Selepas Isyak,Abah dan Ezra duduk di dapur.Minum kopi sambil berbual berdua.
Izza pula sibuk berkemas mahu pulang esok siangnya.
"Abah,saya nk tanya sikit boleh?." Ujar Ezra mula bersuara.
"Tanya ajelah Ezra." jawab abah sambil mencicip kopi sedikit.
"Arwah Mak meninggal dah lama?sakit apa ya?." saja mahu berbasa-basi berbual.
Padahal dah tahu melalui Uzair tempoh hari,namun info itu tidak lengkap.
"Oh pasal Mak Izza.Ye jugak Abah tak sempat nak bercerita hal itu." perlahan suara Abah kedengaran.
"Arwah meninggal masa umur Izza 13 tahun,masih bersekolah waktu tu.Abah pun masih mengajar lagi."Mula dibuka kisah mengenai mak Izza.
Ezra cuma mendengar.Duduk disebelah bapa mertuanya itu.
"Arwah meninggal waktu mengandungkan adik Izza.Waktu tu kandungan sudah tujuh bulan.
Mungkin sebab dah lanjut usia ketika tu,kandungan arwah berisiko tinggi.Sebab sayang dan teringin ada anak lagi,arwah nak teruskan kandungan tu juga." sambung Abah lagi.Keluh berat dilepaskan.
Hiba hatinya terkenangkan wanita kesayangannya itu.
"Waktu tu arwah duduk dirumah sorang diri.Along baru je masuk universiti.Izza pula masih disekolah.
Arwah kena pre-eclampsia (sawan sebab darah tinggi waktu mengandung) sendirian dirumah.Bila Izza balik dari sekolah nampak Maknya terbaring kaku didapur.Taksempat nak selamatkan keduanya sebab lambat ke hospital.Sebab tu la dia sampai harini bahasakan dirinya "kakak" dan bagi nama Shahril tu pada nama kambing tu.Izza seronok sangat bila tahu mak dia mengandungkan baby lelaki siap dah carikan nama." Panjang bicara Abah.
Kenangkan arwah isterinya yang meninggal sendirian dirumah tanpa siapa tahu berapa jam dia terbaring didapur.
Masih ada kesal dihatinya bila kenangkan peristiwa itu.terasa dirinya lalai,meninggalkan isterinya sendirian di rumah.
Namun takdir Allah SWT,siapa dia mahu menyangkal.Sudah diaturkan jadi begitu.
Redha hatinya perlukan masa yang lama untuk melepaskan wanita itu pergi selama.
"Maaf Ezra tanya,buat Abah kenangkan arwah."
Ujar Ezra serba salah.Baru tahu kejadian yang sebenar dan asal nama Shahril itu.lega.patutla sayang sangat dengan kambing tu.
"Eh takpala Ezra.Biasa la kalau terkenang,Abah dah redha lama bila arwah pergi waktu mengandung dan bawa sekali anak ketiga Abah.cuma biasa la,
kadang-kadang abah rindu jugak.Izza tu la jadi tempat Abah lepaskan rasa rindu,wajah Izza saling tak tumpah dengan arwah." sambung Abah lagi."Lepas arwah meninggal,susah juga Izza nak terima.
Dia rapat dengan Maknya.Sedih tu lama baru hilang sampai abah hantar dia masuk ke asrama sebab nak biar dia sibuk dan tak terbayang Mak dia kat rumah ni.Bila dia balik jarang duduk didapur ni, mungkin sebab terbayangkan arwah sampai sekarang." keluh abah perlahan.Sambil menyambung lagi
"Sejak arwah takda memang berdikari Izza tu.Semua nak buat sendiri.Yelah sebab Abah dan Along lelaki jadi susah nak faham dia.Kadang-kadang dia tu lebih keras dari kita yang lelaki.Abah masih ingat waktu Izza baru posting dekat hospital dulu,berapa bulan kerja,dia balik kampung bawak moto,katanya cepat sampai kalau naik moto.Pening kepala Abah waktu tu.Risau.dia dah la kecil macam tu.Risau jadi apa-apa kat jalan.Bila Abah marah-marah,dia jual la moto tu kemudian beli kereta."Tersengih Abah kenangkan waktu itu.
YOU ARE READING
EZRA RAFFAL 'S (E-BOOK SOON)
RomanceFIRST ❗ MATURE CONTENT 🔞 TRIGGER WARNING❗ 🦋 EZRA X IZZA 🦋 Bertunang dengan orang lain,tiba-tiba terkahwin dengan orang lain. Kerana terdesakkan hampir sejuta,Izza Adelia ditukar dari status tunang Hazril menjadi isterinya Ezra Raffal. "Kalau aku...