BAB 03

9 3 0
                                    

LAMA matanya memandang gerak-geri anak daranya sebelum dia kalih kepala ke arah isterinya pula

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

LAMA matanya memandang gerak-geri anak daranya sebelum dia kalih kepala ke arah isterinya pula. Faham dengan lirikan mata suaminya, Puan Mariam cuba bersuara. "Dia okay ke Syaf?"

Syafinaz kerut dahi. Suapannya dihentikan dan matanya melihat wajah ibu bapanya yang penuh harapan itu. "Siapa dia?" soal Syafinaz bingung.

"Siapa lagi, Aydenlah! Dia okay tak?" Pertanyaan Puan Mariam diulang semula oleh Encik Hambali.

"Kan Syaf dah kata yang Syaf tak nak terima dia. Kenapa ibu dan ayah tanya lagi pasal benda ni?" Syafinaz mula rasa tak selesa. Sudahlah dia sedang sedap makan, ditanya pula tentang hal lelaki yang sangat menyakitkan hati itu. Mana tak angin Syafinaz jadinya.

"Syaf...." Meleret saja panggilan daripada kakaknya, Malisa Syahirah yang sedang duduk di hadapan Syafinaz. Ayat Syafinaz tadi dirasakan agak keterlaluan untuk dituju kepada ibu dan ayah mereka.

"Ibu dan ayah yang desak Syaf! Syaf dah cakap awal-awal yang Syaf takkan terima askar sebagai suami Syaf, tapi apa yang ibu ayah beri? Kita dah janji yang selepas ni tak akan ada lagi isu pasal calon suami Syaf tapi kenapa ibu dan ayah tetap nak cakap tentang ni? Syaf tengah makan tahu tak? Kenapa tergamak nak bantutkan selera Syaf, hah?"

"Marlia Syafinaz! Apahal kurang ajar sangat ni? Kau fikir tanpa ibu dan ayah, kau boleh jumpa lelaki yang bagus ke? Dengan perangai kau yang menguji keimanan ni, aku tak rasa kau akan kahwin sampai bila-bila." Syafinaz renung tajam ke arah Maliq Syahmi, abang sulungnya. Garang benar ton suara yang Syahmi gunakan tapi dia fikir dengan suara garang macam itu Syafinaz akan takut?

"Siapa kata aku nak kahwin? Ibu dan ayah je yang sibuk suruh aku kahwin! Aku tak bersedia dan takkan pernah bersedia untuk berkahwin!" Syafinaz segera bangkit dan membasuh tangan sebelum mengambil tas tangan yang berada di ruang tamu untuk pulang ke rumahnya. Seleranya langsung mati kerana perkara itu sedangkan perutnya masih lagi berkeroncong hebat.

"Nanti dulu, Marlia Syafinaz!" 

Langkah Syafinaz mati namun dia sedikit pun tidak toleh ke belakang. Sakit di hati masih terasa dan dia benar-benar hampir hilang rasa hormat terhadap keluarganya itu. 

"Apa lagi? Nak sakitkan hati Syaf lagi ke?" Lirih nada suaranya melontar kata.

"Ayah tak kira kamu setuju atau tidak, ayah akan tetap nikahkan kamu dengan Ayden Lutfi. Keluarga dia juga dah hantar pinangan tempoh hari dan ayah dah terima."

"Ayah!"

Seluruh keluarga Syafinaz terkejut. Mereka saling berpandangan antara satu sama lain kerana tidak mengerti jalan fikiran Encik Hambali. Wajah Syafinaz pula sudah mula lencun dek kerana air mata. 

Syafinaz rasa terpukul. Dia rasa telah dikhianati oleh ayahnya sendiri. Tidak tahukah ayahnya betapa dia berjuang mahu melupakan masa lalunya yang merupakan seorang askar dahulu? Trauma takkan pernah berakhir, itu yang sentiasa berlegar dalam fikiran Syafinaz. Cukup sekali dia dikecewakan, dia tak mahu pisang berbuah dua kali.

Nyata, ayahnya sendiri kembali menoreh luka di parut lama. Syafinaz tentang wajah ayahnya yang masih merenung dia tanpa Syafinaz faham erti renungan itu.

