BAB 09

4 1 0
                                    

"DIA dah balas belum mesej kamu, Syahmi?" Gelengan daripada anak lelaki sulungnya mengundang keluhan Encik Hambali

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"DIA dah balas belum mesej kamu, Syahmi?" Gelengan daripada anak lelaki sulungnya mengundang keluhan Encik Hambali. Dia toleh ke arah Puan Mariam, cuba meminta pendapat.

"Abang, abang yakin ke nak teruskan semua ni?" soal Puan Mariam. Hatinya seolah berkata ada sesuatu yang buruk telah berlaku kepada anak bongsunya itu.

Encik Hambali hanya diam membisu, seolah berfikir sesuatu. Jarinya pula dimainkan ke bibir cawan, cuba mencari idea.

"Petang ni kita pergi ke rumah dia. Kalau dia liat sangat, kita seret dia."

"Abang! Saya tak setuju awak buat macam tu dekat anak saya! Awak fikir Syafinaz tu apa sampai nak kena heret-heret?" Lontaran suara Puan Mariam semakin tinggi. Memang tidaklah dia mahu biarkan Encik Hambali buat begitu kepada anaknya.

Itu anak sendiri, bukan anak orang lain. Manusia, bukan haiwan. Haiwan pun tahu cara nak sayang anak, takkan manusia yang ada akal ini sanggup buat begitu kepada darah daging sendiri?

"Saya tak akan restu perkahwinan mereka jika begini permulaannya. Syafinaz berhak buat pilihan sendiri dan kita sebagai orang tua sepatutnya tak buat macam ni dekat dia, abang."

Encik Hambali angguk namun Puan Mariam tahu dalam hati suaminya sudah diamuk amarah. "Saya walinya dan awak tak boleh persoalkan apa yang saya buat. Saya tahu apa yang saya buat dan awak sebagai isteri perlu dengar cakap saya."

"Abang! Tak bermaksud awak tu suami awak boleh buat suka hati. Saya tetap tak setuju dengan awak pasal perkahwinan ni."

"Dan saya tetap akan jadi wali untuk perkahwinan ni. Tak ada siapa yang boleh batalkan perkahwinan, tidak awak, dan jugak sesiapa. Petang ni, ikut saya ke rumah Syafinaz." Usai itu, Encik Hambali atur langkah untuk ke bilik.

"Saya tetap- !"

"Jangan bantah cakap saya Mariam Safiyyah. Saya tahu apa yang saya buat."

Syahmi dan Syahirah saling berpandangan. Untuk pertama kalinya kedua ibu bapa mereka bergaduh seperti ini di hadapan mata mereka. Pelbagai persoalan bermain dalam minda mereka.

Kenapa ayah mereka terlalu berkeras mahu teruskan perkahwinan ini? Syafinaz tak mahu tapi tetap hendak diteruskan. Akan jadi seperti apa rumahtangga Syafinaz dan Ayden nanti jika hanya ada rasa terpaksa menyertai perkahwinan itu?

 Akan jadi seperti apa rumahtangga Syafinaz dan Ayden nanti jika hanya ada rasa terpaksa menyertai perkahwinan itu?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"DARI mana?"

Langkah Syafinaz dan Nadya membeku. Mereka terpaku melihat wajah garang Encik Hambali serta kehadiran Puan Mariam, Syahmi dan Syahirah.

"Apa kau orang buat dekat rumah Pina?" Syafinaz sudah mula rasa tak sedap hati. Dia baru saja keluar dari hospital tapi perlu hadap kejutan seperti ini.

"Kau tak angkat call abang semata-mata nak pergi shopping dengan betina ni?"

"Abang! Mulut tu kenapa jahat sangat?!" Sungguh tak percaya Syafinaz apabila dengar Syahmi melabel Nadya sebagai 'betina'. Itu sungguh keterlaluan!

"Apa? Betulkan apa yang aku cakap? Kau diam berhari-hari, buat kami risau, tak angkat call semua, aku ingat kau dah mati, tapi rupanya tengah berseronok dengan betina macam dia? Wah, senang hidup kau, kan?"

"Syahmi, sudah." Teguran Puan Mariam hanya mendapat cebikan daripada Syahmi. Dia tengah bersemangat mahu 'basuh' adiknya, ibunya pula menghalang.

