Bab 12

24.2K 805 12
                                    

TELEFON berbunyi menandakan panggilan masuk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TELEFON berbunyi menandakan panggilan masuk. Tengku Adriel yang baru saja selesai mandi mengerling sekilas skrin telefonnya, melihat nama pemanggil terus dia mengangkat panggilan tersebut. Kaki melangkah ke balkoni biliknya.

"Tengku, saya dah dapat details maklumat tentang Dato Imran dengan lengkap. Tengku nak saya emailkan ke email Tengku"?

"No need. Bawa semua maklumat tu ke markas, dalam setengah jam macam tu aku sampai." ujar Tengku Adriel datar sambil memeluk tubuh. Terasa dingin malam meresap ke kulitnya kerana dia hanya memakai tuala yang dililit di pinggangnya sahaja.

"Noted Tengku."

Selepas mematikan panggilan, dia menghantar pesanan ringkas kepada rakan-rakannya pula.

-Malam ni jumpa tempat biasa-

Kaki melangkah masuk ke bilik wardrobenya. Tengku Adriel hanya mengenakan pakaian ringkas iaitu jeans hitam dan hoodie hitam disarung ke tubuh.

Keluar saja dari rumah, dia melangkah ke arah Ducati hitam miliknya. Kepala disarungkan helmet sebelum dia menghidupkan enjin. Lalu motosikal berkuasa tinggi itu laju membelah jalan raya.

30 minit kemudian, Tengku Adriel sampai ke perkarangan rumah banglo yang terletak jauh dari kediaman manusia. Rumah ini dibeli oleh Tengku Adriel dan dijadikan markas untuk dia dan kawan-kawannya berbincang jika ada hal penting berkaitan keselamatan atau ancaman dari musuh.

Mereka juga mempunyai ramai bodyguard yang telah dilatih dari segi fizikal dan penggunaan senjata. Tujuan Tengku Adriel dan kawan-kawannya menubuhkan markas ini tahun lepas adalah untuk melindungi keluarga mereka memandangkan mereka sudah memasuki dunia business yang kadang ada musuh dalam selimut atau campur tangan musuh syarikat.

Di perkarangan banglo, kelihatan BMW X Series milik Tengku Zafran dan Yamaha YZF-R15 milik Raja Mikael. Tanpa membuang masa, Tengku Adriel melangkah ke pintu rumah itu.

Nampak saja kelibatnya, dua pengawal yang berjaga di pintu lantas menunduk sedikit sebagai tanda hormat. Tengku Adriel hanya mengangguk sekilas dengan riak wajah yang beku.

"What's up bro!" Ujar Tengku Aidil Zafran sebaik saja nampak kelibat rakannya itu. Sejak Tengku Adriel pulang ke Malaysia dua minggu lepas, dia belum berkesempatan berjumpa dengan sahabatnya ini.

"I'm good."

"So, ada hal apa kau panggil kitorang kesini? Kau bukan tengah busy dengan hal syarikat ke?" soal Raja Mikael sambil memandang ke arah Tengku Adriel.

Tengku Adriel terus mengambil tempat duduk di sofa berhadapan dengan dua orang rakannya itu. "Sebelum tu, aku nak tanya. Korang kenal Dato Imran?"

"Dato Imran pemilik AB Jaya Trading tu ke?"

Tengku Adriel memandang Raja Mikael dengan kening terangkat. "Jadi kau kenal lah dia?"

"Nak kata kenal sangat tu taklah sebab syarikat aku pun tak pernah deal dengan AB Jaya Trading. Tapi aku kenal nama dia melalui event macam tu je." Balas Raja Mikael. Pelik juga tiba-tiba sahabatnya ini bertanya tentang Dato Imran.

ADRIEL'S : His Dearest Destiny (TERBIT)Where stories live. Discover now