"Sampainya hati ayah buat Syaf begini.... Syaf ni bukan anak ayah lagi ke? Syaf berjuang untuk lupakan Aidit dan sekarang ayah sendiri yang tetap berkeras nak Syaf kahwin dengan lelaki yang Syaf langsung tak kenal tu? Kenapa ayah? Kenapa?! Syaf putus dengan Aidit dulu pun semua sebab ayah! Ayah tak faham apa yang Syaf rasa dan hadapi oleh seba tu ayah tak ada hak nak atur hidup Syaf macam ni. Syaf dah besar dan Syaf patutnya boleh pilih dengan siapa Syaf akan hidup nanti. Tapi, kenapa ayah langsung tak bagi Syaf peluang untuk memilih...?"

Encik Hambali diam tak membalas. Di sudut hatinya hanya Tuhan saja yang tahu betapa dia terluka melihat air mata yang membasahi wajah anak gadis bongsunya itu. Tak pernah dia lupa walau sesaat kesedihan yang dialami oleh Syafinaz ketika dicurangi Aidit dahulu tetapi apa yang dia lakukan ini ada sebab tersendiri. Isteri dan anak-anaknya tidak boleh tahu mengapa dia lakukan perkara ini terhadap Syafinaz.

"Ikut suka ayahlah nak buat apa. Syaf dah penat nak cakap apa-apa. Lagipun, apa yang keluar dari mulut Syaf ni tetap akan ditentang ayah, kan? Suka hatilah nak buat apa pun. Syaf dah penat dan Syaf kecewa dengan ayah. Syaf balik dulu, assalamualaikum."

Mereka berempat hanya memandang sepi pemergian Syafinaz. Puan Mariam mampir ke arah suaminya lantas lengan Encik Hambali diusap perlahan. "Apa yang abang dah buat ni? Saya tahu apa yang keluar dari mulut abang tu dusta belaka semuanya. Kenapa, bang?" soal Puan Mariam, lembut nadanya.

"Syirah pun tak faham apa yang ayah buat. Kenapa ayah buat begitu? Ayah tak sayang Syaf lagi ke?" Syahmi siku lengan adiknya dan menggeleng tanda supaya Syahirah tidak bertanya apa-apa lagi sedang dalam hatinya turut hairan dengan apa yang berlaku.

Mulut Encik Hambali hanya terkunci. Dia geleng perlahan dan atur langkah mendaki tangga. Belum waktunya lagi untuk keluarganya tahu kebenaran itu.


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


AIR mata semakin lebat menuruni tubir matanya. Stereng keretanya pula dipukul berkali-kali, cuba melepas rasa sakit yang dirasa dalam hati. Betapa kecewanya dia mendengar keputusan ayahnya tak lama tadi. Sudah hilangkah rasa sayang dalam diri ayahnya sehingga membuat keputusan secara sepihak begini? 

"Aku benci ayah...." Nada suaranya makin lirih. Tubuhnya benar-benar lemah dan matanya juga sudah separuh bengkak kerana hampir satu jam dia menangis meratapi nasib di tempat parking kereta yang sunyi ini. 

Botol air yang berada di tempat duduk penumpang dicapai sebelum beberapa tegukan meluncur masuk ke dalam kerongkong. Tak mahu dia pengsan di tengah jalan hanya kerana dehidrasi. Punca dehidrasi? Menangis sampai bengkak mata. Heh, sangatlah tidak elit ya.

"Mamat tu pun satu, aku dah tolak dia sampai halau dia hari tu pun masih lagi keras kepala. Eh, hati batu ke apa dia tu? Macam manalah aku nak hidup dengan dia nanti?"

Dahi ditepuk lantas kepala digeleng laju. Dah kenapa sampai ke situ kau fikir, Syafinaz?! Seolah-olah kau pun setuju nak kahwin dengan dia tahu tak?!

"Ish, sudahlah! Makin aku fikir, makin sakit hati aku. Lebih baik aku diam dan cari cara macam mana nak batalkan semua ni!" 

Tekadnya bulat. Syafinaz perlu kuatkan hati kerana dia tak mahu hidup dengan lelaki yang menyakitkan hati bernama Ayden Lutfi itu tapi sekarang ini dia perlu tidur sebelum kembali menempuh kehidupan yang sentiasa yang cari pasal dengan dia.

"Aku benci hidup aku sendiri...."

Bukan Pujaan Hati [ON-GOING]Where stories live. Discover now