BAB 02

10 3 0
                                    

"UISH, bijak betul bakal laki kau tu eh? Kau nak kelentong dia, tapi lepas tu dia yang kelentong kau balik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"UISH, bijak betul bakal laki kau tu eh? Kau nak kelentong dia, tapi lepas tu dia yang kelentong kau balik."

Satu cubitan dihadiahkan kepada Nadya, pakej sekali dengan jelingan tajam. Tak habis-habis mahu mengusik dia tentang calon ketujuhnya itu.

"Kau diam boleh tak? Serabutlah aku jadinya. Belum lagi nak kena jumpa mamat tu lagi. Aku ni malas tahu tak nak kena pergi kafe tu." Pen tak bersalah yang sedari tadi digunakan dicampak ke tepi. Tak puas dengan itu, Syafinaz melipat pula tepi tudungnya. Sekali imbas sudah macam gaya ustazah zaman dulu-dulu yang sedang marah jika kau tak dapat jawab soalan tajwid.

Nadya tergelak kecil. Geli hati tengok kelakuan Syafinaz. Padahal bukannya jauh sangat kafe dengan ruang kerja mereka. "Eleh, cakap jelah malas. Bukan baru semalam aku kenal kau ni."

"Haa, tahu pun! Ikut hati aku, nak je aku tinggalkan telefon mamat ni di restoran hari tu. Tapi nanti kalau hilang, tak pasal-pasal dia tuntut sampai kiamat pulak."

"Tapi kau tak buat pun, kan?"

"Sebab aku malas nak meleretkan masalah. Dia ni pun dah jadi satu masalah untuk aku sekarang."

Sekali lagi Nadya tertawa. Alahai, benci betul Syafinaz dengan si Ayden. "Kenapa kau benci sangat dengan dia? Aku tengok tak ada cela pun si Ayden tu. Jangan kata kau masih teringat dekat Aidit burung kedidit tu eh?"

"Mana ada aku teringat dia. Aku cuma trauma je. Kau pun jadi saksi kecurangan si burung kedidit tu, kan? Buat apa nak ingat balik mamat tak guna tu? Pasal Ayden pulak, aku takut kalau dia sama je dengan Aidit. Aku tak kuat nak lawan trauma aku untuk kali kedua, Nadya...."

Nadya kulum bibir, terdiam sebentar kerana kata-kata Syafinaz. Dia sedar bukan senang sahabat baiknya itu mahu bangkit daripada kisah cinta yang menyakitkan itu tapi sampai bila?

"Sampai bila kau nak jadi macam ni, Pina? Bukan satu dua tau orang yang keluarga kau kenalkan, lebih daripada lima! Cubalah buka mata dan hati tu sikit. Hargai apa yang mereka dah buat untuk kau. Zaman sekarang ni bukan senang nak cari lelaki yang baik." Syafinaz juling mata ke atas. Senang saja dia berkata. Dia tak merasa bolehlah kata begitu.

"Bukan senang nak cari lelaki yang baik kan kau kata? Memang! Memang tak senang nak cari lelaki yang baik sekarang. Sebab tu aku tak nak terima mereka tu semua. Entah-entah, si askar tu pun sama je perangai dengan burung kedidit tu."

Nadya hembus nafas panjang. Fail yang berada di tangannya di letak ke atas meja lalu dia berpeluk tubuh memandang Syafinaz. "Tak kenal maka tak cinta. Jadi, tunggu apa lagi? Pergi jumpa si askar kau sana! Dah pukul berapa ni? Nanti keras pulak punggung bakal laki kau tu!"

Lengan Syafinaz segera ditarik sebelum tubuhnya ditolak-tolak keluar dari ruang kerja mereka oleh Nadya. "Janganlah tolak aku! Sakitlah! Aku tengah tak ada mood tau nak jumpa dia sekarang ni. Dengan panas lagi. Tak nak!"

"Eh, panas tu sebab Tuhan tau. Kau nak marah Tuhan ke apa? Dah, cepat berhambus! Aku malas nak tengok muka kau lama-lama."

"Ish, perempuan ni kang! Nasib kawan jelah! Kalau tak memang dah kena cucuk kepala dia tu."

