itu kerana masih ada lebih kurang lima orang lagi calon yang mereka tak pernah kenalkan kepada Syafinaz. Tapi mungkin calon yang ketujuh ini sesuai dengan Syafinaz. Siapa tahu, kan?

"Okay, ini calon terakhir dan lepas ni ibu dan ayah takkan kenalkan sesiapa lagi untuk awak," setuju mereka berdua dengan Syafinaz. Syafinaz diam namun hanya senyum lega mendengarnya.

Jadi, calon ketujuh ini bakal askar ya?

Jadi, calon ketujuh ini bakal askar ya?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Bukan Pujaan Hati [ON-GOING]Where stories live. Discover now