"KENAPA awak buat saya macam ni, Aira? Saya kenal awak dah setahun dan saya yakin awak bukan macam ini. Bagitahu saya. Kalau awak ada masalah, awak boleh kongsi dengan saya. Kenapa perlu fitnah saya buat sesuatu yang saya tak pernah buat? Apa salah saya?" Menitis air mata si dia tatkala menanyakan soalan itu kepada Aira.
Dada Aira sudah terasa sesak mendengar luahan itu. Matanya dipejam sambil wajah menekur ke lantai. Bibirnya diketap rapat.
"Tak. awak tak ada salah, saya yang salah. !" Balas Aira tanpa memikirkan betara remuknya hati lelaki itu.
'Dan jangan sesekali maafkan saya' rintih hatinya.
Aira hanya mampu menahan rasa itu di dalam hati. Tak mungkin dia akan ceritakan hal sebenar kepada lelaki itu.
"Saya minta maaf kalau ada sakitkan hati awak tanpa saya sedar. Selepas ini, saya akan pergi jauh. Dan saya harap awak akan menemukan kebahagiaan awak suatu hari nanti." Tanpa menunggu balasan Aira, dia terus menoleh kebelakang dan berlalu dari situ.
Aira hanya memandang dengan air mata yang mengalir lesu dipipi. Mulutnya ditekup apabila esakan kasar mula terlepas.
"Maafkan saya, Adriel. Maafkan saya..."
YOU ARE READING
ADRIEL'S : His Dearest Destiny (TERBIT)
RomanceTengku Adriel Iskandar x Nur Aira Fardella. Bagi Tengku Adriel, kehadiran Nur Aira Fardella adalah salah satu perkara yang terindah pernah berlaku dalam hidupnya. Tipulah andai kata hatinya tidak terpaut dengan gadis polos yang cantik wajah dan sik...