SETIBANYA di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Tengku Adriel mengambil bagasinya lalu melangkah keluar ke ruangan menunggu.
Kelihatan ramai orang berpusu-pusu di lapangan tersebut. Ada yang menunggu ketibaan ahli keluarga dengan wajah yang gembira dan ada juga yang berjalan laju mencari gate penerbangan masing-masing. Takut terlepas flight!
Cermin mata hitam masih kemas melekap di mata. Tengku Adriel hanya santai mengenakan T-shirt hitam, jeans hitam dan jaket kulit yang tersarung kemas di tubuhnya. Dia berjalan sambil jarinya menaip sesuatu di telefon bimbitnya.
Keluar saja dari pintu lobi, mata melilau mencari sosok tubuh seseorang. Dari jauh, kelihatan seorang lelaki sedang bersandar di tepi kereta BMW miliknya dengan memakai kemeja putih berserta lengan yang dilipat sehingga siku. Manakala dua butang atasnya sengaja dibiarkan terbuka.
Tengku Adriel terus mengatur langkah menghampiri lelaki itu.
Menyedari kehadiran Tengku Adriel, bibirnya mengukir senyuman.
"Welcome back to Malaysia, bro." ucap Raja Mikael. Mereka berpelukan gaya brotherhood.
"Thanks dude."
Sepatutnya Pak Mail iaitu pemandu keluarganya yang akan menjemputnya dilapangan tapi last minute Pak Mail bagitahu Tengku Azzam perlu menghadiri satu mesyuarat penting. Disebabkan itu, dia meminta tolong Raja Mikael. Nasib baik sahabatnya itu free!
"Lama tak jumpa. Aku ingat kau memang dah tak nak balik Malaysia. Mana tahu dah terkenan dengan awek dekat sana." Seloroh Raja Mikael.
Sejak dia pulang ke Malaysia selepas tamat belajar, mereka jarang berjumpa disebabkan dia juga sibuk menguruskan syarikat milik keluarganya.
"Mama aku pun dah bising sebab lama tak balik. So, this time i'm back for good though." kata Tengku Adriel sambil bibir mengukir senyuman senget.
"Seriously Riel?" Raja Mikael memandangnya tidak percaya.
"Ya bro, sampai bila aku nak biarkan papa aku bekerja. Dia pun dah berumur. Jadi aku sajalah satu-satunya harapan untuk mentadbir The Legacy."
"Alhamdulillah, kau buat keputusan yang bijak. Aku tahu kau boleh handle Riel dan tak mustahil satu hari nanti syarikat kita boleh bekerjasama." balas Raja Mikael.
"By the way, kau nak balik terus atau nak singgah makan dulu?"
"Aku balik terus. Mama aku dah sedia masak kat rumah semata-mata nak sambut aku balik." Tergelak kecil Tengku Adriel teringatkan mamanya yang beria menyuruh dia pulang terus ke rumah sebab dah masak makanan kegemarannya.
Raja Mikael hanya mengangguk. Setelah itu, mereka masuk ke dalam perut kereta BMW itu dan keluar dari lapangan terbang tersebut.
≪•◦ ❈ ◦•≫
YOU ARE READING
ADRIEL'S : His Dearest Destiny (TERBIT)
RomanceTengku Adriel Iskandar x Nur Aira Fardella. Bagi Tengku Adriel, kehadiran Nur Aira Fardella adalah salah satu perkara yang terindah pernah berlaku dalam hidupnya. Tipulah andai kata hatinya tidak terpaut dengan gadis polos yang cantik wajah dan sik...