Nadya tepuk belakang Syafinaz, mengatakan bahawa dia baik-baik saja walaupun dalam hati sudah bertimbun rasa amarah dengan panggilan Syahmi itu.

"Ayah datang sini untuk bawak kamu balik, Pina. Lusa dah majlis akad nikah kamu, tapi kamu masih nak jalan sana-sini. Kamu patutnya ada rasa tanggungjawab dengan majlis kamu nanti."

Syafinaz koyak senyum sinis. Dia di hospital pun tak ada siapa datang melawat. Dah berhari-hari dia berdiam baru nak datang jenguk dia? Dan sekarang sibuk kata tentang tanggungjawab?

"Tanggungjawab apa yang ayah cakap sekarang ni? Saya dah kata kan, saya tak mahu kahwin dengan dia dan kita dah bincang tentang ni dari awal lagi saya jumpa dengan jantan tu. Apahal semua orang sibuk paksa saya kahwin dengan dia? Dia buat apa hah sampai kau orang sibuk jadi hamba dia? Dia bayar ayah untuk jual saya, macam tu?"

Pang!

"Abang!"

Puan Mariam meluru ke arah Syafinaz yang sudah terduduk sambil memegang pipinya. Tak percaya bahawa suaminya sanggup menampar anak sendiri. Lagipun apa yang dikata oleh Syafinaz benar belaka.

"Aku tak ajar kau derhaka sampai macam ni sekali, Marlia Syafinaz! Kau memang dah melampau kali ni. Syahmi, angkat dia bawak masuk ke dalam kereta. Aku dah tak nak dengar apa-apa lagi. Aku dah penat!"

Tegang seketika keadaan apabila Encik Hambali membahasakan diri 'aku'. Boleh dibayangkan sebesar apa kemarahan Encik Hambali ketika ini.

Syahmi tak tunggu lama, dia angkat tubuh Syafinaz dan letak atas bahunya. Puan Mariam dan Syahirah sudah bingung, manakala Syafinaz sendiri sudah kalut dan memberontak setengah mati di atas bahu Syahmi.

"Tak, ayah jangan buat Pina macam ni! Pina mintak maaf tapi Pina tak nak kahwin dengan dia. Ayah, suruh abang lepaskan Pina! Ayah!"

"Abang! Kenapa buat macam ni? Syahmi, turunkan Syafinaz!"

Arahan Puan Mariam tak diendahkan. Syahirah pandang Nadya, mereka berdua tercengang namun Syahirah cepat-cepat atur langkah menuju ke kereta sambil menarik perlahan lengan Puan Mariam.

"Ya Allah...." Nadya meraup wajah, benar-benar tak percaya dengan apa yang berlaku. Dia pegang beg-beg kertas yang berada di tangannya, punca kemarahan Syahmi tadi.

Kebetulan hari ini mamanya melawat dia dan membawa beberapa hadiah untuk Nadya dan Syafinaz, bukan mereka yang pergi shopping tak ingat dunia seperti yang dituduh Syahmi tadi.

"Nadya."

Tubuh Nadya beku. Dia pusing ke belakang dan terkejut melihat figura Ayden di hadapannya dengan wajah merah, entah marah atau kesal.

"Saya tak tahu deal apa antara awak dan Uncle Hambali tapi saya sangat berharap itu bukanlah perkara yang boleh menjahati Syafinaz."

Ayden geleng perlahan. Dia tutup mata lantas kepala di dongak ke atas sebelum memandang Nadya semula.

"You know what, saya sendiri pun tak tahu kenapa uncle buat macam tu. Saya akui, saya memang dah jatuh suka dengan dia tapi bukan dengan paksaan saya mahu nikahi dia. Untuk beli dia daripada uncle jauh sekali niat saya."

"Dia ada masa lalu yang kelam, Ayden."

"Saya tahu. Tengok daripada matanya pun saya dah tahu ada sesuatu yang dia sembunyikan daripada saya."

Keluhan berat terlepas dari mulut Nadya. Serba salah dia jadinya. Sudahlah dia tadi juga kena amarah Syahmi. Sakit hatinya dengan panggilan lelaki itu.

"We need to talk, Nadya."

Nadya tersentak lantas angguk. "Okay," berserta senyuman pahit dia berikan kepada Ayden.

TBC.

Bukan Pujaan Hati [ON-GOING]Where stories live. Discover now