🦋 BAB 20 🦋

13.3K 323 14
                                    

"Uncle tak kira apa pun yang jadi uncle nak Haz bertanggungjawab pada Laila.Haz kena kahwin dengan Laila."

Nada Dato Mahmud kuat kedengaran memenuhi ruang tamu banglo tiga tingkat itu.

"Tapi Haz tak salah uncle,Haz tak cinta dan sayang dengan Laila macam mana Haz nak kahwin dengan dia."Ujar Hazril dingin.

"Masa kau sedap dengan anak aku,kau takda pula fikir pasal sayang.Aku tak kira,aku nak kau bertanggungjawab juga.Hamid kau kena bertanggungjawab dengan apa yang anak kau dah buat pada anak aku.Aku boleh tarik balik kerjasama syarikat kita kalau benda ni tak settle dalam masa terdekat.Kau jangan main dengan aku Hamid."

Kata Dato Mahmud mula mengugut.

"Mud,kita boleh bincang benda ni elok-elok.Takpa kau bagi aku masa.Biar aku pujuk Haz dulu.kau sabar,jangan libatkan masalah ini dengan syarikat Mud."Ujar Dato Hamid

Mula gentar bila hal syarikat mula dilibatkan.

"Baik.Aku bagi keluarga kau masa sebelum habis minggu ni sahaja untuk hal ni diselesaikan.Kalau tak,aku tamatkan kerjasama kita dan anak kau meringkuk dalam penjara.aku ada bukti cctv apa yang jadi malam tu.Aku tak kisah siapa yang salah.
aku cuma nak benda ni selesai." Balas Dato Mahmud dingin dan tegas.

"Baikk baik.Kau sabar.Jangan terburu-buru benda boleh bincang Mud." balas Dato Hamid sedikit gugup bila diugut berkaitan syarikat.

Selepas memberi amaran,Kelihatan Dato Mahmud mengatur langkah berlalu keluar dari banglo milik Dato Hamid itu.

Bukkkk!!!

"Kau dah buat apa lagi ni hah Hazril!!..kau memang anak tak guna la." tengking Dato Hamid bila kemarahannya memuncak.

"heyyyy,you buat apa?kenapa tumbuk anak sendiri.you dah gila ke hah!!"

Pekik Datin Haza,sambil memeluk anaknya.

"Aku tak kira kau kena bertanggungjawab dengan apa yang kau dah buat.kahwin hujung bulan ni juga.
takda perbincangan lagi Hazril." Tegas Dato Hamid

"Paa..papa tak boleh buat Haz macam ni pa.Tolong la Haz tak nak.Ma tolong Haz Ma,Haz taknak."

mula merayu dengan bibir berdarah akibat tumbukkan tadi.

Sambil memegang tangan Mamanya.

"Mama taktahu nak tolong macam mana lagi Haz.
Haz yang buat masalah ni.Kahwin dengan Laila itu je jalannya sekarang.Company kita baru nak pulih Haz,kalau dato Mahmud tarik kerjasama dengan kita susahla nanti.Haz faham kan?." pujuk Datin Haza.

"Tapi Haz tak nak kahwin dengan dia Ma."

Lemah suaranya saat ini.tersepit.

"Haz kahwin je dulu untuk tutup cerita ni.Lepas beberapa bulan kalau Haz rasa tak okey,ceraikan la Laila tu."

Mudah benar Datin Haza memberi cadangan.

Hazril meraup rambutnya kebelakang bila mendengar cadangan dari mamanya itu.

Kedengaran boleh diterima dan boleh dipertimbangkan.

"Kalau kau tak nak pun,kau kena bertanggungjawab Hazril,tak ingat apa Mahmud itu cakap tadi??kalau tak Kahwin,masuk la kau dalam penjara.peluk besi kat penjara tu,baru berakal sikit kau ni." ujar Dato Hamid kasar.

Mahu anaknya fikir sebaiknya.

"Baiklah kalau itu je jalan yang ada.Haz terima,tapi Haz tak janji Haz boleh layan perempuan itu baik-baik.Semua ni salah dia.kalau tak,takkan jadi macam ni."

Bercekak pinggang berdiri di ruang tamu itu sambil memandang kedua orang tuanya.

"Ye Mama faham,tapi Haz boleh cubakan.Dari dulu mama berkenaan dengan Laila tu,tapi tak sangka jadi macam sekarang pula keadaannya.Haz terima ya Laila jadi isteri Haz."pujuk Datin Haza lagi

"Lepas satu-satu je kau ni buat masalah.Orang suruh kenal-kenal kau pergi tidur dengan dia.Lepas dah kantoi tak nak bertanggungjawab pula."

Bebel Dato Hamid geram.

"Okey!okey! Haz salah sebab takdapat kawal diri.
Haz akan bertanggungjawab sebab Haz fikirkan company je sekarang." ujar Hazril malas bertegang urat lagi.

"Kalau dah setuju.Mama nak bincang dengan Datin Marin pasal majlis nanti.Mama taknak anak mama kahwin koboi je.Jadi kita akan buat majlis gilang gemilang lebih dari majlis tunang Haz dulu.Kali ini kahwin terus je senang." ujar Datin Haza

Mula merangka majlis kahwin anaknya itu.

"Tak payah majlis-majlis la mama,kahwin sebab terpaksa bukan rela hati,beriya nak majlis bagai ni."

Mula tidak berkenan dengan cadangan mamanya itu.

"Kau ingat anak Dato Mahmud itu lembu.Mesti la dia nak buat majlis juga walaupun korang kahwin tergesa-gesa macam ni.Ingat!!jangan nak malukan papa lagi." ugut Dato Hamid

Memberi amaran keras.

"kalau macam tu mama je buat semua ni,Haz taknak tahu.cukup Haz dah setuju yang lain mama uruskan sendiri dengan perempuan tu."

Malas mahu masuk campur lagi.

Mengatur langkah meninggalkan ruang tamu itu.

Mudah benar keluarga ini membuat keputusan.

Asal lepaskan diri dari masalah sudah cukup bagi mereka.

Masuk ke bilik,Hazril bercekak pinggang dan melepaskan keluhan berat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Masuk ke bilik,Hazril bercekak pinggang dan melepaskan keluhan berat.

"Apa kau dah buat ni Hazril,kalau macam ni keadaan sekarang makin jauh dan makin susah nak dapatkan Izza balik." gumam Hazril sendirian.

kaki diatur menuju ke birai katil,telefon dimeja dicapai perlahan skrin dileret.

Galeri gambar dibuka.Melihat gambar-gambarnya bersama Izza sewaktu dulu,berbagai reaksi dan mimik muka Izza digambar-gambar itu membuatkan dia terasa mahu meraung saat ni.

Rindu ini sungguh berat.

Terasa usahanya untuk dapatkan Izza berada di jalan mati.

Lalu jari dileretkan ke aplikasi WhatsApp pula,

mesej-mesej lama bersama wanita itu dibaca,

Terasa rindu akan suara itu pantas jari dibuka satu pesanan suara Izza pada suatu ketika dulu.

"Haz sayang,Izza harap Haz okey harini.have a nice day my fiancee.I love you and always taking care of yourself sayang."

Kedengaran suara lembut itu sahaja,matanya sudah kabur dek air mata.

Sungguh..dia benar rindukan wanita itu.

Rindu segalanya tentang wanita itu.

Rambut diraup kebelakang,dada terasa sesak saat ini.

"Apa kau dah buat ni Hazril." gumamnya sendirian.












p/s : tiber taktahu apa jadi.sis blur😌

EZRA RAFFAL 'S  (E-BOOK SOON)Where stories live. Discover now