Jam 5.00 pagi.
Mata terpisat-pisat mahu dibuka bila kedengaran alarm dari iphonenya berbunyi.Perlahan-lahan mata dibuka bila rasa kantuk masih terasa.
Terasa seakan tangan membelit dipinggang,lalu tundukkan wajah melihat sekilas.
"tangan.tapi tangan siapa?bukan semalam aku tidur dekat bawah ke?macam mana boleh ada atas katil pulak ni?." bisik hati sendirian masih bingung.
Mamai baru bangun tidur.
Perlahan wajah dikalih melihat sekilas kebelakang.
Bukaan matanya membesar melihat lelaki itu.
Tersenyum gaya selalu.sinis dengan muka baru bangun tidur dengan rambut messy turun ke dahi.
"Hai morning,sedap kena peluk?." sapa Ezra dengan suara husky sambil sempat mencium dahi isterinya itu sekilas.sepantas.
Sepantas kilat juga Izza melompat bangun dari katil.
"Awak buat apa ni.suka betul ambil kesempatan." bentak dengan muka berkerut baru bangun tidur.
dengan rambut serabainya mengurai.nasib takda air liur basi."Mana ada ambil kesempatan.cium isteri sendiri takkan kena minta izin pulak?" balas Ezra selamba sambil bangun dan duduk dibirai katil meraup rambutnya kebelakang.
Mata Izza mencerlung tajam saat berbalas pandangan dengan Ezra yang masih tersenyum.
"kalau isteri orang lain,ye tak payah mintak izin.Tapi kita berdua bukan ramah sangat,sampai nak ada skinship macam tu."
Dah membebel pula makcik sorang ni pagi-pagi buta begini.
"Dah nak subuh ni.pergi mandi cepat,kalau tak nak aku mandikan kau.jangan nak bebel pagi-pagi macam ni Adelia." Kedengaran suara itu mengarah sambil mula bangun lalu menutup alarm dari telefonnya pula.
"ishh benci betol lah.taksuka." bentak Izza sambil berlalu ke bilik air.bengang.muka cemberut.
Padahal dari malam tadi suaminya itu
"Ambil kesempatan" dalam ketidurannya yang tak sedar diri,tetapi Izza itu yang tak sedar.hek🤭Tergaru kening sekejap melihat kerenah Isterinya itu.
Garang.
Pantas kaki Ezra berlalu keluar.
Mandi dibilik air di dapur.
Lima belas minit kemudian,diruang tamu mereka bertiga solat jemaah bersama.
Ezra menjadi imam.
Sewaktu lelaki itu membaca doa sesudah solat,Izza melihat belakang badan lelaki lama.
Panjang doanya.
Ya.. lelaki itu yang dia kenal secara tiba-tiba dan menjadi suaminya juga secara tiba-tiba.
Entah itu kebetulan atau itu takdir.
Izza merasakan bahawa lelaki itu orang yang tidak tahu apa-apa dan takkan berani mengimamkan dirinya dan Abah.
Tetapi Ezra sendiri yang minta izin dari Abahnya mahu menjadi imam solat mereka harini.
Salah telahannya terhadap lelaki itu.Bacaan dalam solatnya lancar dan suaranya merdu.
Izza kagum.
Selesai solat,lelaki itu bangun lalu bersalam dan memeluk Abahnya.Nampak rapat mereka berdua.
Abahnya juga begitu.Walaupun baru berapa hari lelaki itu masuk ke dalam keluarganya.Izza terharu melihat hubungan baik mereka itu.Tanpa paksaan dan pura-pura.
Perlahan Izza berinjak kehadapan.Bersalam,
memeluk,dan mencium pipi Abahnya sekilas seperti kebiasaan.
YOU ARE READING
EZRA RAFFAL 'S (E-BOOK SOON)
RomanceFIRST ❗ MATURE CONTENT 🔞 TRIGGER WARNING❗ 🦋 EZRA X IZZA 🦋 Bertunang dengan orang lain,tiba-tiba terkahwin dengan orang lain. Kerana terdesakkan hampir sejuta,Izza Adelia ditukar dari status tunang Hazril menjadi isterinya Ezra Raffal. "Kalau aku...