Ellvera Royal HQ
"Tuan,saya dah nak bilik.Tuan ada nak coffee atau apa-apa? saya boleh buatkan." Tanya Alisa
Setelah pintu pejabat itu diketuk dan dibuka dari luar,kemudian berjalan perlahan meletakkan beberapa dokumen penting diatas meja.
Terlihat "Tuannya" itu sedang sibuk merenung skrin komputer dihadapannya saat ni.Sunyi sepi tanpa suara.
Fokus.
"No thanks,terus balik je."balas Ezra pelahan,
sekilas menangkat pandangan dari komputer dihadapannya melihat setiausahanya Alisa.Alisa menggangguk faham dan berlalu keluar meninggalkan ruang pejabat itu.
Sudah jam 6.30 petang.
Tangan mula naik ke leher,diurut sedikit hilangkan lenguh dibahu.Tali leher mula dirungkai,lengan kemeja berwarna hitam yang kemas dari pagi diselingsing naik sedikit,menampakkan lengan kekarnya.Dua butang atas kemeja itu mula dibuka.Lemas.
Terasa harinya sungguh panjang dan melelahkan.
Bangun berdiri sambil kedua tangan menyeluk poket.Berjalan pelahan,menghampiri dinding kaca luas dihadapan.Jelas menampakkan bangunan-bangunan tinggi disekeliling dan lalu-lintas sibuk dibawah sana.Buatkan nafas beratnya tadi kembali tenang.
"chill la sikit,yang duduk dekat bawah sana ada yang lebih susah lagi.sabar sabar.bersyukur Ezra"
Begitulah kata hatinya setiap kali dia merasa terbeban dan kelelahan dengan tugasan seharian.
Seketika matanya ralit memerhatikan dan menghayati pemandangan.Hari yang kian gelap, menandakan siang bakal melabuhkan tirai.Perlahan kedengaran bunyi dari iphonenya,menandakan pesan masuk.
Lalu pantas tangan menyeluk poket,jari jemari mencapai telefon berkenaan laju jari meleret pada skrin.
Melihat pada pesanan yang baru diterima.
"she's your's,aku harap kau tunaikan janji.aku perlukan duit tu segera "-Hazril
Senyum sinis terbentuk sejenak melihatkan pesanan itu.
Sungguhlah manusia terdesak boleh hilang akal warasnya.
"Orang terdesak memang akalnya hilang.Buta mata hati sebab duit."bisik hatinya
"okey " balas Ezra ringkas.
Ting!
"01092888810 nombor telefon Izza "- Hazril
Pesanan baru diterima lagi,nombor telefon yang diterima itu dipandang sekilas.
Sambil perlahan menggelengkan kepala dengan senyuman sinis.
Terasa mudah benar urusan mereka berdua ini dimeteraikan.
Mahu menyimpan telefon,Namun terhenti.Otak mula terfikir ada baiknya segalanya diselesaikan segera.
Lantas jari jemari menaip pesanan ringkas ke nombor telefon yang diterima sebenar tadi.
"jumpa esok,location aku bagi kemudian."
seringkas itu pesanan Ezra dihantar.Baru kaki mahu melangkah.
"who? "- balas izza
"your future husband maybe?"balas Ezra.
"Salah nombor,sini rumah mayat "- Izza
Tersengih melihatkan pesanan dari si gadis itu.
Ezra agak,Izza sedang diamuk emosi tika ini.
Masih belum mampu terima kenyataan.
YOU ARE READING
EZRA RAFFAL 'S (E-BOOK SOON)
RomanceFIRST ❗ MATURE CONTENT 🔞 TRIGGER WARNING❗ 🦋 EZRA X IZZA 🦋 Bertunang dengan orang lain,tiba-tiba terkahwin dengan orang lain. Kerana terdesakkan hampir sejuta,Izza Adelia ditukar dari status tunang Hazril menjadi isterinya Ezra Raffal. "Kalau aku...