Nak tak nak, terpaksa jugalah Syafinaz atur langkah menuju ke kafe. Telefon dalam genggaman hanya direnung tajam. Dia hela nafas kuat lantas mula melangkah.

 Dia hela nafas kuat lantas mula melangkah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"SAYA fikir awak tak datang."

"Kan saya dah datang sekarang ni. Awak nak apa lagi?"

Ayden angkat kening, kurang menyenangi tingkah laku Syafinaz yang dirasakan agak biadap. "Saya minta maaf kalau saya dah susahkan awak," tutur Ayden.

"Ha, apa-apa jelah. Dah kan? Saya nak sambung kerja saya balik. Awak pun bolehlah pergi balik sana," halau Syafinaz secara terhormat, rasanya.

"Tunggu kejap! Kita macam mana?"

Syafinaz kerut dahi. Dia berpeluk tubuh dan konyak senyum sinis. "Sejak bila ada 'kita' antara saya dan awak? Awak dah dapat telefon awak, kan? Awak nak apa lagi? Pergilah balik!"

"Saya nak awak!"

Ucapan Ayden membuat mata Syafinaz membulat. Mujurlah tiada orang di sekeliling mereka, jadi dia tidaklah malu sangat.

"Apa benda awak ni? Sebelum saya suruh guard halau awak, baik awak berhambus dari sini secara bermaruah. Saya tak nak jumpa awak lagi dah."

"Tapi saya tetap nak jumpa awak lagi! Awak kata antara saya dan awak belum ada 'kita' lagi, kan? Apa kata awak dan saya wujudkan istilah 'kita' tu?"

Kali ini Syafinaz sudah hilang sabar. Ikut hati, mahu saja dia siram kepala Ayden dengan air di dalam cawan milik entah siapa yang kebetulan dekat dengan mereka namun dia lebih memikirkan air mukanya.

"Antara saya dan awak, takkan pernah wujud 'kita'! Tolong balik sebelum saya mengamuk, Ayden. Cukup dua kali saja saya jumpa awak, saya tak mahu panjangkan lagi perkara ni. Tolong balik, saya merayu sangat-sangat kepada awak. Calon saya sebelum ni pun hanya jumpa saya sekali saja. Jadi, tolonglah faham!"

Tidak dapat tidak, Ayden mulai rasa kasihan melihat wajah merah amarah Syafinaz. Dia juga rasa bersalah kerana memaksa Syafinaz sedang hati dia tak mahu melanjutkan hubungan itu ke peringkat seterusnya.

"Alia, saya minta maaf kerana paksa awak begini. Saya betul-betul ikhlas mahu berkenalan dengan awak. Jujur saya kata, saya dah terpikat dengan awak sejak pertama kali saya jumpa awak semasa hari raya tahun lepas di rumah awak. Tak banyak saya minta, saya hanya mahu berkawan dengan awak saja dulu. Kalau antara kita memang tak boleh dipaksa, saya ikhlas tapi saya mohon untuk berkawan saja dulu."

Syafinaz hela nafas kuat. Alahai, tak faham bahasa betul mamat ni! Dan apa dia panggil Syafinaz tadi? Alia? Tak pernah lagi ada orang dalam dunia ini yang panggil dia Alia. Memandai saja dia panggil Alia. Nama dia Marlia, bukan Alia!

"Awak tetap nak berkawan tu bukan namanya memaksa ke? Saya cakap tak nak, tak naklah! Pergi baliklah!"

Tak tunggu lama, Syafinaz terus atur langkah meninggalkan Ayden. Makin lama dia di situ, makin berasap otaknya kerana berdepan dengan orang yang tak faham bahasa melayu.

Ayden lepas keluh. Susah benar Syafinaz mahu beri dia peluang. "Aduh, apa aku nak buat sekarang ni? Aku betul-betul dah tertarik dengan dia kut!"

Dia lihat jam sekilas lantas hela nafas. Untuk kali ini, dia mengalah. Tapi di lain hari, dia tak janji.

Bukan Pujaan Hati [ON-GOING]Where stories live. Discover now