🦋 BAB 6 🦋

12.4K 452 6
                                    

Melihat biasan dicermin meja solek itu terlihat dirinya memakai pakaian serba putih,Rambut panjangnya diikat rapi dibalik selendang yang dililit kemas bertiara kecil diatas kepala.

Wajahnya disolek sederhana tampak cantik dan berseri.Namun sungguh saat ini dia merasa masih keliru dengan keputusan yang dibuat.

Seawal jam 7.30 pagi dia sudah bersiap-siap dan ditatarias oleh juru solek.Tangan dan jari jemari yang dihiasi inai merah terasa sejuk dan dingin.

Risau,takut dan gemuruh.

Jam 11 pagi.

"Kakak,jom keluar.pengantin lelaki dah sampai." panggil kak Nida saat menjenguk dari birai pintu biliknya itu bersama Ecah.

Perlahan bangun,kaki yang terasa sedikit menggigil diatur keluar diiringi oleh kak Nida dan si kecil Ecah berpegang tangan bersamanya.

"Acu antik angatt ari ni Mulutnya Ecah becok berceloteh.

Tersengih saja Izza melayan anak saudaranya itu.
Mahu menghilangkan gundah gulana dihati.

Dari jauh kelihatan seorang lelaki berpakaian putih sama sepertinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dari jauh kelihatan seorang lelaki berpakaian putih sama sepertinya.Diruang yang sama terlihat juga beberapa ahli keluarga lelaki itu turut sama hadir.

Duduk dilabuhkan perlahan.Sempat Matanya menatap mata hazel lelaki itu sekilas.Raut wajah Lelaki itu lain dimatanya ketika ini.

Jambangnya dicukur rapi,potongan rambutnya tampak lebih kemas disebalik songkok yang dipakai.

Seri pengantin jelas kelihatan.

Terlihat Ummi Diah menghampiri dan mula duduk bersebelahan Izza.Tangan wanita itu Izza capai lembut disalam dan dicium.

"kita mula ya." kedengaran suara Kadi memulakan majlis.

Dimulakan dengan baca doa ,khutbah nikah dan beberapa soalan-soalan asas agama.Semua soalan itu dijawab dengan baik dan lancar oleh Ezra.

Wajah tak nampak nervous langsung.

Seketika.

Dua tangan berjabat..

"Bismillahirrahmanirrahim Abah mula ya." suara Abahnya kedengaran.

"ya Abah." balas Ezra perlahan.

"Ezra Raffal Bin Azham."

"Saya." Ezra Mengangguk sedikit.

"Aku nikah akan kamu dengan anakku Izza Adelia Binti Mohd Isa dengan mas kahwinnya tiga puluh tiga ribu Ringgit tunai." Suara Abah kedengaran lembut dan bergetar menikahkan Izza.

Tubir matanya juga sedikit bergenang.

"Saya terima nikahnya Izza Adelia Binti Mohd Isa dengan mas Kahwinnya tiga puluh tiga ribu Ringgit tunai." dengan sekali lafaz yang lancar Ezra melafazkan akad nikah itu.

EZRA RAFFAL 'S  (E-BOOK SOON)Where stories live. Discover now