Diruang restoran makan laut itu kelihatan lenggang tidak ramai pelanggan.Duduk berbual dengan wajah serius keduanya.
"Company kau banyak masalah dan aku dah tolong tapi apa yang aku nak aku tak dapat.Janji kau macam mana ni Hamid?kau nak main dengan aku ?" ujar lelaki tua bermuka bengis dan bermata sepet itu.
"Tak tak,aku tak main dengan kau.Aku dah ganti balik semua duit yang kau labur.Jangan lupa itu.
Soal yang kau minta aku tak dapat tolong.Pasal perempuan tu,aku tak tahu.Dia dah hilang.kalau kau nak,kau pergi cari dan dapatkan sendiri." kedengaran Dato Hamid bersuara.Tan sri Albert itu kononnya mahu membantu menjadi pelabur dalam Syarikatnya.Sanggup berikan wang pelaburan yang banyak tetapi mahukan syer di syarikatnya dan mahukan sesuatu yang lain sebagai habuan.
Dasar tamak haloba.
"Kau memang lupa diri bila terlepas dari tersepit.Aku tak tahu apa yang anak Tan Sri Azham dah tawarkan pada kau.Tapi takpa,janji aku dapat duit aku balik.Pasal perempuan tu aku akan cari sendiri." balas lelaki tua bertongkat itu lagi.
Lalu bangun berdiri dan berlalu.
Tamat urusannya dengan lelaki itu.Apa yang dia ada sudah cukup dan terlebih.Dia tidak mahu punya masalah melibatkan hal remeh dengan lelaki itu lagi.cukup bisnes yang dia ada.
Soal perempuan,dia sudah punya banyak tapi masih terasa tidak cukup.Tamakkan perempuan.
"Heh!!,bodo punya orang tua dah tua tak sedar diri.
Mahu pucuk muda.Berdiri pun guna tongkat."guman Dato Hamid sendirian.Tak sedar dirinya pun sama.Skandal bersepah.
Mereka mahu bekerjasama tapi dua-dua punya kepentingan masing-masing.
Dua-dua pun tamak.
"Haz,muka kenapa ni?" Tanya Datin Haza bila melihat anaknya pulang dengan muka bengkak dan bibir pecah.
"Takda apa la.Papa mana?Haz nak cakap dengan papa." ujar Hazril menolak tangan mamanya perlahan dari memegang wajahnya.
Rimas.
"Ada dekat atas.Haz bergaduh dengan siapa ni? jangan cakap sebab Izza lagi.cukup la Haz,mama dah muak.Company kita dah makin membaik,stop cari perempuan tu lagi." ujar Datin Haza
Geram dengan anaknya itu.
"Mama memang fikir semua ni mudahkan.Senang untuk mama dan papa tapi susah untuk Haz.faham tak.bullshit la semua ni." Bentak Hazril berlalu ke atas mahu bertemu Papanya Dato Hamid.
"Haz!!..Haz mama belum habis cakap ni."panggil Datin Haza kuat.geram dengan Hazril kerana meninggi suara padanya.
Kaki Hazril diatur pantas,pintu mini ofis papanya dikuak kasar.
YOU ARE READING
EZRA RAFFAL 'S (E-BOOK SOON)
RomanceFIRST ❗ MATURE CONTENT 🔞 TRIGGER WARNING❗ 🦋 EZRA X IZZA 🦋 Bertunang dengan orang lain,tiba-tiba terkahwin dengan orang lain. Kerana terdesakkan hampir sejuta,Izza Adelia ditukar dari status tunang Hazril menjadi isterinya Ezra Raffal. "Kalau aku...